in

Program Bulan Ogos Saluran Pelangi Indo Pek

AUGUST MONTHLY HIGHTLIGHTS FOR PELANGI

Judul: Heart
Tarikh: 5 August 2011
Masa: 10 malam
Pelakon: Irwansyah, Acha Septriasa, Nirina Zubir
Synopsis:
Rachael (Nirina Zubir) adalah seorang gadis ‘tomboy’, sementara Farrel (Irwansyah), seorang pemuda tampan. Keduanya menghabiskan masa kecil bersama sehingga dewasa Pada suatu hari di sebuah kedai buku, Farrel bertemu dengan seorang gadis penulis komik bernama Lunna (Acha Septriasa). Farrel jatuh cinta pada pandangan pertama dan mengharapkan Rachael untuk membantunya. Rachael berasa cemburu dan mengubah penampilannya menjadi feminin kerana ingin mendapat perhatian Farrel. Pada suatu hari, tanpa disengaja, Rachael ternampak Farrel dan Lunna berciuman dan terus berlari tanpa tujuan. Akibatnya dia terjatuh dan kakinya harus dipotongi. Pada saat yang sama, Lunna jatuh sakit dan dirawat di rumah sakit yang sama dengan Rachael.

Judul: Love is Cinta
Tarikh: 12 August 2011
Masa: 10 pm
Pelakon: Acha Septriasa, Irwansyah
Synopsis:
Ryan (Irwansyah) dan Cinta (Acha Septriasa) adalah teman sejati yang tidak berani untuk berterus terang mengenai perasaan cinta yang terbit sesama mereka. Setelah tamat belajar, Ryan ingin berterus-terang sebelum ke US untuk melanjutkan pelajarannya di sana. Semua usahanya untuk meyakinkan Cinta hanyalah sia-sia oleh sebab kedegilannya. Ketika Ryan di lapangan terbang, Cinta mulai sedar akan perasaan cintanya terhadap Ryan dan memutuskan untuk berjumpa dengan Ryan. Pada masa yang sama, Ryan juga berlari mengejar untuk jumpa teman sejatinya, Cinta dan malang nasibnya, dia terlibat dalam kemalangan kerana ingin menyelematkan seorang gadis dan kereta dibelakangnya meletup. Namun, Roh Ryan kekal bersemadi dan bertukar badan dengan seorang lelaki gay tetapi Cinta tidak percaya.

Judul: Laskar Pemimpi
Tarikh: 19 August 2011
Masa: 10 malam
Pelakon: Project Pop, Dwi Sasono, Shanty, Gading Marten, T Rifnu Wikana, Masayu Anastasia, Marcell Siahaan, Candil.

Synopsis:
Filem Laskar Pemimpi ini menceritakan kisah pengorbanan pasukan askar Indonesia, ‘The Military Aggression II’ pada bulan disember 1948. Semangat dan sifat kerelaan para muda-mudi untuk berjuang demi Negara mereka yang dikenali sebagai Pasukan Siliwangi. Mereka mencatat sejarah dan menjadi tokoh-tokoh kebanggaan Negara.

Judul: Doa Yang Mengancam
Tarikh: 26 August 2011
Masa: 10pm
Pelakon: Aming, Titi Kamal, Ramzi, Deddy Sutomo, Nani Widjaja, Jojon, Zaskia Asya Mecca, Cahya Kamila, Cici Tegal

Synopsis:
Madrim yang berasa hidupnya malang kerana dibebankan dengan hutang, ditinggalkan oleh isterinya yang cantik dan juga telah diusir oleh tuan rumah yang disewanya. Kadir, iaitu teman baiknya, menasihati untuk rajin bersolat dan berdoa. Ketika dia pergi mengembara, petir menyambarnya dan mengalami koma. Apabila Madrim sedar, dia memiliki kemampuan untuk mengetahui kedudukan seseorang hanya dengan melihat fotonya .Adakah Madrim gembira dengan kuasa yang diberikan atau disebaliknya?

