in ,

Drama FIRDAUS Penuh Emosi Lakonan Fizz Fairuz

Istimewa buat tontonan anda pada malam Ahad, slot Cereka Ahad menyiarkan drama-drama menarik yang dibintangi oleh artis-artis popular tanah air. : :

Drama FIRDAUS TV3

Drama terbitan Macheallstar United Sdn Bhd ini merupakan idea dan konsep daripada penulis skrip sendiri, MF Kencana dan Azma Aizal Yusoof yang turut bertindak sebagai pengarah untuk ‘Firdaus’. Mengisahkan tentang Firdaus yang sering didera oleh ayahnya, Kamarul setelah berhijrah dari kampung.

Kamarul sering mengungkit dan mengatakan Firdaus pembawa sial kepada dirinya. Selepas kematian isterinya sewaktu melahirkan Firdaus, hidup Kamarul bertambah susah. Dua tahun dia hilang pekerjaan dan berhempas pulas membesarkan Firdaus di rumah Zaitun (ibu mertuanya). Ketika Firdaus berusia 2 tahun, dia nekad ke Kuala Lumpur untuk mengubah hidupnya. Namun, kini sudah 8 tahun dia masih miskin tinggal di flat.

Rahmah ialah jiran kepada Kamarul. Rahmah tinggal berdua dengan adik kandungnya, Asyraf, lepasan universiti yang bekerja di pejabat. Rahmah merupakan seorang wanita psiko yang mengalami tekanan perasaan akibat kisah silamnya, didera bekas suaminya sehingga anak dalam kandungannya gugur. Pada masa yang sama, ayah dan ibunya terlibat dalam kemalangan. Sejak itu dia bermurung, sering termenung dan adakalanya ketawa sendiri tetapi dia tidak kacau orang.

Di kawasan flat buruk itu, tidak ada sesiapa yang mahu berkawan dengan Rahmah kecuali Firdaus. Setiap kali Firdaus bermurung di depan rumah sendirian, saat itulah Rahmah menjadi temannya. Mereka sering berinteraksi emosi. Neneknya, Zaitun menyangka Firdaus telah meninggal dunia.

Setelah mengetahui Firdaus masih hidup, Zaitun telah datang ke Kuala Lumpur untuk mencari Firdaus. Malangnya, Zaitun dirompak dan hanya tinggal sehelai pinggang. Kesengsaraan hidup memaksa Firdaus melarikan diri dari rumah bersama Rahmah yang mengalami tekanan mental. Apalah yang terjadi kepada Firdaus? Dapatkah Zaitun menemui cucu kesayangannya itu?

Saksikan kesudahan kisahnya dalam drama ‘Firdaus’ menerusi slot Ceraka Ahad pada 26 April pukul 10.30 malam di TV3. Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Drama FIRDAUS TV3

Drama FIRDAUS TV3

Drama FIRDAUS TV3

Drama FIRDAUS TV3

Drama FIRDAUS TV3

Drama FIRDAUS TV3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem SUAMI AKU USTAZ

Mash Up Akim & The Majistret & Stacy di Hot FM