in , , ,

Gambar Sari Yanti & Jep Sepahtu Sambut Hari Jadi Anak Sulung Ke-11 Tahun

Selamat hari jadi buat Barr Al Aliy. Sama-sama kita doakan semoga Barr Al Aliy berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Sempena hari yang indah, hari yang penuh memori di mana pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu dan isterinya, Sari Yanti telah meraikan hari jadi anak sulungnya yang ke-11 tahun pada 10 Julai yang lalu. Walaupun tak mampu sambut di restoran di luar, pasangan ini tetap mahu buat anaknya happy! Jep sempat menitip doa pada Tuhan agar anak tirinya, Barr Al Aliy menjadi anak soleh dan sentiasa dirahmatiNya. 

“Happy birthday anak abah Barr Al Aliy. Semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa berada di bawah redup rahmatNya,”

– Jep Sepahtu
Sari Yanti & Jep Sepahtu

Dalam masa sama, pelakon Sari Yanti turut memberi ucapan hari lahir untuk anak sulungnya itu yang kini genap usia 11 tahun:

“Anak anakku, Barr’s 11th Birthday,”

– Sari Yanti
Sari Yanti & Jep Sepahtu

Sekitar sambutan ulang tahun kelahiran Barr telah dikongsikan menerusi laman Instagram pasangan ini. Jep dan Sari berkongsi beberapa foto kandid mereka sekeluarga. Meski disambut secara sederhana, namun keraian tetap meriah bersama adik-beradiknya yang lain. 

Untuk makluman, Barr dan seorang lagi anak lelakinya, Baasit Al Haq merupakan anak hasil perkahwinan pertama Sari. Jep dan Sari mendirikan rumah tangga bersama pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr. 

Sama-sama kita doakan semoga pasangan ini terus bahagia bersama keluarga tercinta.

Sari Yanti & Jep Sepahtu
Sari Yanti & Jep Sepahtu
Sari Yanti & Jep Sepahtu
Sari Yanti & Jep Sepahtu
Sari Yanti & Jep Sepahtu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fiza Halim Buat Laporan Polis, Komen Hinaan, Cacian & Makian, Bersiap Sedialah

Benjy Anak Azean Irdawaty Meninggal Dunia di Medan Akibat Serangan Asma