in

Drama Best of Panggung RTM

KHAS HARI RTM KE-65 TAHUN : 4 DRAMA BEST OF PANGGUNG RTM DISIARKAN BERTURUT-TURUT DI TV2

Tanggal 1 April depan bakal menyaksikan stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyambut ulangtahun yang ke-65. Namun banyak pihak yang mungkin kurang menyedari kewujudan Unit Drama TV RTM yang antara lain berperanan menerbitkan drama-drama mengisi slot Panggung RTM untuk siaran di TV1 dan TV2.
Biarpun hakikatnya telah ditubuhkan sejak 1982, Unit Drama TV RTM menerusi slot Panggung RTM sehingga kini giat menerbitkan drama-drama yang bukan sahaja bermutu tetapi juga mampu untuk menarik ramai penonton.

khatijah tan dan wan hanafi su dalam Senjakala

Khatijah Tan dan Wan Hanafi Su dalam Senjakala

Justeru dalam menghitung hari sambutan gemilang enam dekat merentasi zaman bersiaran, RTM menghadiahkan tayangan empat drama hebat bakal disiarkan secara berturut-turut iaitu Dejavu (28 Mac 2011), Senjakala (29 Mac 2011), Hujan Sudah Teduh (30 Mac 2011) dan Bila Kompang Berbunyi (31 Mac 2011), jam 1.30 petang di TV2.

Bermula dengan drama Dejavu lakonan Shahrolnizam, Tasha Aziz, Khatijah Tan, Abu Bakar Juah, Tony Eusoff, Mubarak Majid dan Maimon Mutalib berkongsi kisah Dato’ Munir yang hidup dalam kesesatan lantaran kemewahan yang dimilikinya. Keseluruhan tindakan dalam hidupnya dihabiskan dengan mengikut hawa nafsu dan perasaan. Perkahwinan yang dibina musnah dan anak-anaknya masing-masing membawa diri.

Sesuatu yang tidak disangka berlaku apabila dia disahkan menghidap penyakit tumor otak. Keinsafan yang muncul dalam dirinya membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan keluarganya. Apakah perasaan itu hanya khayalan atau realiti? Saksikan drama penuh pengajaran arahan Kamaruddin Ambak ini.

Senjakala pula mengisahkan watak Kinto, bekas ranjer hutan yang sudah lama tidak masuk ke dalam hutan. Tetapi demi menunaikan hasrat anaknya Noor yang teringin untuk menikmati daging rusa, Kinto turutkan juga dan masuk ke hutan untuk berburu rusa. Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dihadapi bagi mendapatkan seekor rusa. Manakala Noor yang menghidapi leukemia mwenghadapi krisis dengan kekasihnya, Aman. Adakah Kinto sempat menunaikan impian anaknya? Drama ini mengetengahkan lakonan Wan Hanafi Su, Eira Syazira, Khatijah Tan, Danny X-Factor, Zami Ismail, Tan Ting, Maimon Talib dan Razali Buyong.

Slot khas ini diteruskan dengan drama Hujan Sudah Teduh yang berkongsi kisah suka duka kehidupan watak saudara baru bernama Yang Ah Moi @ Zaitun Abdullah setelah kematian keluarganya. Dengan berkat kesabarannya dia berjaya dalam hidup dengan mengusahakan perniagaan sendiri. Dijayakan watak utamanya oleh Khatijah Tan, drama ini turut menyaksikan lakonan Lim Fheng Fheng, Jalil Hamid, Sabr Yunus dan Zamarul Hisham.

Selang sehari sambutan ulang-tahun ke-65 sambutan Hari RTM, penonton diajak menyaksikan drama bertajuk Bila Kompang Berbunyi dimana plotnya berlegar kisah pertunangan Hassan dengan gadis pilihannya, Hamidah yang tidak mendapat restu bapa Hamidah, Omar kerana fahaman politik yang berbeza di antara keduanya. Hassan menentang Malayan Union manakala Omar penyokong Inggeris. Akibatnya timbullah perselisihan dan konflik antara kedua belah pihak. Berdepan situasi itu, adakah Hassan berjaya menawan hati bapa mertuanya atau sebaliknya? Saksikan drama penuh aksi lakonan Mubarak Majid, Dilla Ahmad, Abu Bakar Omar, Normah Damanhuri, Wan Maimunah dan Kazar.

Saksikan empat drama menarik ini hanya menerusi saluran Dunia Ria, TV2 dalam ‘menghidupkan’ sambutan Hari RTM ke-65 kelak.

eira syazira dan danny dalam Senjakala

Eira Syazira dan Danny dalam Senjakala

tasha aziz dalam Dejavu

Tasha Aziz dalam Dejavu

shahrolnizam dan Mubarak majid dalam Dejavu

Shahrolnizam dan Mubarak Majid dalam Dejavu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PRISM Sedia Bantu Artis dan Pemuzik Malaysia

Gambar Kenangan Allahyarham Sudirman Arshad