in ,

DJ Lin Dilantik Jadi Duta Kereta Persona PROTON

PROTON PERSONA TERUSKAN USAHA MEMPERKAYA KEHIDUPAN DENGAN PELANCARAN KEMPEN ‘SEMEMANGNYA LEBIH SEMPURNA’

Kuala Lumpur, 26 April 2011 – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia melalui kereta sedan terlarisnya, Persona, PROTON, menerusi syarikat pengedarannya, Proton Edar Sdn. Bhd., hari ini melancarkan kempen ‘Persona, Sememangnya Lebih Sempurna’ serba baru. Program untuk mendekati orang ramai itu akan menampilkan DJ Lin daripada Suria FM, Aanantha daripada THR Raaga serta Duta Persona, Jack Lim daripada MY FM dalam sebuah kempen unik selama 5 bulan yang akan mendekati rakyat Malaysia menerusi platform lain daripada yang lain iaitu untuk memupuk keyakinan.

(L-R) Sidik Abdul Hamid, GM, Marketing Division, Proton Edar Sdn Bhd, Aanantha, DJ Lin, Jack Lim

Berucap di pelancaran kempen tersebut, Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Proton Edar, Encik Sidik Abd Hamid berkata, “Pencapaian Persona hingga kini benar-benar meningkatkan semangat kami. Ia kental mengharungi pelbagai cabaran untuk menempa kejayaan sebagai salah satu model sedan yang mencatat prestasi paling cemerlang dalam pasaran hari ini. Melalui Persona, kami bukan sahaja menawarkan harga kompetitif dan kenderaan berkualiti yang memberi lebih keyakinan kepada pemandu, malah kami turut menyumbang kepada keperluan gaya hidup mereka.

“Pengembaraan yang bermula pada tahun 2007 ini telah mengajar kami tentang pentingnya memiliki keyakinan diri dan membuat pilihan yang tepat. Dengan inspirasi yang diperoleh ini, kami memutuskan untuk membuat keputusan tepat melancarkan kempen ‘Sememangnya Lebih Sempurna’ untuk berkongsi apa yang kami pelajari dengan rakyat Malaysia, khususnya dalam memilih kereta yang sesuai untuk keperluan mereka.”

“’Sememangnya Lebih Sempurna’ berkisar tentang bagaimana keyakinan diri mampu meningkatkan keyakinan kepada orang lain. Untuk merealisasikannya, kami telah meminta jasa baik Jack, DJ Lin dan Aanantha yang pernah melalui pengalaman yang sama seperti Persona dan memahami peranan sikap percaya kepada diri sendiri dalam membantu orang ramai menggapai cita-cita,” jelas beliau.

Kempen ‘Sememangnya Lebih Sempurna’ akan menyaksikan ketiga-tiga duta Persona tersebut memainkan peranan baru sebagi mentor, berkongsi pengalaman hidup mereka agar boleh dimanfaatkan oleh orang ramai tanpa mengira latar belakang, untuk mengharungi cabaran hidup masing-masing. Setiap duta tersebut akan menerajui program mereka sendiri yang diwujudkan berdasarkan pengalaman hidup mereka.

Sebagai seorang ibu tunggal kepada dua orang anak, DJ Lin akan mengendalikan sebuah program yang direka untuk memberi semangat, justeru, membantu ibu-ibu tunggal mengatasi cabaran yang mereka hadapi. Aanantha pula akan menampilkan kepentingan pembelajaran selain daripada buku-buku teks kepada golongan remaja – bagaimana kemahiran asas juga boleh menyumbang kepada tahap keyakinan diri seseorang, manakala Jack akan memaparkan bahawa adalah tidak terlambat untuk kembali meletakkan masa depan anda di tangan orang yang paling anda percayai, iaitu diri anda sendiri.

“Sebagai DJ radio, ketiga-tiga personaliti yang cukup terkenal ini di kalangan jutaan pendengar setiap hari ini menyatakan bahawa, apa yang mereka katakan dan apa yang mereka lakukan, mempengaruhi pandangan dan sikap pendengar mereka. Seperti Persona yang memberi impak kepada pemanduan mereka di jalan raya setiap hari, para duta kami merupakan personaliti berpengaruh yang mempunyai peluang untuk melakukan perubahan dalam masyarakat,” kata Encik Sidik.

