in , ,

Dynas Mokhtar Bakal Menikah, Menamatkan Zaman Solo Pada April Depan

Budiey nak ucapkan tahniah buat pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar yang akan akan menamatkan zaman solonya pada April tahun hadapan!

Setelah empat tahun menjalani kehidupan ibu tunggal bersama dua orang anaknya, kini pelakon filem Impak Maksima ini bakal menamatkan era keseorangannya apabila selamat bertunang pada Khamis lalu. Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar telah mengikat tali pertunangan bersama tunangnya, Shazrik Din di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor.

Dynas Mokhtar

“Alhamdulillah, saya lega kerana hubungan kami sejak tiga tahun lalu kini melangkah ke fasa yang lebih serius iaitu pertunangan. Insya-Allah, tidak lama lagi kami berdua akan langkah ke gerbang perkahwinan.

“Saya sentiasa berdoa impian untuk memiliki kehidupan berkeluarga yang sempurna seperti wanita lain akan dipermudahkan. Majlis pernikahan kami dijangka berlangsung pada April tahun depan, cuma tarikh belum ditetapkan.

“Keluarga kami merestui hubungan ini. Begitu juga dengan dua anak saya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Khyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5. Mereka begitu terbuka dan gembira menerima kehadiran Shazrik,” katanya dipetik BH Online.

Dynas Mokhtar

Tambah menarik lagi, hari pertunangan mereka dibuat pada hari ulang tahun kelahiran Shazrik yang ke-35.

Sudah pasti mereka meraikan kedua-dua majlis itu dengan gembira. Khabarnya, mereka menyambut ulang tahun kelahiran Shazrin di sebuah restoran di ibu kota selepas majlis pertunangan itu selesai.

Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya turut membantu menjayakan majlis tersebut.

Sementara itu, Dyanas menyatakan yang majlis pernikahannya itu akan diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan.

“Jika ditanya mengenai perancangan hari depan, kami sepakat untuk mengadakan pernikahan disusuli majlis resepsi kecil. Insya-Allah, ia akan berlangsung di sebuah dewan secara tertutup dan hanya dihadiri mereka yang rapat,” ujarnya.

Dalam pada itu, peminat-peminatnya turut membanjiri laman Instagram pelakon ini dengan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagian mereka.

Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi!

Sumber: BH ONLINE

Dynas Mokhtar
Dynas Mokhtar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rezeki Siti Nordiana Makin Murah Tunai Umrah Disember Ini

Cinta Kamal Adli & Emma Maembong Kembali Terjalin?