Sinema Pelangi (FTV)

Judul: Kutemukan Engkau Disetiap Tahajudku (I find you in Every of My Prayer)
Tarikh: 7 August 2011
Masa: 10pm
Pelakon: Alblen Filindo, Ariesrta Noormita, Vj Ben, Wishnu Wijaya, Ardhitra Marfie
Synopsis:
Sebuah kisah tentang kehidupan Agus yang kurang akrab dengan ayahnya, Pak Usman tetapi sentiasa bersikap lembut pada ibunya, Bu Usman. Teman baiknya adalah Angga dan Joko. Airin, gadis di universitinya yang cantik dan bertudung telah menambat hatinya,. Namun, dia mempunyai teman lelaki bernama Dewa. Tetapi hubungan mereka tidak akan menghalang perasaannya terhadap Airin. Gadis itu sebenarnya mencari imam, dan pendamping hidup bukan sekadar teman lelaki. Airin sering bertanya-tanya, adakah Dewa jodohnya? Angga pula menganggap Agus bukan teman sejati kerana tak peduli pada Joko dan asyik sibuk berpacaran. Agus yang datang ke rumah Joko, malah diusir Ibu Joko. Masalah datang bertubi-tubi, hingga Agus pergi dari rumahnya dan akhirnya, berhenti di sebuah masjid. Pak Anwar, penjada masjid mengajaknya untuk sembahyang berjemaah. Saat itu Agus berasa tenang dan air matanya berlinangan di atas sajadah. Agus mula memahami jika cinta perlukan keikhlasan kerana semua adalah milik-Nya.

Judul: Kepada mu Aku Berserah (I place My Live in God’s Hands)
Tarikh: 14 August 2011
Masa: 10pm
Pelakon: Revaldo Fivaldy, Acha Septriasa, Bobby Muskar, Sheila Tohir
Synopsis:
Teja berasa taksub ketika pertama kali melihat Kartika, gadis yang pada pandangannya gadis paling cantik yang pernah ditemuinya. Pertemuannya yang tidak sengaja menyebabkan Teja tidak sempat berkenalan dengan gadis yang sudah merebut hatinya itu. Maka, Teja memberi nama panggilan Kartika dengan nama Lala. Keesokan harinya Teja mencari alamat Lala/Kartika dan secara tidak sengaja, dia berkenalan dengan Kemala, gadis yang rumahnya disangka adalah rumah Lala. Kemala sangat terharu dan jatuh hati pada Teja ketika mendengar bahawa Teja sedang berjuang mencari rumah gadis yang telah merebut hatinya. Akhirnya dia menemui rumah yang ingin ditujunya, namun mendapat berita bahawa Lala telah kembali ke Jakarta. Ternyata Lala adalah mahasiswi baru di kampusnya dan Teja harus berhadapan saingan dengan Akhbar. Dia tetap memanggil Lala pada Kartika. Jelas sahaja hal ini membuatkan Kartika jengkel sehingga Teja berhasil mendapatkan cinta Kartika.

Judul: USTADZ JAKA
Tarikh: 21 August 2011
Masa: 10pm
Pelakon: Religi Jian Batari, Rizky Hanggono, Pipit Sasati
Synopsis:

Lia, seorang gadis sekolah menengah yang mempunyai dua teman baik, Dita dan Ranti; kesemuanya belum berpunya. Ranti yang digilakan ramai lelaki tidak dapat buntu untuk memilih. Manakala Lia yang mempunyai perasaan terhadap Dimas, seorang jejaka tampan yang telah mempunyai teman wanita. Lia pula kecewa dan decide untuk memakai tudung, oleh sebab dipaksa oleh ibunya, Puan Joko dan Ustadz Jaka yang mengajarnya mengaji. Pada masa yg sama, ibunya ingin menjodohkan dirinya dengan Andi; seorang jejaka yang terkenal di kawasan perumahan itu. Manakala, Dimas yang baru putus hubungan, akhirnya menambat hatinya. Ustadz Jaka memutuskan untuk kembali ke kampugnya dan Lia sedar akan kerinduannya terhadap Ustadz Jaka. Adakah ini namanya cinta?

