Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Soyuz TMA10 Selamat Tiba Di Bumi
Pastinya ada di antara korang semua yang menitis air mata mendengar ucapan daripada ayah dan ibu angkasawan negara pertama, Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Terharu, bangga dan rasa gembira melihat anak mereka yang kini menjadi hero negara selamat tiba dan menjejakkan kaki di bumi.
Sensasi Selebriti mengucapkan tahniah atas kejayaan ini. Satu kejayaan anak bangsa Malaysia yang boleh dijadikan contoh oleh generasi kini. Segala kejayaan bisa menjadi milik anda sekiranya ada usaha gigih, sifat ingin maju, memperbaiki diri untuk menjadi insan terbaik dan serba boleh. Menjadi antara angkasawan paling kacak di hantar ke angkasa, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang petah berbicara, manis wajah dengan senyuman dan genius berkaliber orangnya, kini menjadi sanjungan rakyat Malaysia. Syabas!
Dalam pada itu, saya kecewa dan naik marah dengan kenyataan sebuah akhbar Australia yang menyifatkan Malaysia bukannya”boleh” tetapi “bodoh” kerana membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas!
Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi apabila ditanya kepada orang luar Malaysia, di manakah Malaysia? Mereka tidak akan tahu pun negara kecil itu.
Apa pendapat anda tentang kenyataan bodoh Akhbar Australia ini. Mengapa kenyataaan ini dikeluarkan? Adakah kerana cemburu atau apa?
Suka saya memetik berita yang dikeluarkan oleh Bernama:
Ia merupakan suasana penuh emosi buat keluarga Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, apabila mereka ditemukan dengan angkasawan pertama negara itu semalam, selepas beliau kembali ke bumi setelah menamatkan misi 11 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjalankan pelbagai penyelidikan sains.
Ibu bapanya Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor, Datin Zuraidah Sheikh Ahmad, serta abang sulungnya Sheikh Ahmad, kelihatan langsung tidak menghiraukan suasana dingin pengkalan udara Chakalovsky di sini yang terpaksa ditempuhi mereka selama hampir sejam semasa menunggu ketibaan kapal terbang yang membawa angkasawan negara itu mendarat pada pukul 10.36 malam waktu tempatan (2.36 pagi waktu Malaysia).
Dengan linangan air mata, Zuraidah tersenyum gembira sebaik sahaja melihat kelibat anaknya yang berumur 35 tahun itu turun dari kapal terbang sambil melambaikan tangan kepada orang ramai. Turut sama dalam kumpulan orang ramai yang menyambut kehadiran mereka ialah kalangan anggota keluarga Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov, dua krew kapsul Rusia itu yang mendarat kira-kira 600km tersasar dari kawasan yang ditetapkan ekoran masalah teknikal.
Dr Sheikh Muszaphar yang nampak masih belum pulih sepenuhnya dari keadaan mikrograviti di angkasa, terpaksa dibantu oleh Kol Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, semasa beliau turun dari kapal terbang itu. Dalam reaksi spontan, kumpulan orang ramai yang menyambut kepulangan mereka bertepuk sorak sambil melambaikan tangan kepada tiga angkasawan itu yang jelas nampak letih ekoran perjalanan jauh, di samping terpaksa mengharungi 10 minit pengalaman perit yang perlu ditempuhi semasa kapsul yang membawa mereka pulang, Soyuz TMA10 itu, memasuki atmosfera bumi.
Suasana ceria dan gembira terpancar daalam pertemuan itu sebaik sahaja angkasawan pertama negara berjabat tangan dan memeluk orang ramai yang menantinya, termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, serta Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.
Zuraidah kemudiannya terus memeluk erat Dr Sheikh Muszaphar yang benar-benar dirindui selepas beberapa bulan tidak ditemuinya sendiri selepas anaknya itu kembali ke Rusia untuk latihan selepas berada Malaysia untuk tempoh yang singkat pada bulan Jun lepas.
“Saya benar-benar rindukan dia, lama sudah saya tidak peluk dia, sejak Jun lepas apabila dia kembali ke Rusia untuk meneruskan latihan. Saya tidak sabar lagi hendak bawa dia kembali ke rumah untuk adakan doa selamat,” katanya.
Ketiga-tiga angkasawan itu kemudiannya dibawa menaiki bas selama 30 minit untuk ke Gagarin Cosmonaut Training Centre di Star City di sini, di mana mereka diraikan dengan sambutan tradisi Rusia, dengan kumpulan muzik mendendangkan irama yang cukup hingar.
Mereka kemudiannya diberikan sekeping roti bagi sebagai lambang kesejahteraan dan keselamatan sebelum dibawa ke pusat pemulihan di mana hanya anggota keluarga dan delegasi peringkat menteri Malaysia dibenarkan memasukinya, untuk taklimat ringkas dengan angkasawan itu, yang jelas memerlukan banyak rehat. Di Star City, Dr Sheikh Muszaphar dan dua rakan angkasawannya dari Rusia itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Dr Sheikh Muszaphar mungkin memerlukan masa seminggu untuk pulih sepenuhnya daripada keadaan mikrograviti, tidak seperti dua lagi cosmonaut yang tinggal lama di ISS. Ketika ini kesihatan angkasawan Malaysia berada dalam keadaan baik,” kata Dr Zulkeffeli.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya Najib berkata Dr Sheikh Muszaphar sudah tidak sabar hendak berkongsi pengalamannya di angkasa dengan orang ramai.