Mengenai Duta-duta Persona dan program ‘Sememangnya Lebih Sempurna’ mereka

Jack Lim
Jack telah melalui suatu kehidupan yang sukar sebelum bergelar seorang hos radio dan pelakon berjaya. Apa yang membantu beliau terus berjuang adalah semangat dan sikap ‘tidak menyerah kalah’ beliau yang membolehkannya mengatasi kegagalan di peringkat awal dalam usaha mencapai impian. Bagi Kempen ‘Sememangnya Lebih Sempurna’, Jack akan melalukan suatu cabaran peribadi dan akan menjemput beberapa individu untuk turut sama menyahut cabaran yang telah sekian lama mereka impikan tetapi terlalu takut dan kurang bersemangat untuk melakukannya. Beliau akan memilih 3 orang calon dan menjadi mentor mereka untuk menghadapi cabaran masing-masing.

DJ Lin
DJ Lin, ibu tunggal kepada dua orang anak, merupakan simbol kekentalan semangat seorang wanita yang melalui pengalaman getir namun berjaya mengatasi segala rintangan untuk muncul sebagai seorang wanita dan ibu berkerjaya yang berjaya. Semasa kempen tersebut, DJ Lin akan mengunjungi kediaman ibu-ibu tunggal, berkongsi pengalaman sambil meningkatkan semangat kepada mereka untuk terus melangkah ke hadapan dalam hidup dan jangan sesekali menyerah kalah. Beliau juga akan memilih tiga orang ibu tunggal dan menjadi mentor peribadi kepada mereka sepanjang tempoh kempen berkenaan. Di samping itu, DJ Lin akan menghoskan sebuah bengkel ‘empowerment’ selama 1 hari yang dibuka kepada semua ibu tunggal, untuk membimbing mereka tentang kemahiran hidup dan mempersiapkan diri bagi mengharungi cabaran dalam kehidupan di hari muka.

Aanantha
Sejak dari kecil, muzik telah sentiasa tersemat di dalam jiwa Aanantha. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, beliau tidak pernah mengalah dan terus mengejar impian untuk berkerjaya dalam bidang muzik – bersama dengan kumpulan beliau bergelar Synergy, sebagai DJ di THR Raaga dan studio produksi yang dikendalikan bersama dengan abangnya, Ram. Bagi Kempen ‘Sememangnya Lebih Sempurna’, Aanantha akan menghoskan sebuah bengkel bakat keyakinan untuk mendekati beberapa orang kanak-kanak yang ingin menceburi bidang seni persembahan dan muzik, membantu mereka membina keyakinan. Antara program yang telah dirancang termasuk kelas nyanyian, lakonan dan kelas membuat kostum, kelas tarian dan pembangunan kemahiran komunikasi peribadi. Aanantha akan memilih 3 orang kanak-kanak daripada bengkel tersebut dan beliau akan menjadi mentor peribadi mereka serta melakukan persembahan dalam video muzik beliau.

Maklumat lanjut mengenai kempen dan cara bagaimana untuk menyertainya boleh didapati di www.protonpersona.com.my.

Mengenai PROTON
Ditubuhkan pada tahun 1983, PROTON adalah pengeluar kereta terbesar Malaysia dan satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya di Asia Tenggara. Dengan operasi di pasaran-pasaran utama, dari UK ke Timur Tengah, dan di serata Asia Tenggara dan Australasia, khususnya di negara-negara seperti China dan Iran, PROTON mengeluarkan kereta yang memenuhi rangkaian permintaan dan pilihan pelanggan.

Penawarannya meliputi kenderaan keluarga empat pintu yang versatil dan boleh dipercayai, kereta hatchback dua pintu bagi mereka yang berjiwa muda, sedan-sedan eksekutif mewah dan bergaya, kenderaan pelbagai kegunaan yang selesa dan mampu dimiliki, serta kereta sports terkemuka di peringkat antarabangsa daripada Lotus. Apa yang paling penting, model-model PROTON kini dibangunkan dengan Kejuruteraan Ltus, menawarkan kepada pelanggan pengalaman pemanduan dan pengendalian unggul setiap hari.

Langkah pertama PROTON sebagai pendorong utama pembangunan negara telah menyaksikan jenama tersebut memacu kelok pembelajarannya menerusi pemindahan teknologi dengan rakan-rakan kongsi strategik dan usaha sama teknikal. Dengan memberi perhatian kepada keperluan pelanggan, kereta-kereta PROTON kini berada di landasan yang betul untuk mencapai misi masa hadapan, di mana PROTON muncul sebagai jenama yang mengeluarkan kereta dengan semangat dan jiwa; kereta yang bukan hanya cemerlang dalam pemanduan, malah terbaik untuk dimiliki.

(L-R) DJ Lin, Jack Lim, Sidik Abdul Hamid, GM, Marketing Division, Proton Edar Sdn Bhd, Aanantha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sunsilk Umum Kolaborasi Bersama MODA

Wings Cipta Sejarah Siar Konsert Live Streaming