in

Cetakan Semula Album Sudirman Aku Bukan Penghibur & Kul It

Khas buat peminat seniman Allahyarhan Sudirman Hj Arshad, kini Warner Music telah mengeluarkan cetakan semula dua buah album Sudirman, khas buat anda!

CETAKAN SEMULA ALBUM-ALBUM SUDIRMAN AKU BUKAN PENGHIBUR & KUL IT!

Bagi seorang seniman yang pernah mengharumkan nama Negara di persada antarabangsa, nama Allahyarhan Sudirman Hj Arshad seharusnya sentiasa diingati oleh peminat muzik tanah air. Berbekalkan ilham yang bagaikan tidak pernah putus, beliau telah berkarya sehingga ke akhir hayatnya. Karya seniman yang kehilangannya masih dirasai ini, bagaimanapun, masih mendapat tempat dalam industri tempatan sehingga kini.

Sebagai tanda penghargaan ke atas penghibur yang tidak pernah lekang diperkatakan ini, Warner Music Malaysia kini mengeluarkan cetakan semula dua buah album Seniman Allahyarham Sudirman yang memuatkan lagu-lagu hit beliau seperti “Aku Penghiburmu”, “Kerana Mata”, “Milik Siapakah Gadis Ini”, dan “Merisik Khabar”.

Album-album ini adalah album “Aku Penghiburmu” yang merupakan album Allahyarham yang pertama bersama EMI, dan album “Kul It!” yang memuatkan lagu “Merisik Khabar”, iaitu lagu yang telah menjadi kemuncak populariti beliau. Kedua-dua album ini boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat dengan harga RM15.90.

Sudirman

Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam album-album ini:

Album : Aku Penghiburmu

  1. Aku Penghiburmu
  2. Mama (For Saloma)
  3. Bila Hati Terpikat
  4. Maya
  5. Jali Jali
  6. Kerana Mata
  7. Kasih
  8. Jika Kau Pergi
  9. Hanya Lagu
  10. Cinta Dan Cita
  11. Gugurmu Di Tangkai Madu
  12. Gadis Semalam

Album : Kul It!

  1. Selagi Hayatku Ada
  2. Warna Asmara
  3. Penyu Menangis
  4. Sutera
  5. Radio Malaysia
  6. Milik Siapakah Gadis Ini
  7. Kul It
  8. Pesan Abang
  9. Gadisku
  10. Merisik Khabar
  11. Bapak – For Tunku Abd Rahman

Sudirman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Juara Showdown 2011

Tomok & Rahayu Selamat Bernikah