in

Sunsilk Umum Kolaborasi Bersama MODA

Gabungan Pakar Rambut dan Connoisseur Fesyen Menghasilkan Kesempurnaan Terulung

Sunsilk telah membentuk gabungan sempurna dengan Malaysian Official Designers Association (MODA) untuk menghidupkan keraian busana anggun dan kecemerlangan rambut, semata-mata untuk mencapai kegemilangan melalui kesempurnaan.

Tahun ini, MODA meraikan 21 tahun yang penuh glamour, kecantikan dan gaya. Bagi menyerlahkan lagi intipati kesempurnaan, kecemerlangan dan kepuasan dalam setiap wanita, Sunsilk menjalinkan pakatan eksklusif bersama MODA bagi melahirkan pameran fesyen agung melibatkan gambaran kreatif mengenai kesempurnaan daripada 30 pereka fesyen tempatan yang paling berpengaruh serta terkenal di Malaysia.

A celebration of perfection is conceived when perfect hair and perfect style collide

Lebih sebulan lalu, dalam usaha mengejar kecemerlangan, Sunsilk melancarkan rangkaian Co-Creations baru yang dipaten dengan formula nanop kompleks. Teknologi terkini direka bagi menangani butiran terperinci setiap urat rambut agar ia menepati piawaian terkini untuk rambut sempurna. Didorong oleh realiti di mana kesempurnaan adalah impian terulung setiap wanita, Sunsilk kini mengambil langkah dengan berkolaborasi bersama MODA dalam memberi inspirasi kepada wanita Malaysia untuk menitikberatkan nilai ketelitian serta kepakaran agar mereka dapat mencapai kesempurnaan dari hujung rambut ke hujung kaki.

“Kami amat gembira kerana dapat bekerjasama secara sinergistik dengan MODA, salah satu daripada peneraju industri fesyen bagi menghasilkan gabungan rambut dan gaya yang sempurna. Kedua-dua elemen ini sememangnya sepadan dan sesuai untuk menggayakan penampilan yang sempurna. Kepakaran dan ketelitian demi mencapai kesempurnaan adalah falsafah asas yang menyatukan Sunsilk dan MODA. Melalui persembahan ini, kami ingin memberi inspirasi kepada kaum wanita untuk mencapai dan meraikan kesempurnaan,” kata Ashlee Ng, Pengurus Pemasaran Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Bertemakan ‘Perfect Hair Meets Perfect Style’, para pakar rambut antarabangsa Sunsilk dan pencipta bersama, Thomas Taw dan Yuko Yamashita, akan berpadu tenaga dengan dua connoisseur fesyen yang diketengahkan, iaitu Alvin Tay dan Amir Luqman bagi mempersembahkan naratif artistik mengenai kesempurnaan. Gaya rambut terindah yang lahir daripada pengkhususan dalam penjagaan rambut serta kepakaran bertaraf dunia akan direka bagi melengkapkan gaya fesyen para pereka yang diketengahkan dalam satu keraian gaya sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki.

“Fesyen merujuk kepada melampaui batas-batas kreativiti dengan membentuk kolaborasi strategic. Gaya yang sempurna tidak akan sempurna tanpa rambut sihat yang didandan dalam pelbagai gaya terindah.Tahun ini, kami berbangga kerana dapat berganding bahu dengan Sunsilk, salah satu daripada jenama yang paling tahan lama dalam industri penjagaan rambut. Mencapai kesempurnaan menjadi lebih mudah apabila bakat dan kepakaran bertaraf dunia digabungkan. Ini adalah cara terbaik untuk meraikan Ulang Tahun ke-21 MODA,” kata Gillian Hung, Presiden MODA.

Keraian kesempurnaan ini akan mempamerkan rekaan gaya rambut yang tidak pernah dilakukan. Butir-butir halus seperti memastikan rambut model adalah terkawal bagi mewujudkan dandanan rambut yang bebas kerosakan, licin dan mudah diurus, akan menemani kerjatangan halus para pereka fesyen tempatan Malaysia.

