in

Mahu Makan Malam Romantis di Restoran Intai-Intai?

Pengumuman kepada pembaca Sensasi Selebriti, Budiey dengan kerjasama grup Sevensoul dari Indonesia ingin mengajak sepasang suami isteri / kekasih makan malam bersama-sama di Restoran Intai-Intai. Pasti bikin romantis banget~!

Jadi, kepada korang yang mungkin akan sambut anniversary atau ulangtahun perkahwinan pada bulan Oktober depan, bolehlah menyertai peraduan ini dengan menghantar foto paling romantik korang kepada Budiey.

Foto paling romantik yang terpilih akan dapat makan malam bersama dengan grup R&B tersohor di Indonesia, SEVENSOUL dan juga pemenang yang dipilih dari Suria FM pada 2 Oktober 2009 jam 8 malam. Mungkin pada malam itu, Sevensoul akan menyanyikan lagu-lagu cinta buat kalian yang terpilih.

Kalau ada yang tak tahu, restoran Intai-Intai terletak di Backyard lot 378, Jln Ampang Ulu Kelang,
(Highway MRR2), 68000, Selangor.

Jadi, apa tunggu lagi, hantarkan gambar romantis korang kepada Budiey di alamat email ini:

Kalau nak tahu, Sevensoul ni memang minat giler dengan Anuar Zain… dan mereka pernah menyanyikan lagu Bidadari dalam versi acapella.

Dengarkan….

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awan Dania Musim Kedua Malam Ini

Suami Pelakon Noniswara Pukul Bekas Isteri Didenda RM700