in

Radio Capital FM88.9 Mahu Lawan Radio Hot FM dan Radio Era?

Satu lagi radio baru menemui pendengar. Stesen radio Capital FM88.9 dijangka akan menemani pendengar dari 1 Disember nanti. Beroperasi di pusat penyiaran di Hotel Concorde Kuala Lumpur, ‘radio taycoon’ ini akan menyajikan lagu-lagu terkini dan lagu lama. Selain berita, interview, ulasan semasa dan informasi yang lebih up to date, radio ini sesuai untuk santapan pendengar dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Radio yang dibawakan oleh ISY Holdings Sdn Bhd dan Multimedia Distribution and Marketing Sdn Bhd akan memeriahkan lagi dunia penyiaran radio Malaysia.

Adakah radio Capital ini akan memberi saingan sengit kepada radio Hot FM dan Era FM? Budiey rasa bukan senang untuk bersaing tanpa ada strategi dan cara untuk fight. Kena cari penyampai atau deejay yang lebih santai, sempoi dan menghiburkan dengan lawak jenaka. Tidak semestinya seorang selebriti ternama tetapi penyampai perlu ada pengetahuan luas, bijak dan berdaya saing, bukan sekadar buat lawak bodoh dan slapstik tanpa mesej, banya melalut serta mencarut!

[tags]radio capital, hotel concorde, penyampai radio capital, deejay radio capital, gossip deejay radio, fara fauzana, Muay Thai Chaiya, film 1408, Exodus, diaper astronout, comos, 30 Days Of Night, filem 9 September, Shrooms, Stardust, gambar lampin astronaut , The 11th Hour, Bee Movie, carut, gambar logo radio capital, launching new radio capital, radio capital, hotel concorde, penyampai radio capital, deejay radio capital, gossip deejay radio[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Soyuz TMA10 Selamat Tiba Di Bumi

Prop, Lagu & Sinopsis Babak Pertama Teater Muzikal P. Ramlee