in ,

Advertlets Ads, Nuffnang Ads, Google Adsense Prevent Click-Fraud

Mungkin saya kena buli oleh pelawat blog ini atau sudah tiada rezeki, saya pun tak tahulah. Tanpa sebarang notis pemberitahuan, iklan di blog saya ditahan buat sementara waktu atas sebab dikesan adanya click fraud. Mengapa terjadinya click fraud ini? Anda tahu, sila kemukakan pada saya. Ada yang kata, mungkin ada pembaca yang menggunakan IP yang serupa samada di pejabat dan di cybercafe atau di mana sahaja lokasi yang sama dan mempunyai banyak komputer telah klik pada iklan lebih daripada 1 kali.

Pertama, mungkin somebody wanna tried to bully me atau mahu melakukan perbuatan khianat kepada saya. Itu saya tidak tahu. Mungkin ada di kalangan pembaca yang suka klik iklan lebih daripada sekali dan ini menyebabkan click fraud. Saya cuba mencari jalan penyelesaian. Antara jalan penyelesaian untuk mengelakkan click fraud ini, saya cuba untuk install AdLoogger di mana sistem code ini boleh menyelamatkan daripada berlakunya click fraud.

The script determines if ads should be shown for a visitor depending on their clicking history. If one of your visitors is clicking too many ads, the script will automatically disable ads for that visitor so they won’t be allowed to click any more.

Kepada blogger yang mengaktfikan iklan di blog, bolehlah download dan  install secara  percuma di sini. Anda perlu mempunyai MySQL database dan ini bermakna ianya tidak sesuai untuk pengguna blogger.com dan hosting blog percuma yang lain. Doakan saya dibebaskan dari tahanan dan penjara ini.

[tags]iklan advertlets, iklan nuffnang, iklan google adsense, buli pelajar sekolah, gambar buli budak sekolah, click fraud advertlets, nuffnang kena hack, news portal, cybercafe, ulasan 9 september, how to prevent click fraud[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Tiket Wayang Majlis Pra Tonton Filem 9 September

Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Soyuz TMA10 Selamat Tiba Di Bumi