in

Dokumentari Terbaik Isi Slot World Watch

Dokumentari-Dokumentari Terbaik Isi Slot World Watch Di TV1

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Antara tarikan penonton terus setia menyaksikan program-program Radio Televisyen Malaysia (RTM) disumbangkan program dokumentari yang sarat dengan pengisian menarik untuk dikongsi semua tanpa mengira peringkat usia. Apatahlagi sekiranya ia disampaikan secara santai dan sekaligus dapat diterima penonton.

Justeru sebagai memenuhi kehendak penggemar siri berbentuk dokumentari, RTM menyediakan slot World Watch yang memberikan peluang kepada semua mengikuti dokumentari-dokumentari menarik sepanjang empat hari berturut-turut setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.30 tengah hari menerusi TV1.

Wildlife Man

Bermula dengan tayangan Life in Cold Blood (Isnin), Night (Selasa), Wildlife Man (Rabu) dan kemudiannya diakhiri dengan Impact Stories of Asia (Khamis), penonton berpeluang berkongsi kisah-kisah menarik berlaku di seluruh negara membabitkan dunia manusia dan haiwan yang ada di antaranya belum pernah didedahkan kepada masyarakat umum.

Nantikan tayangan Life in Cold Blood siri dokumentari BBC yang ditulis dan dibentangkan oleh David Attenborough, disiarkan di UK tahun 2008 di BBC One. Satu kajian evolusi dan tabiat amfibia dan reptilia yang keenam dan terakhir kaji selidik khusus Attenborough berikutan trilogi utama yang bermula dengan kehidupan di Bumi.

Siri ini terdiri daripada lima program di mana setiap satu episodnya memaparkan Attenborough menemu ramah ahli-ahli sains yang pernah bekerja dengannya. Ia juga meneliti cabaran yang dihadapi oleh anak-anak kapal dan mendedahkan beberapa teknik yang digunakan untuk filem siri ini.

Saksikan juga siri Wildlife Man yang mengetengahkan kisah David Ireland, pengeluar filem terkenal di seluruh dunia berkaitan hidupan liar. Siri ini mendasari sepenuhnya pengalaman David yang menyampaikan 40 episod berdasarkan pengalaman bekerja dengan singa dan harimau bintang di darat juga jerung dan buaya di laut. David Ireland digelar “Original Crocodile Man” dan telah tersebar ke seluruh dunia menerusi Discovery Channel pada tahun 1990.

Satu siri dokumentari mengenai penyelesaian kepada masalah kemiskinan dan kelaparan di Asia bertajuk Impact Stories of Asia yang berkongsi memaparkan dokumentari mengenai negara-negara Asia dari sudut politik, sosial dan ekonomi. Siri ini mengambil pendekatan melihat isu-isu kesukaran hidup termasuk HIV di Kemboja, kebersihan makanan di Tajikistan, pembangunan luar bandar di India, kanak-kanak jalanan di Vietnam, kawasan miskin di Nepal, krisis pelarian di Burma, pembandaran di China dan pasca keruntuhan Soviet Kyrgyzstan. Penyelesaian yang diambil dan digunakan termasuk memanfaatkannya menerusi teknologi terkini dan amalan ekologi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Bulan Ogos Saluran Pelangi Indo Pek

Winner Tune Talk’s Open 4 Incubus Band Competition Final