Judul: Menuju Rumah Cintamu (Toward God’s House Of Love)
Tarikh: 28 August 2011
Masa: 10pm
Pelakon: Fauzi Baadila, Keira Shabira, Adhitra Marfie, Wishnu Wijaya, Anton Abox
Synopsis:
Sebuah kisah tentang perjalanan hidup seorang manusia yang penuh dengan penyesalan sehingga akhirnya menemukan ketenangan di dalam rumah cinta-Nya.Wajja hidup merantau ke Jakarta setelah diusir oleh ayahnya, Pak Chaerul. Pada suatu hari, Wajja dapat berkenalan dengan Atti, anak kepada pemilik warung. Atti yang masih berada di sekolah menengah, ternyata jatuh hati pada Wajja dan dengan pelbagai alas an diberikan oleh Atti untuk mencuba mendapatkan perhatian dari Wajja. Manakala Kandar sebenarnya sudah lama mencari Wajja kerana permintaan Kani, wanita yang selama ini masih berada di hati Wajja. Kani adalah sebenarnya bekas kekasih Majja, saudara kembar Wajja. Di lain pihak, Kandar akhirnya berjaya menemui Wajja. Kandar meminta Wajja intuk kembali ke rumahnya namun Wajja menolak. Wajja member alasan bahawa ayahnya sudah mengusirnya. Kandar menyerah dan meminta Kani untuk ke Jakarta dan memujuk Wajja. Wajja mulai penuh dengan kehidupan yang dijalaninya sebagai kaki pukul. Wajja mulai terkenang masa lalunya yang perit. Tentang Majja yang dicemburuinya kerana mendapatkan hati Kani. Rasa cemburu juga yang membuatkan Wajja menentang Majja untuk memanjat tebing hingga akhirnya Majja meninggal kerana kecelakaan, terjatuh dari tebing. Kematian Majja membuat ayahnya, Pak Chaerul marah dan menyalahkan Wajja hingga mengusirnya dari rumah. Wajja mulai mencuba mengubah hidupnya. Mencuba mencari pendapatan yang halal. Atti merasa senang dengan perubahan hidup Wajja. Atti bahkan membelikan Wajja selembar sejadah. Namun rasa senang Atti berubah ketika Wajja menolak cintanya.
MISTERI SEBERANG

Judul: Pelet Cermin Rias
Tarikh: 4 August 2011
Masa: 10pm

Synopsis:
Film seram yang mengisahkan tentang ilmu tradisional (sihir) pelet dan cermin rias yang dimiliki oleh seorang penari.

Judul: Misteri Arwah Kali Angke
Tarikh: 11 August 2011
Masa: 10pm

Synopsis:
Lani, seorang mahasiswi yang diberi sebuah kalung oleh ibunya, kalung peninggalan nenek moyang mereka. Arwah A Lin, yang tewas dalam tragedi etnik cina oleh Belanda di kali Angke, mempengaruhi Lani untuk membunuh sesiapa yang menyakitinya. Anggar, teman sekolah Lani berusaha melepaskan Lani dari pengaruh arwah kali Angke itu.

Judul: Senandung Alam Gaib
Tarikh: 18 August 2011
Masa: 10pm

Synopsis:

Viny, Olin, Grace dan Raya adalah rakan akrab yang berada di dalam sebuah kumpulan, bernama VENUS. Pada suatu hari, grace meninggal dan mengakibatkan kumpulan Venus tiada lagi. Viny dan kawan-kawannya berniat untuk menghidupkan lagi kumpulan Venus itu, apatah lagi setelah mereka bertemu dengan Prima, yang punya karakter mirip dengan mendiang Grace.

Judul: Hantu Rambut Indah
Tarikh: 25 August 2011
Masa: 10pm

Synopsis:

Indah memutuskan untuk melakukan hair extension seperti Megan Fox dan sejak memakai hair extension itu, Indah mengalami banyak kejadian yang menakutkan. Dia dikacau oleh hantu gadis yang cantik. Indah berasa sangat terganggu kerana semakin hari, semakin menjadi. Indah memutuskan untuk melepaskan hair extensionnya, dan anehnya, rambut itu balik lagi ke kepalanya. Itu menyebabkan dia dalam ketakutan. Pada akhirnya Indah mendapat tahu bahawa rambut extension yang dipakainya itu adalah rambut yang dari mayat dan ternyata rambut itu adalah rambut milik bekas kekasih Indah yang ingin membalas dendam.

RETRO MOVIES

Judul: Tarzan Kota (1974)
Tarikh: 2 August 2011
Masa: 10 am
Pelakon: Benyamin S, Ida Royani, S Kamdi, Eddy Gombloh, Awaludin, Slamet Harto, Tan Tjeng Bok
Sinopsis
Darman (Awaludin), Slamet (Slamet Harto), pembantunya, dan Ida (Ida Royani), anaknya, pergi berburu ke hutan. Ida hilang saat Darman dan Slamet sedang mengejar seekor harimau. Ternyata Ida berada di pondok Tarzan (Benyamin S). Tarzan yang pada awalnya tidak pandai berbahasa Indonesia, kemudian diajak ke kota dan belajar menjadi orang kota biasa. Ternyata tidak mudah kerana diganggu oleh kawan-kawan Ida yang tidak suka.

