in , ,

Foto Mirip Baby Shima Bercium di Kelab Malam, Pegang Gelas Minuman Jadi Viral

Nampaknya ada sahaja kontroversi terpalit penyanyi dangdut Baby Shima. Terbaru, tular foto miripnya bersama seorang lelaki di sebuah pusat hiburan.

Baby Shima ada mengakui di sebuah lamam portal bahawa individu berkenaan adalah dirinya serta meminta netizen tidak sibuk tentang hal peribadinya kerana apa yang dilakukannya itu tidak menganggu orang lain.

“Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya… so kenapa ada masalah ke? Rasanya saya tak perlu nak beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut sebab tiada kepentingan pun untuk korang. Apa yang saya buat itu tak ganggu hidup orang lain,”

– Baby Shima
Foto Mirip Baby Shima Bercium di Kelab Malam, Pegang Gelas Minuman Jadi Viral

Berdasarkan beberapa keping foto dihantar kepada pihak mStar, penyanyi itu didakwa seperti sedang mencium lelaki tersebut sambil memegang segelas minuman. Adakah ini sekadar gimik sahaja atau macamana?

Ditanya adakah kontroversi ditimbulkan itu sengaja dibuat untuk meraih perhatian, Shima sebaliknya menyalahkan netizen. Katanya lagi, dia tidak pernah ada niat untuk timbulkan kontroversi.

“Sebenarnya apa yang berlaku pada Shima ni bukan nak tarik perhatian orang atau nak timbulkan kontroversi tapi semuanya disebabkan mulut orang. Daripada mulut orang la yang tarik perhatian dan media pick up.

“Ya saya memang nakal tapi tiada la sampai kacau suami orang, kacau rumah tangga orang atau minta duit mak bapa kau,”

– Baby Shima

Beberapa netizen mengatakan isu ini adalah satu gimik yang sengaja dicipta untuk mempromosikan sebuah filem atau video muzik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas 100 Hari Arwah Pergi, Raisuddin Ceritakan Detik Pasang Batu Nisan Siti Sarah

Giliran Iman Troye Terbentang di Papan Iklan Digital New York Times Square