“Dia dalam keadaan baik dan sihat, dengan semangatnya cukup tinggi walaupun jelas nampak keletihan,” katanya.
Beliau berkata latihan keras yang dijalani angkasawan negara itu memberikan beliau banyak tenaga, disamping keyakinan untuk mengatasi sebarang masalah, termasuk semasa melalui pengalaman perit bagaikan melalui satu kemalangan, semasa memasuki ruang atmosfera bumi.
“Ia bukan perkara yang asing bagi sesebuah pesawat angkasa berada dalam keadaan ballistic mode. Ia pernah berlaku dalam misi angkasa Rusia yang lain sebelum ini, dan disebabkan latihan yang dijalaninya, Dr Sheikh Muszaphar boleh mengawal diri daripada tekanan yang dialaminya,” katanya.
Beliau berkata Agensi Angkasa Rusia, Roscosmos, akan membekalkan maklum balas berhubung masalah yang dialami sebaik sahaja siasatan disiapkan.
“Apa yang penting ialah angkasawan Malaysia kembali dengan selamat dan beliau berjaya menyempurnakan tanggungjawabnya, yang menjadikan rakyat Malaysia cukup berbangga dengannya.
Saya harap pengalamannya akan dapat memberi inspirasi kepada semua pihak, dalam menempuh sebarang cabaran dan menjadikan impian satu kenyataan,” katanya.
Dr Zulkeffeli berkata kapsul angkasa itu berada dalam berputar semasa turun ke bumi selepas ia menghadapi masalah. Beliau berkata krew kapsul itu sedar tentang masalah yang dialami sebelum ia memasuki atmosfera bumi, memandangkan mereka seharusnya berupaya mengawal pergerakan seterusnya kapsul itu.
“Namun selepas payung terjun terbuka untuk tempoh kira-kira tiga minit, kapsul itu berjaya mendarat dengan impak yang minima,” katanya. Merujuk kepada spesimen eksperiman dalam kapsul itu, Dr Zulkeffeli berkata beliau ada mengambil enam kit spesimen sebelum menyerahkannya kepada saintis Malaysia yang sudah bersiap sedia di Qostanay, Kazakhstan. BERNAMA
[tags]Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, gambar Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, foto Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, nasa space shuttle photos, gambar famili Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, gambar chef ismail, tunang Dr Sheikh Muszaphar, astronaut grissom, misi angkasawan, ujikaji eksperimen, Chakalovsky, video youtube Live Telecast Interview with Dr Sheikh Muszaphar, Fyodor Yurchikhin, Oleg Kotov, 30 Days Of Night review, Kol Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, Soyuz TMA10, gambar Soyuz TMA10, Gagarin Cosmonaut Training Centre, mikrograviti, gambar Dr. Faiz, fauziah gous, Shoot ‘Em Up, 1957: Hati Malaya, online tv astronout nasa, Trick ‘R Treat, malaysian astronout, costume astronout, t-shirt percuma angkasawan[/tags]
Tags: Berita
Tags: Berita, 1957: Hati Malaya, 30 Days Of Night review, astronaut grissom, Chakalovsky, costume astronout, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, fauziah gous, foto Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, Fyodor Yurchikhin, Gagarin Cosmonaut Training Centre, gambar chef ismail, gambar Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, gambar Dr. Faiz, gambar famili Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, gambar Soyuz TMA10, Kol Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, malaysian astronout, mikrograviti, misi angkasawan, nasa space shuttle photos, Oleg Kotov, online tv astronout nasa, Shoot ---Em Up, Soyuz TMA10, t-shirt percuma angkasawan, Trick ---R Treat, tunang Dr Sheikh Muszaphar, ujikaji eksperimen, video youtube Live Telecast Interview with Dr Sheikh MuszapharClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





October 24th, 2007 at 1:33 pm
angkasawan negara Malaysia menjadi kebanggaan! tetapi,saya musykil adakah Sheikh Muszaphar Shukor masih belum ada teman wanita? any response?
October 24th, 2007 at 4:49 pm
of course la dah ade…org hensem, pndai lak tu…mustahil tak de teman
October 24th, 2007 at 4:50 pm
camne??setuju dgn pndapt sy???? ke ade sebarang komen lain????
October 25th, 2007 at 9:16 am
Dier da tunang la…tunggu kawen jek…
October 30th, 2007 at 9:32 am
saya rasa sangah gembira kerana angkasawan negara kita dapat mendarat dengan selamat….dan al_fatiha atas adik Dr Sheikh Muszaphar Shukor…asslamaulaikum….
October 31st, 2007 at 4:47 pm
saya rasa bangga sgt kerana beliau dapat mjadi ikon kita semua..