Marilah mengalami dan cetuskan inspirasi anda dengan intisari kesempurnaan di majlis Ulang Tahun ke-21 MODA pada hari Jumaat, 13hb Mei 2011!

Perfect, elegant gowns by (L) Alvin Tay and (R) Amir Luqman captures pure excellence on the runway

Apabila rambut sempurna dan gaya sempurna berpadu
Amir Luqman terkenal kerana rekaan yang menyerlahkan si pemakainya. Menggunakan bayangan seksi dan potongan rapi, beliau telah mencatat pelbagai pencapaian profesional yang mengagumkan. Kegemaran beliau terhadap garisan lurus dan corak nyata akan memadankan beliau dengan pendandan rambut London serta pencipta bersama rangkaian Sunsilk Damaged Hair Reconstruction, Thomas Taw, yang akan mengubah rambut menjadi mahkota idaman yang cantik dan didandan dengan rapi.

Alvin Tay memiliki sentuhan fesyen yang unggul dan dikenali melalui busana beliau yang terus memukau dunia dengan kecemerlangan dan daya kreativitinya. Beliau akan menyusun rambut sehingga sempurna bersama mogul dandanan rambut Jepun dan pencipta bersama rangkaian Sunsilk Silky Smooth & Manageable, Yuko Yamashita. Minat Yuko terhadap rambut licin dan mudah diurus akan menyaksikan beliau memberi sentuhan elegan dan dandanan beralun kepada rekaan penuh fantasi ciptaan Alvin.

Sunsilk Co-Creations digerakkan dengan Rumusan Nano Kompleks yang Dipaten
Sunsilk memiliki kepakaran tinggi dalam penjagaan rambut melalui kolaborasi dengan tujuh pakar rambut bertaraf dunia. Mereka memfokus kepada, meneliti dan mengkaji butir-butir yang tidak disedari oleh orang lain. Pakar rambut Sunsilk merawat setiap urat rambut secara individu berdasarkan kilauan, tekstur dan akarnya kerana mereka tahu bahawa inilah satu-satunya cara rambut akan kekal cantik dari akar ke hujung rambut.

Rangkaian Sunsilk Co-Creations baru yang digerakkan oleh rumusan nano kompleks yang dipaten telah dibangunkan melalui kolaborasi dinamik di antara pasukan penyelidikan dan pembangunan Sunsilk bersama satu panel merangkumi tujuh pakar rambut. Rumusan Nano Kompleks yang dipaten ini adalah satu rumusan unik melibatkan partikel optimum bersaiz nano yang setelah digunakan, akan memberi litupan yang berkesan dan menyeluruh sepanjang serat rambut. Ia meliputi setiap urat dan inci rambut bagi memberikan manfaat berprestasi tinggi yang khusus untuk setiap jenis rambut. Teknologi terkini ini direka bagi menangani perkara kecil dan mematuhi piawaian ketat penjagaan rambut sempurna para pakar rambut terkemuka yang sentiasa berusaha menghasilkan rambut yang sempurna secara keseluruhannya.

‘Celebrate Perfection’ for MODA’s 21st Anniversary
List of Designers in MODA

1. Alvin Tay
2. Amir Luqman
3. Aidawati Saidin
4. [email protected]
5. Beatrice Looi
6. Bill Keith
7. Carven Ong
8. Dennis Lee
9. Dominique Chan
10. Sonny San (Eclipse)
11. Eric Choong
12. Jendela KL
13. Joe Chia
14. Jonathan Cheng
15. Jovian Mandagi
16. Justin Yap
17. Keith Kee
18. Key Ng
19. Khoon Hooi
20. Meesha Sukira
21. Melinda Looi
22. Michael Ong
23. Micky Tan
24. Nazleen Noor
25. Nurita Harith
26. Radioactive
27. Syomir Izwa
28. Tom Abang Saufi
29. William Liew
30. Zang Toi

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hati Yang Terpinggir Lakonan Rozita Che Wan & Elfira Loy

DJ Lin Dilantik Jadi Duta Kereta Persona PROTON