in ,

Lirik Lagu Terbaru AWANBAND Lintasan Bintang

TERIMALAH SINGLE TERBARU AWANBAND, “LINTASAN BINTANG”!

Sejak mula ditubuhkan lebih 4 tahun yang lalu, AWANBAND telah menjadi sebuah kumpulan indie yang sangat dikenali dengan jumlah peminat yang ramai. Hal ini dibuktikan dengan angka ‘fan’ di akaun rasmi Facebook AWANBAND yang telah pun melebihi angka 10,000 ‘like’.

AWANBAND dianggotai oleh 5 anak muda dengan pelbagai kelebihan. Daripada penulisan lirik, penciptaan, penggubahan, sehinggalah bidang kejuruteraan bunyi, kumpulan ini mampu untuk menghasilkan sebuah syarikat produksi sendiri.

Dengan menjadikan HUJAN sebagai mentor mereka, AWANBAND mengimpikan sebuah platform yang kukuh dalam industri muzik. Selain itu, AWANBAND juga berhasrat untuk meluaskan pengaruh mereka dalam bidang perniagaan dengan mengikut jejak langkah HUJAN yang telah pun mempunyai syarikat naungan sendiri, “MORNING ROCKET DISTRO”.

Dianggotai oleh 5 anak muda yang sangat berbakat, AWANBAND menjanjikan kelainan dalam berkarya. Terbaru, mereka muncul dengan single kedua daripada album pertama mereka, AWANBAND, yang bertajuk LINTASAN BINTANG.

LINTASAN BINTANG merupakan sebuah lagu perlahan dengan mood rock alternatif. Dengan lirik dan nada oleh AWANBAND sendiri, lagu ini menceritakan kisah cinta yang tidak kesampaian. Dipenuhi dengan bait-bait luahan hati yang berkelana, lagu ini berkongsi perasaan duka apabila ditinggalkan kekasih hati.

LINTASAN BINTANG

Cahaya bintang-bintag
Menyinari wajahmu
Hadir mu dan menemani
Di waktu aku bersama
Kesunyian itu

Biar aku yang hilang
Dari sisi mu sayang
Tak mungkin ku disini
Menduakan perasaan
Yang telah kau jalinkan

Dan aku sedari
Yang selama ini
Cuma sampai disini

Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa

Ku cuba hindari
Dari kau menghampiri
Hmm hmm hmm

Biarkan ku tahan
Kelukaan di hati
Oo oo oo

Janganlah menangis
Biar jadi begini
Ooo ooo

Pergilah bersamanya
Biar aku aku yang pergi

Dan aku sedari
Yang selama ini
Cuma sampai disini

Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa

Cuma lintasan bintang
Cuma lintasan bintang
Cuma lintasan bintang

Single kedua daripada AWANBAND ini telah mula mendapat sambutan sejak mula dimainkan di corong-corong radio sejak awal tahun ini. Menerusi melodi yang indah dengan iringan nada yang tentunya menyentuh hati, LINTASAN BINTANG pastinya ‘enak’ sebagai halwa telinga.

Pada tanggal 14hb Mei yang lalu, AWANBAND telah menjalani sesi penggambaran bagi klip video single kedua mereka ini. Pengambaran yang mengambil masa sehari suntuk ini nanti melibatkan beberapa lokasi termasuk sekitar Putrajaya dan di sekitar Cheras. Di bawah produksi My Motion Pictures, pengambaran klip video ini bakal menampilkan Tasha Shilla, pemenang Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012, tentunya sesuatu yang menarik untuk dinantikan!!!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Khas Hari Guru di TV2

Airasia X Announces Direct Flights To Beijing