Awan Dania Musim Kedua Malam Ini
KISAH DI LANGIT BIRU KEMBALI LAGI!
Awan Dania musim kedua temui peminat September Ini!
Budiey rasa nak tengok Scha Al Yahya dalam drama terbaru musim ke-2, Awan Dania la malam ni…

Cantik… kacak… bergaya dan glamor adalah perkara pertama yang pasti terlintas di fikiran masing-masing apabila kerjaya sebagai pramugari mahupun pramugara disebut-sebut. Dari seorang gadis lasak dan cekal, Dania berjaya menonjolkan sifat kesopanan dan lemah lembut seorang wanita menerusi kerjayanya sebagai seorang pramugari.

Pelakon-pelakon Awan Dania 2_ dari kiri – Delaila Adnan, Scha Al-Yahya dan Jehan Miskin
Di bawah payung penjenamaan Astro Megadrama, destinasi utama bagi drama-drama Melayu hebat yang cukup sinonim dalam membariskan variasi program dan drama mantap menerusi salurannya yang pelbagai, Astro dengan bangganya meneruskan penceritaan Dania menerusi drama bersiri yang akan kembali menemui para penonton pada setiap hari Isnin, 28 September 2009, jam 9.00 malam menerusi Astro RIA (saluran 104).
Drama bersiri komedi ringan 26 episod mengenai pekerja-pekerja di langit biru ini kembali buat musim kedua ini terus diolah dengan pengisian dan konsep penceritaan yang lebih mantap, padat dan segar serta disusuli dengan kualiti produksi yang bermutu tinggi yang turut mengekalkan Azizi Chunk Adnan selaku pengarah. Beliau juga dikenali ramai menerusi filem arahan beliau iaitu Antoo Fighter.

Jehan Miskin

Scha Al Yahya

Delaila Adnan
Awan Dania musim kedua turut mengekalkan pelakon-pelaon asal seperti Scha Al-Yahya, Irma Hasmie dan Mustafa Kamal selain membawa masuk pelakon-pelakon baru dan lama seperti Fizow Omar, Jehan Miskin, Aida Aris, Yasmin Khanif, Wany Mustafa, Eyta Mahmud dan Enny Ridwan.
Awan Dania 2 berkisar kepada kehidupan seorang gadis yang bernama Dania yang didokong oleh pelakon berbakat Scha Al Yahya yang berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum ini.
Bagaimanapun, disebabkan menghormati persahabatan dengan rakannya, Dania mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat penerbangan lama dan menganggur untuk seketika.
Walaupun begitu, impian Dania untuk terbang di awan tidak pernah luntur dan akhirnya peluang tersebut datang apabila sebuah lagi syarikat penerbangan menawarkan peluang pekerjaan sebagai pramugari.
Dania pergi ke sesi temuduga dan bertemu dengan salah seorang dari pengurus kanan di situ, Safura. Dania telah mengembalikan kenangan pertama sewaktu dia bekerja dengan usia yang lebih mentah dan diterima bekerja di situ.
Episod baru dalam hidup Dania bermula sejurus memulakan tugasannya di tempat yang baru yang dikelilingi dengan rakan-rakan baru serta cabaran yang perlu ditempuhi termasuklah Benjy (lakonan Jehan Miskin) yang menagih cinta Dania.
Ketahui suka-duka perjalanan hidup Dania dan rakan-rakannya yang penuh warna-warni menerusi drama hebat Awan Dania 2 yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin, bermula pada malam ini 28 September ini, jam 9.00 malam, hanya di Astro Ria (saluran 104).
Tags: Dynas Mokhtar, Jehan Miskin
Tags: Dynas Mokhtar, Jehan Miskin, Scha Al YahyaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





September 28th, 2009 at 11:34 am
season 1 da puas tgk….
season 2 mesti tgk…tp byk watak da xd….tgl scha ngn irma jek…
papepon lyn je lah FA nih…hahaha!
“aku yakin ko boleh”…!
September 29th, 2009 at 5:24 am
alah si scha tu poya aje… dal kurus kering, body lurus mcam penyapu, buah dada langsung flat!!….. nak compare ngan si LindaOnn tu… wie, jauh pangang dari api!!
September 29th, 2009 at 11:39 am
ape la kiah…biarlah dia kurus ke…lurus ke..flat ke…dah memang tuhan jadikan dia macam tu…ko jeles ke..? mesti ko ni gemuk kan..sebab tu ko ckp mcm tu..or ko minat fahrin ek…cepat2 la kawen fahrin n scha…biar meletup si kiah ni..hahahah
November 21st, 2009 at 5:25 pm
apa la ko nie kiah…..agak2 lah klu maw ckap scha 2 g2…..kow 2 cam perfact sngat…stiap mnusia pun ada k’lbihan n k’kurangan nya…..
kli bb dia 2 cntik dri kow 2 lah kow ckp g2 ya….
December 3rd, 2009 at 10:22 pm
TOL3
KIAH KO XYAH R KUTUK SCHA
DA X MNT XYAH NK SEBOK2
KO JELES EK…..
NME KO POWN KIAH
KIAH;3;
December 26th, 2009 at 10:43 pm
Pela..nk ejek2 scha plak,klau nk ejek pon berpada-pada la skit,di mata Tuhan semua sme je,x de yg b’beza…….
March 19th, 2010 at 12:59 pm
saya suka kak dania yang bergaya memang cita cita saya nak jadi pramugara