Judul: Penyesalan Seumur Hidup (1986)
Tarikh: 1 August 2011
Masa: 10 am
Pelakon: Dewi Yull, Joice Erna, Cok Simbara, Eva Rosdiana Dewi, Henry Yosodiningrat, Nico Pelamonia, Yetti Sarjio, Dian Ariestya, Usbanda, Ferry Iskandar, Baron Achmadi, Ade Novita
Synopsis:
Sebuah film pengadilan Sumi (Dewi Yull) yang harus masuk lokap dan diadili kerana suaminya, Aditya (Cok Simbara) lumpuh kemaluannya akibat tertusuk sebuah pisau. Suami yang menderita dalam hidup perkahwinannya karena penyakit suaminya. Ia tetap bertahan demi anaknya. Lena (Joice Erna) yang akan dicerai, berniat membunuh suaminya ketika tidur, tapi niat itu tidak kesampaian. Apa yang terjadi ialah suaminya terbangun, terkejut melihat pisau ditangan isterinya, dan berniat untuk melompat menghindarnya. Gerakan ini malah menghampiri pisau dan terkena kemaluannya. Di akhir sidang pengadilan, anak kedua mereka yang masih bayi meninggal dunia hingga menimbulkan penyesalan semur hidup.

Judul: Nada dan Dakwah (1991)
Tarikh: 10 August 2011
Masa: 10 am
Pelakon: Rhoma Irama, Ida Iasha, Zainuddin MZ, Deddy Mizwar, Nani Widjaja, Zainal Abidin.
Sinopsis:
Masyarakat desa Pandawangi resah, kerana mendengar berita bahawa kampungnya akan dibeli oleh seorang konglomerat. Konflik antara penduduk dan para kaki tangan konglomerat mulai muncul. Konflik tadi semakin berleluasa bukan hanya pada masalah tanah, tapi juga pada masalah moral dengan berdirinya tempat minum dan bil. Ketua kampong, H Murad yang dibantu oleh H Rhoma, berusaha menyadarkan penduduk agar tidak menjual tanahnya. Konflik tentang tanah yang menambahkan masalah sosial akibat pesatnya pembangunan, merupakan tema yang menarik dari filem ini. Hal ini mungkin filem Rhoma Irama yang paling baik, meski ternyata tidak begitu laris di pasaran.

AUGUST MONTHLY HIGHTLIGHTS FOR BINTANG

Setiap Ahad @ 6pm
Just Alvin
“JUST ALVIN” adalah sebuah program bual bicara di Astro BINTANG saluran 141. Antara artis-artis yang dibawakan oleh Alvin Adam, penyampai program-program hiburan di stesen TV Indonesia seperti Showbiz News, Showbiz Talk, dan Showbiz On Location. Alvin sendiri bukanlah orang asing di dunia hiburan di Indonesia. Sebagai selebriti industri filem dan drama, ditambah pengalaman sebagai penulis, menjadikan Alvin individu yang sangat sesuai untuk menjadi “teman setara” para selebriti dalam sebuah program bual bicara.

Dengan latar belakang itu, maka program “JUST ALVIN” akan menjadi sebuah program yang lebih dari sekadar program hiburan seperti yang ada sekarang ini. Alvin akan menggali apa yang nampak sempurna di sebalik selebriti Indonesia. Misalnya menanyakan apa yang mungkin tidak dapat disampaikan selebriti secara gurauan. Seperti dalam episod “Ari Sihasale – Nia Zulkarnaen : A True Love Story” dimana Alvin bertanyakan pada pasangan yang juga satu perusahaan ini apakah satu sama lain lebih menyenangkan sebagai “partner in business” atau “partner in bed”?.

Selain pertanyaan yang ditanya secara langsung oleh Alvin di waktu rakaman, program Just Alvin juga ditambah dengan klip klip tentang topic yang berkaitan. Klip-klip yang akan ditampilkanadalah yang belum pernah atau jarang dipertontonkan kepadaorang ramai sebelumnya. Selain itu dalam setiap episod juga ada kejutan dengan bentuk yang berbeza-beza. Misalnya dengan memberikan sesuatu atau mendatangkan orang-orang yang tidak diduga-duga oleh tetamu jemputan.

‘Friendship – Trust – Untold – Achievement’ adalah tagline untuk Program Bual Bicara “JUST ALVIN”

Setiap sabtu @ 6pm
Kick Andy
Sebuah program temu bual yang mengupas isu-isu kemanusiaan dan kisah-kisah insipirasi dari masyarakat, selebriti dan lain-lain.

Setiap sabtu & Ahad @ 730am
Ala Chef
Sebuah program masakan yang menampilkan perjalanan seorang chef perempuan yang mengelilingi Indonesia dan meneroka kekayaan di daerah yang berlainan. Keunikan program ini adalah pengacaranya yang akan melakukan demo memasak dan menggabungkan resepi masakan tradisional Indonesia dan Eropah (Fusion) ala Chef Farah Quinn.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Susunan Program Saluran Bintang Indo Pek

Dokumentari Terbaik Isi Slot World Watch