in , ,

“Perasaan Berdebar Hanya Tuhan Saja Tahu, Kesian Kat Suami Selalu Kena Marah,” – Dynas

Berita tentang kehamilan Datin Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Datin Dynas sudah ketahui umum. Kini usia kandungan Datin Dynas mencecah ke tujuh bulan hasil perkahwinannya dengan Datuk Mohamad Shazrik Che Mohd. Din.

Datin Dynas yang kini berusia 35 tahun dijangkakan bersalin pada awal bulan Mei depan. Jarak hampir tujuh tahun tidak mengandung sedikit sebanyak membuat Datin Dynas berdebar melalui tempoh kehamilan.

perasaan-berdebar-hanya-tuhan-saja-tahu-kesian-kat-suami-sebab-selalu-kena-marah-dynas_5c6ec34ec1526-800x500

“Memang dah lama saya tak mengandung dan mengandung pada usia sebegini memang terasa sekali. Orang kata kalau mengandung umur 30an mungkin lebih mencabar dan badan lebih penat. Itu yang saya rasakan kini,”

– Datin Dynas

Seperti kebanyakan ibu hamil lain merasai momen morning s1ckness. Datin Dynas juga tak terkecuali.

“Hamil kali ketiga ini saya kena morning sickness juga. Tapi kali ini saya rasa tak sihat sampai tak boleh bangun. Syukur ia hanya berlaku pada trimester pertama sahaja.

Sekarang saya enjoy my pregnancy. Saya seronok sebab dah tak ada banyak masalah. Sekarang saya dah tak rasa penat lagi berbanding sebalum ini. Saya dah boleh bergaya balik, sebelum ni langsung tak boleh bergaya. Begitu juga sekarang dah boleh mekap sebab sebelum ni saya malas,”

– Datin Dynas

Menurut Datin Dynas kedua-dua anaknya Khayra Khalyssa Mohd Hafizi dan Mohamed Haqaish Mohd Hafizi teruja nak dapat adik baru. “Memang mereka seronok dan hari-hari c1um perut. Comel tengok mereka.

Suami saya sudah semestinya excited sebab ini merupakan anak pertamanya. Kedua-dua mentua juga turut teruja menimang cucu pertama mereka.

Perasaan berdebar hanya Tuhan saja tahu. Bila dah lama tak ada baby, dengan keluarga mentua excited saya rasa berdebar. Banyak baca balik, banyak tanya kawan-kawan balik, ibarat mengandung anak sulung pula.

Alhamdulillah saya tak ada mengidam apa-apa tapi, kesian kat suami sebab selalu kena marah masa trimester pertama tu,” ujar Datin Dynas yang akan berpantang di kediaman ibunya.

Bercerita tentang amalan berpantang yang akan ditempuhnya nanti, 

“Saya memang kuat berpantang. Saya akan ikut pantang yang betul-betul. Saya kena ikut berpantang cara tradisional sebab saya nak jaga badan. Walaupun saya nampak moden tapi sangat menitikberatkan kecantikan luaran dan dalaman. Kecantikan dalaman itu lagi penting sebab saya mahukan anak yang ramai, insyaallah,”

– Datin Dynas

Baru-baru ini Datin Dynas ada berkongsi gambar menerusi laman instagramnya bersama Selebriti yang dah lama menyepi, Nurul, yang turut mengandung dalam gambar itu..

Rata-rata Netizen mendoakan dan memuji kecantikan selebriti ini. Semoga dipermudahkan buat dua artis ini..

sumber : nona.my 

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Blackpink

BLACKPINK All Set for IN YOUR AREA Kuala Lumpur Presented by KIA!

awie

Awie Masih Berusaha Cari Ikhtiar Ubati Penyakit