in

DRAMA MURID TOK AYAH LAKONAN ZARYN MIN, KISHZZ

MURID TOK AYAH, SLOT GALERI FAMILI MULAI 11 NOVEMBER 2008 DI RTM2

Sebagai memenuhi hasrat penonton yang sememangnya ternanti-nanti drama bersiri bercorak persilatan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama terbitan Televisyen Airtime Services, Murid Tok Ayah mulai 11 November 2008 yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang mengisi slot Galeri Famili di RTM2.

Murid Tok Ayah yang dipenuhi plot cerita menarik ilmu seni silat tradisi Melayu yang pastinya mampu melahirkan generasi berjati diri serta memiliki nilai-nilai murni ini dibintangi pelakon popular Wan Hanafi Su, Qazem Nor, Zaryn Min, Kishzz, Saiful Zalwany, Khir Mohd Nor dan Razali Buyung.

Kishzz

Murid Tok Ayah dalam 13 episod siarannya mengisahkan sepasang sahabat baik, Alief dan Joseph yang bersungguh mahu menuntut ilmu persilatan daripada ayah Alief, Hamid yang sememangnya terkenal sebagai guru silat sebelum ini.

Namun kerana sedar kesihatannya yang tidak mengizinkan, Hamid menyarankan Alief dan Joseph berguru dengan lelaki separa usia dikenali sebagai Tok Ayah. Begitu pun impian mereka untuk menjadi anak murid kepada Tok Ayah tidak semudah yang disangka.

Sementara itu, mereka berkenalan dengan cucu Tok Ayah, Idayu setelah mereka menyelamatkan gadis itu daripada diganggu pemuda bernama Johari. Perkara itu menimbulkan perasaan marah Johari apatahlagi dia turut dipersendakan oleh temannya Faiz kerana tidak berjaya memenangi hati Idayu. Dalam masa yang sama, Faiz ada menyimpan perasaan terhadap gadis itu.

Kemunculan Mike yang berminat mahu mempelajari ilmu silat menemukannya dengan Hamid. Justeru Hamid terus menyarankannya supaya menyertai Alief dan Joseph memujuk Tok Ayah berguru dengannya. Perkara itu menimbulkan kerisauan ibunya, Suzy ibunya yang beranggapan silat hanya sesuai dipelajari bangsa Melayu.

Malek, ayah Faiz yang sememangnya kurang menyenangi Tok Ayah menabur fitnah lelaki itu mengajar silat untuk membolehkan orang lain menjadi samseng. Bukan itu sahaja, Malek turut mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak perempuannya, Salmiah yang memerlukan rawatan mengubati matanya yang kabur. Perkara ini menimbulkan kekecewaan di hati Salmiah yang hanya mampu diluahkan kepada temannya, Idayu.

Kesungguhan Alief, Joseph dan Mike akhirnya berjaya melembutkan hati Tok Ayah untuk mengambil mereka sebagai anak muridnya. Begitu pun dia terpaksa berdepan dengan fitnah Malek yang cemburukannya. Malah Malek sanggup menaburkan fitnah memburukkan Tok Ayah kerana membiarkan tiga pemuda itu bermalam di rumahnya sedangkan Idayu ada di rumah.

Mulai saat itu, mereka bertiga begitu gigih dan memberikan tumpuan sepenuhnya mempelajari ilmu persilatan daripada Tok Ayah. Apatahlagi bukan mudah untuk mereka mahu melenturkan hati Tok Ayah mengambil mereka sebagai anak murid.

Pada waktu sama, Johari dan Alief kian tercabar kerana Salmiah dan Idayu begitu teruja bercakap tentang Alief yang menjadi murid Tok Ayah. Lebih-lebih lagi apabila melihat Idayu sering memerhatikan Alief dan rakan-rakannya berlatih. Justeru rasa kurang senang Faiz terhadap Alief kian membara.

Faiz cuba mendapatkan bantuan Salmiah untuk memikat Idayu namun sebaliknya dia dinasihati adiknya itu supaya melupakan sahaja niatnya. Salmiah memberitahu Idayu telah jatuh cinta kepada Alief.

Satu hari Malek bertindak menyerang Alief apabila melihat Alief berbual dengan Salmiah. Bagaimanapun Tok Ayah sempat menyelamatkan Alief. Marah dengan tindakan Tok Ayah, Malek nekad menyerang Tok Ayah. Namun dia tidak mampu menandingi kepada lelaki separa usia itu.

Sementara itu, walaupun sedar hasratnya untuk membantu Salmiah mendapatkan wang membiayai kos perubatannya, Alief dan rakan-rakannya meneruskan keinginan pertandingan silat kategori bawah 21 tahun.

Berjayakah mereka memenangi pertandingan itu sekaligus mendapatkan wang untuk perubatan Salmiah? Jangan ketinggalan menyaksikan kesudahan Murid Tok Ayah mulai 11 November 2008, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang mengisi slot Galeri Famili di RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Amy uk’s

DILEMA WANITA BERBADAN GEMPAL MENCARI JODOH DALAM ALAH CINTA