November 1st, 2007 at 3:18 pm
Assalamualaikum Dr. Mus,
Tahniah di atas kejayaan dr. yg telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Teruskan usaha dr. I’m proud of u. We all love u…
Salam takziah utk dr. sekeluarga. Semoga dr. tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup…
November 4th, 2007 at 2:23 pm
hello dr sheikh…1st of all i wanna tell u that i am very proud of u.. i will always pray 4 ur success…u are the one and only malaysian hero..take care always…lurve ya…!!!!
November 9th, 2007 at 11:43 am
assalammualaiku w.t.h.
tahniah saya ucapkan kepada angkasawan pertama negara. kejayaan beliau akan menjadi penyuntik semangat kepada remaja-remaja untuk mendalami bidang astronomi yang selama ini kurang diberi perhatian.tahniah juga kepada dr.faiz yang merupakan calon kedua angkasawan negara…….
December 15th, 2007 at 8:16 pm
Assalamualaikum w.t.h,
tahniah saya ucapkan kepada angkasawan pertama tanah air, beliau telah berjaya membawa harapan rakyat sekaligus mengharumkan nama negara Malaysia tercinta. Kejayaan beliau telah membuktikan bahawa rakyat negara ini juga boleh bergerak maju seiring negara maju yang lain. Saya sebagai kipas-susah-mati beliau dan pihak bidang angkasa negara akan terus mendoakan kejayaan bidang ini agar terus maju mencapai matlamat alaf 2020. Ganbatte! Malaysia Boleh!!!
January 31st, 2008 at 1:09 pm
boleh tak saya jumpa dr…
atau pun bagi saya alamat rumah dr…..
January 31st, 2008 at 11:12 pm
askum….
hope diz year dr will succes k…
chawz……
February 5th, 2008 at 5:01 pm
saya sangat teruja kali pertama DR sheikh muzzafar shukor membawa ikon kepada kita semua!!!!!
April 1st, 2008 at 12:59 pm
tahniah dr sheikh muszaphar
April 22nd, 2008 at 2:58 pm
i proud of u
May 27th, 2008 at 4:04 pm
tahniah!saya amat berbangga menjadi rakyat malaysia.saya berharap agar saya akan menjadi seperti awak suatu hari nanti.i proud of you.walaupun umur saya baru 11 tahun.
May 30th, 2008 at 11:53 am
hye..Dr.Sheikh..
)
Sy sgt teruja dgn kejayaan Sheikh Muszaphar…Dgn usaha dan tekad dpt juge shiekh menjejak kaki ke angkasa lepas..TAHNIAH sy ucapkan…Sy dan rakan-rakan teringin sgt nk bertemu dgn DR.SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR nie..Agak-agak bile la bleh bertemu ye??
July 26th, 2008 at 10:26 am
kami semua bangga akan kejayaan dr.. succes selalu..
July 27th, 2008 at 1:59 pm
i’m proud of u…
August 11th, 2008 at 12:46 pm
a’km…..hai owang hencem…eeeee..lwk je..saye b’bangga kpd uncle muzafar….i luv u because u bangkitkn MALAYSIA…….MALAYSIA BOLEHHHHHHHH!!!!!
February 1st, 2009 at 5:08 pm
assalamualaikum…
first,i want to say congratulation to dr because dr dah naikkan nama negara ni tapi takkan dr. nak terus single….dah ade calon ke???hope you happy always….amin…
March 1st, 2009 at 12:10 am
saya gembira jumpa dgn dr tadi. saya sebenarnya dah lama ingin jumpa dr akhirnya tercapai cita cita saya ingin jumpa dr .Oh saya lupa nama saya atikah adik adik saya tadi seronok jumpa dgn dr mula mula saya cakap kat adik saya” wah powernya kereta 2″ adik saya yg ke-3 cakap “betullah cantik” saya tengok dkt side mirror kereta dr saya cakap dlm hati ini dr ke?tengok tengok betuldr saya betul betul gembira nanti kalau ada masa bls mail saya ini kat atikahnadhirah@ymail.com .balik 2 saya terus cakap kat mak saya kwn mak saya terkejut . saya nak no tel dan alamat rumah dr kalau ada bagi mail.sampai sini shjlah
March 1st, 2009 at 6:09 pm
takziah buat adik dr sebenarnya saya dah lama nak cakap tapi cpu saya selalu sgt rosak 2 yg saya x sempat cakap minta maaf dr. bye assalammualaikum kirim salam buat semua. tabahkan hati selalu.
March 20th, 2009 at 3:54 pm
saya memang bangga giler ngan pencapaian dr.sms.teruskan…lagi…….we all luv you…….
May 11th, 2009 at 3:07 pm
pi la skali lagi…….
July 20th, 2009 at 5:12 pm
salam,dr mmg mmbnggakan nama negara.we all support u to go again…….he…..he…..he…hrp dr brgmbra slalu.amin…………..
December 7th, 2009 at 4:43 pm
assalamualaikum……….. hye dr. i would like to congrats u 4 being the first m’sia astraunout..i really proud of u n i really want to see u..hope u happy slalu dgn dr. halina..
January 28th, 2010 at 10:57 am
adi 6ixthsense cute