DILEMA WANITA BERBADAN GEMPAL MENCARI JODOH DALAM ALAH CINTA
9ALAH CINTA, DRAMA DILEMA WANITA BERBADAN GEMPAL MENCARI JODOH
MENARIK MENGISI SLOT CITRA PADA 14 NOVEMBER 2008 (JUMAAT) DI RTM2
Slot Citra yang menemui penonton RTM2 saban minggu pastinya menghidangkan plot cerita menarik yang mahu dikongsikan bersama peminat setia salurannya. Dengan mengetengahkan paparan kisah realiti yang berlaku dalam masyarakat secara keseluruhannya, slot ini mampu menjadikan ruang santai malam hujung minggu penonton lebih bermakna.

Minggu ini sebagai meneruskan pengisian drama menariknya, slot tontonan ramai Citra menghidangkan dilema dihadapi wanita yang berbadan gempal dalam mencari jodoh menerusi Alah Cinta yang disiarkan pada hari Jumaat (14 November 2008), jam 10.00 malam di RTM2.
Alah Cinta terbitan Sports & Event S Networks ini mengangkat paparan kisah Icah atau Atiqah seorang gadis bersaiz besar dan gemuk. Selain daripada bersaiz besar, Icah juga tidak suka bergaya dan bersolek kerana terlalu terbawa-bawa sindiran yang diterimanya sedari kecil iaitu dia budak gemuk yang tidak cantik dan tiada lelaki yang mahukannya.
Pak Dali dan Mak Som, ibu bapa Icah bimbang memikirkan hal anak gadis mereka itu dengan sikapnya yang tidak yakin terhadap cinta lelaki menyebabkan dia tidak kisah untuk berumahtangga. Malah dia kini mendapat gelaran baru iaitu andalusia.
Justeru mereka berusaha menjodohkan Atikah dengan pemuda bernama Jefri. Namun begitu Atikah tidak dapat menerima kehadiran Jefri.
Sahabat Atikah, Awin turut sama memikirkan masalah rendah diri yang ketara dalam diri Icah. Dia lalu mengajak Icah mencari kerja di Kuala Lumpur. Alasannya supaya Icah menerima pendedahan di kota besar itu dan sekaligus menyedari setiap orang mempunyai kekurangan diri.
Malah dia mahu menyakinkan sahabat baiknya itu bahawa masih ramai orang yang memupunyai kekurangan tetapi kerana keyakinan yang tinggi mereka mencipta kejayaan sendiri.
Kebetulan Atikah diterima bekerja di sebuah butik dan di situ. Dia mula berubah dari segi penampilan diri dan juga sikap. Biarpun sebelum ini dia alah kepada cinta, namun kehadiran pemuda dikenali panggilan Zufri telah mengubah perasaannya.
Berjayakah Atikah membentuk keperibadian sendiri dengan semangat dan jati diri baru bagi mengharungi kehidupan sebagai seorang gadis berbadan besar? Dapatkah cintanya terhadap Zufri direalisasikan?
Alah Cinta mengetengahkan barisan pelakon Syaniza Hisham (Syanie), Maimon Abd Mutalib, Pak Dali, Catriona Ross, Enot, Fezrul Khan dan Kazarudin Saisi.
Untuk menyaksikan kesudahan drama menarik ini, jangan ketinggalan menyaksikan Alah Cinta yang disiarkan pada hari Jumaat (14 November 2008), jam 10.00 malam, mengisi slot tontonan ramai, Citra di RTM2.










Realiti kehidupan .. fitrah mnusia yg suka kpd bnda2 yg cantik je walhal itu bkanlah jaminan kbahagiaan dlm khidupan. Zaman lani .. cantik? Muda? Brharta? Hmmm….
saya juga pernah alami masalah “gemuk” ni tapi bkn sbb utk saya merendah diri dan duduk dlm kepompong ….. org2 bersaiz xxxL ini kena yakin bahawa jodoh pertemuan di tgn Allah… bina jatidiri dan set dlm minda bhw kita juga berhak mendpt spt org lain… cantik letak no 2 yg penting kesihatan diri kita …. ini yg saya tanamkan dlm diri dan percaya atau tidak rupanya jodoh saya dtg awal , saya berkahwin pada umur 22 thn dan alhamdulilah kasih suami saya smpi hari ini tak pernah berubah dan semoga hingga ke akhirnya , dikurniakan 3 org cahayamata… dan paling saya tak percaya bahawa saya berjaya mendpt bentuk bdn yg saya idamkan dulu dan sumpahan “gemuk” saya dulu berpindah kpd classmate saya yg saiz “m” pulak…. dan saya yakin dgn janji Allah ” setiap kesabaran ada hikmahnya..” cubalah
pada aku, org gemuk berat jodoh ni isu basi la..mmg la kebanyakkan lelaki masih pikir nk bini cun je..tapi lelaki skang ni dh ada pemikiran yg lebih positif..jodoh yg Allah tetapkan tu insyaalah yg terbaik,biarla bukan terbaik dr luaran tapi insyaalah kebahagiaan ada bersama org2 yg sabar dan redha.
emmm sedih bile terjadi macam tu kat diri kita…kadang2 owang sangup x makan gara2 nak kurus..emmm…pape hal pon ape yang penting kuatkan semangat,,,,walaupun saya gemuk tapi kita kena yakin..ingat tak semestinya kurus ia antik malah gempal tulah yang comel..hehehe kuatkan semangat kepda yang senasid dgn saya..huhuhuh
pada perempuan di luar sana jangan lah bersikap negatif.pasti suatu hari da yang sudi menerima kita dengan seadanya.n jgn lah kita memencil diri.yang penting bersabar,jdoh kan kerja allah.k
aku pun tembam juga tetapi aku beruntung aku ada couple dia boleh memahami aku.pada girl or boy di luar sana jangan lah kita bersikap merendah diri,walaupun kita besar tetapi aku pastihati kamu bersihkan aku harap korang jangan lah bersedih n terus sedih.smely always u smily can shine yau day k assalamualiukum
aku pun tembam..kengkawan same blaja asyik sindir…gemuk la, lembu la, kenape besar sgt, mcm2 la…sakit hati…lelaki pun tengok kwn perempuan yg cantik, badan cantik, kecik, comel…sedih la jugak…tp nak buat mcm mane?…doakan la kite bersabar n dpt jodoh yg baik2…amin…
Saya suka wanita gemuk dan bercadang nak cari wanita gemuk sebagai calon isteri saya. Yang penting awak mesti orang kelantan sebab mak saya suruh saya cari orang kelantan sahaja.
MAAF KLU2 KATA2SY NI ADA WANITA YG TERASA.BG SY WNITA BDN YG BSAR X PERLU NK RASA TERHINA DGN KEJI2 ORG.ORG BDN BESAR JANJI PANDAI MENJAGA BDN DR BERBERPELUH DN PENAMPILAN.SY AMAT BERMINAT WANITA BDN YG BESAR DN BERUMUR.