Biodata Sharifah Amani Pelakon Filem Muallaf
Nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya dilahirkan pada 10 June 1986 di Kuala Lumpur. Pelakon muda yang cukup berbakat ini mempunyai darah seni dan menjadi anak kedua dalam famili Fatimah Abu Bakar (tenaga pengajar AF dan pelakon berkaliber). Dengan raut wajah kacukan Cina, Arab, Benggali yang diwarisi serta fasih dalam bahasa English, Melayu dan Hindi, Syarifah Amani tampil lengkap sebagai seorang pelakon bermutu yang mempunyai gaya tersendiri, bijak dan manis dalam setiap lakonannya. Minat yang begitu mendalam dalam bidang lakonan terutama sekali Bollywood menjadikan beliau juga begitu meminati bidang penulisan dan jurnalis. Antara tulisan beliau pernah tersiar di New Straits Times’ YouthQuake berkisar tentang kisah Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla, konsert bintang Bollywood, Deep Purple dan IIFA kali ketiga yang diadakan di Genting Highlands. Beliau juga pernah berlakon teater memegang watak Ophelia di Bangsar Actors Studio arahan Faridah Merican.
Popular dengan panggilan manja Nani, beliau popular dengan karakter Orked dalam 2 siri filem arahan Yasmin Ahmad, Sepet dan Gubra. Trilogi karakter Orked dilengkapkan dengan penghasilan Mukhsin yang memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Dalam filem Gol & Gincu, Nani memegang watak seorang remaja yang terjebak dengan penderaan seksual dan sepupu kepada watak utama, Puteri. Saya cukup menggemari karakter Nani dalam filem Cinta, Gubra dan juga dalam filem Kantonis pertama lakonan Nani iaitu Possessed memegang watak Fara yang menjadi kawan rapat kepada gadis Cinta, Lisu yang berpindah ke Malaysia untuk menjadi penyanyi popular. Kini, Nani sedang dalam pembikinan filem terbaru garapan Yasmin Ahmad iaitu Muallaf di mana keputusan membotakkan kepada bagi menghayati watak telah menimbulkan kontroversi dan isu panas yang mendapat tentangan ramai pihak. Sebelum ini, Nani pernah dilanda kontroversi ketika berucap menerima anugerah Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 19 dengan kata-kata “I sound, like, stupid, if I speak Malay, so I’ll speak English.” Maksud dari ayat ini disalah tafsir oleh beberapa pihak terutama media dan ahli politik sehingga membawa kepada isu perdebatan di kalangan ahli politik di Dewan Rakyat di parlimen.
Kemunculan Nani dalam drama Emil Emilda yang membawa watak Emilda di samping Aaron Aziz begitu menjadi sehingga mendapat pujian di kalangan peminat siri Samarinda TV3 itu kerana berjaya membawa watak gadis yang ditransformasikan dalam dua keadaan yang berbeza.
Antara filem lakonan Syarifah Amani:
- Sepet (2004)
- Gol & Gincu (2005)
- Gubra (2006)
- Cinta (2006)
- Possessed (2006)
- Puaka Tebing Biru (2007)
- Mukhsin (2007)
Anugerah:
- 18th Malaysian Film Festival 2005 - Most Promising Newcomer Award (Sepet)
- 19th Malaysian Film Festival 2006 - Best Actress Award (Gubra)
Technorati Tags: Nani, filem Muallaf, Fatimah Abu Bakar, Akademi Fantasia, Cina, Arab, Benggali, English, Melayu, Hindi, Bollywood, New Straits Times’ YouthQuake, Shah Rukh Khan, Juhi Chawla, Aishwarya Rai, Rani Mukherjee, IIFA, Deep Purple, Genting Highlands, Bangsar Actors Studio, Faridah Merican, Orked, tips menanam orked, penanaman organik, Mukhsin, Sepet, Gubra, Yasmin Ahmad, Hot FM, peraduan, contest, Nani botak, CTOS, Timbalan Presiden FAM letak jawatan, bald women, Festival Filem Malaysia, Emil Emilda, TV3, Samarinda, Kasih Suci, Manjalara, Ashraf Muslim, GPS, iphone, youtube, video, Syarifah Aryana, Syarifah Alya, Sharifah Aini, gambar, foto, biodata, personaliti, tips anggun, fotografer, Isma Yusoof


Baca artikel lain yang berkaitan:












July 18th, 2007 at 11:59 pm
“sepupu kepada watak utama, Puteri.”
bukan sepupu, jiran ajer…
kawasan perumahan sama..
September 25th, 2007 at 12:20 pm
selamat berjaya apa jua anda lakukan
December 29th, 2007 at 4:49 pm
hi syarifah amani.sy peminat filem lakonan nani t’utama sepet n gubra.hrp lakonan nani dlm muallaf lbh hebat lagi dan pasti saya pergi menontonnya.
January 31st, 2008 at 2:31 pm
hyeee…nani…exactly i just want 2 say u realy nice…sweet…n funny gurl….i support u beb!!!!
February 8th, 2008 at 5:40 pm
hai nani i harap u jgn jd artis yg xbermaruah……….k go nani.cayo cayo nani
February 12th, 2008 at 4:28 pm
you are the best! i luv u……………….
March 4th, 2008 at 4:43 pm
i peminat u..nani…u…cute…sangat…luve u so much…..muuuuuahhhh
March 9th, 2008 at 12:18 pm
awk laki ke pompuan …
April 23rd, 2008 at 9:29 am
nocu…u very powuff gurll…i like u gils…
April 30th, 2008 at 11:02 am
i xreti la nak panggey u nani..i panggeu zoe dah..actually i mmg dah minat u bila u jadi orked..tapi minat i time 2 xmcm skarang..skarang,sejak u adalah ZOELA..i xtaw cmna nak describe..apa yg i nak u taw,sampai org ckp i nie obses!haha!peduli apa..kalo la i boleh kawan ngan zoela..mesti best gilaaa…….
May 16th, 2008 at 12:43 pm
lawa tul lah shrfh amni ni.muka diya nmpk cute.
June 1st, 2008 at 10:18 pm
assaalamualaikum awak ni nani eh…
saya ni peminat nombor 1 awak…
hehehehehe…………………………………………………..
hehehehehe………………………………
jangan mare….
June 11th, 2008 at 12:43 pm
assalamualaikum wr.wb
wahai syarifah, alangkah indahnya jika kau tutup sekujur tubuhmu. apalagi kamu sebagai keturunua nabi.
August 13th, 2008 at 11:33 am
boleh ar kater kan nani nie…ciut…hehheheh
August 15th, 2008 at 3:21 pm
minat giler ngn nani nie……
suke sgt tngok nani berlakon jadi zoela..
muke slumber jer….
u are so sweet la nani….
September 21st, 2008 at 1:56 pm
I memg minat giler kt u…lakonan u memg best..lebih2 lg dlm cerita emil&emilda 2.u boleh hantr foto u kt email i x
December 2nd, 2008 at 9:03 pm
Aku salute tol la kat pompuan ni..bg la watak ape pun msti die blh menghayati pnya…cam dlm drama rona roni tu..best la..walau pun baru 1st episod tp dah syok..cuma loghat kedah sj yg pelik sikit bila dia ckp.. kegaih sngat lidah tu…tp apepe pun mmg best la ceghita tu..tak sabaq nak tunggu episod sterus nya…..