in ,

Berita Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani Adalah Tak Benar

Pembetulan Kenyataan Status Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani

Cyberjaya, 15hb Ogos 2011 – Berikutan pendedahan eksklusif didalam Berita Harian pada 13hb Ogos 2011 mengenai perkahwinan antara Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani, Yusry telah dihujani dengan pelbagai soalan untuk pengesahan mengenai berita tersebut khususnya tentang beliau yang dikatakan bakal mendirikan rumahtangga dengan pelakon popular tersebut pada tahun 2012.

Dengan ini ,Yusry ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin terjadi kerana salah faham. Walaubagaimanapun, Yusry mengakui bahawa hubungannya bersama Lisa Surihani semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jinjang pelamin.

Buat masakini, Yusry dan Lisa masih belum berbincang tentang isu perkahwinan. Oleh yang demikian diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan Berita Harian baru-baru ini. Yusry memohon maaf diatas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa diatas kenyataan akhbar tersebut. Insya’Allah pada masa yang akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan Yusry dan Lisa, pihak kami akan memaklumkan kepada kesemua pihak media.

Lisa Surihani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Raya Terbaru Farawahida Hayati Raya Sejati

Football Unlimited on Astro SuperSport