in ,

Sinopsis Filem SUAMI AKU USTAZ

Sinopsis Suami Aku Ustaz : Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.

Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua? Saksikan kesudahannya dalam Suami Aku Ustaz, filem adaptasi novel terlaris di pawagam bermula 14 Mei 2015!

Filem SUAMI AKU USTAZ

Senarai Barisan Pelakon Filem Suami Aku Ustaz

Adi Putra sebagai Ustaz Hafiz
Nora Danish sebagai Alisa
Izzue Islam sebagai Johan
Betty Rahmad sebagai Wati
Jue Aziz sebagai Cikgu Liana
Liza Abdullah sebagai Mak Alisa
Razak Ahmad sebagai Ayah Alisa
Kamaliah Mat Don sebagai Umi Ustaz Hafiz

Penampilan khas
Norman Hakim sebagai Pegawai Polis

Tarikh tayangan : 14 Mei 2015
Bahasa : Bahasa Malaysia
Genre : Cinta, Drama
Durasi : 94 minit
Klasifikasi : P13
Pelakon : Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Betty Rahmad, Jue Aziz, Liza Abdullah,
Razak Ahmad, Norman Hakim & Kamaliah Mat Don
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Pengarah Bersama : Adi Putra
Penerbit : Dato’ Wan Mohd Muzri (DM)
Datin Nur Syafira
Penerbit Eksekutif : Wan Mohd Ariff
Penerbit Penyelaras : Adi Putra (ADP)
: Hairi Zakaria (Maxiworks Solution)
Idea Asal & Penulis Skrip : Hannah Dhaniyah
Olahan Skrip & Lakon Layar : Adi Putra, Ghaz Abu Bakar, Fadzil Zahari & Helmi Jamil
Syarikat Penerbit : Karya Seni Production Sdn. Bhd
Syarikat Pengedar : Alternate Pictures Sdn. Bhd

Official Trailer : https://youtu.be/i0eVvSa8LRA
Official Facebook : www.facebook.com/FilemSuamiAkuUstaz
Twitter : Hastag #SuamiAkuUstaz

Filem SUAMI AKU USTAZ

Filem SUAMI AKU USTAZ

Filem SUAMI AKU USTAZ

Filem SUAMI AKU USTAZ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Tribute P. Ramlee Kali Ke-2

Drama FIRDAUS Penuh Emosi Lakonan Fizz Fairuz