in

Lagu Raya Terbaru Farawahida Hayati Raya Sejati

Sebuah lagi lagu raya yang baru sahaja dirakamkan pada tahun ini, nyanyian dari Farawahida yang berjudul Hayati Raya Sejati. Budiey telah pun dengar lagu ini buat pertama kalinya baru-baru ini dan dialunkan sendiri oleh Farawahida di rakaman program Paparazzi Raya di Sungei Wang Plaza. Dicipta oleh Tot dan lirik oleh Tot & Nira Aria, lagu yang berkonsepkan etnik kontemporari dan sedikit pop ini mengajak kita untuk menikmati dan menghayati erti hari raya yang sebenar-benarnya. Syukur atas segala rahmat dan rezeki, amalan bermaaf-maafan dan saling kunjung mengunjung menjadi teras pada lagu ini.

Video Klip Lagu Raya Farawahida Hayati Raya Sejati

Video Persembahan Farawahida di Rakaman Paparazzi KRU 2011

Hayati Raya Sejati
Lagu:Tot
Lirik Tot/Nira Aria
Penyanyi : Farawahida

Menjelma Hari Nan Penuh Mulia
Berkatnya Nikmat Yang Tak Terhingga
Sama Kita Meraikannya
Mari Semua Pulang Ke Desa
Ayah Bonda Sanak Keluarga
Bahagia

Hayati Erti Raya Sejati
Erat Kemesraan Semua Insan
Ziarah Menziarahi Semarakkan Raya Ini
Dengan Kasih Seikhlas Hati

Hari Raya Nan Mulia
Kita Rai Dengan Penuh Kesyukuran
Hari Raya Untuk Semua
Moga Nur Rahmat Terangi Hati Kita

Ucap Selamat Hari Raya
Bermaafan Sesama Kita
Semoga Kita Dilimpah Sejahte Ra
Ucap Selamat Hari Raya
Raikan Kemenangan Kita
Limpahan Nikmat Yang Tidak Terkira

Cover Single Raya Song Farawahida-Hayati Raya Sejati

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Rakaman Melodi Raya 2011 Part 2

Berita Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani Adalah Tak Benar