in

PRISM Sedia Bantu Artis dan Pemuzik Malaysia

Setelah banyak membantu artis menyertai pertandingan–pertandingan antrabangsa. PRISM tahun ini, akan membantu ahli-ahlinya mempromosi produk muzik mereka dengan penubuhan bahagian khidmat nasihat dan promosi januari lalu.

Menurut Pengurus Besar PRISM Encik Ong Peng Chu, ahli-ahli PRISM yang tidak mempunyai syarikat rakaman atau pemuzik bebas dan masih kekurangan pengetahuan dalam bidang promosi akan diberi khidmat nasihat daripada pihak kami. Menurut Ong lagi, mungkin ramai ahli-ahli di luar sana mempunyai produk muzik yang baik, tetapi tidak mempunyai platform atau pengetahuan untuk memasarkan produk-produk mereka secara fizikal dan digital. Ini merupakan salah satu langkah kami membantu ahli-ahli kami yang terdiri dari artis dan pemuzik.

Ujar Ong lagi,Tahun ini juga pihak kami bekerjasama dengan Majlis Muzik Malaysia akan mengadakan kempen kesedaran melalui acara bersiri yang telah dirancangkan bersama.

Kempen ini juga bertujuan untuk menerangkan kepada ahlinya dan orang awam tentang pentingnya pengurusan Hak Cipta dan Harta intelek secara sistematik. Selain kempen kesedaran, kami juga menganjurkan beberapa kursus dan seminar yang akan memberi pengetahuan dan maklumat perniagaan dalam bidang muzik kepada pengiat seni tanah seni tanah air dan orang awam.Kursus ini mengundang penceramah-penceramah yang mahir dan arif dalam perniagaan Muzik di Malaysia dan Antarabangsa.

Melalui program dan kempen-kempen ini merupakan salah satu usaha jangka panjang PRISM bagi menjaga hak dan kepentingan artis Malaysia. Kerjasama baik semua pihak terutamanya dari pihak Media amat kami perlukan bagi menyampaikan mesej kepada pemuzik,artis dan orang ramai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zaryn Minn Zed Zaidi Fizz Fairuz Drama Bersiri Anum

Drama Best of Panggung RTM