Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









AstroView Membawa Hiburan Di Luar Skrin TV



Menarik dan kandungan eksklusif dalam tiga bahasa
Mulai Disember ini, pelanggan Astro akan menikmati hiburan di luar skrin TV mereka, dengan pelancaran majalah bulanan terbaru – AstroView. Didapati dalam tiga edisi bahasa, masing-masing mengandungi kandungan ekslusif dan mempunyai fokus kepada segmen tertentu.

Pelanggan yang mengisi borang langganan mudah yang boleh didapati dalam isu Disember seterusnya akan menerima AstroView tanpa sebarang kos tambahan sehingga Februari 2009. Borang langganan tersebut juga merupakan borang kajian yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Astro untuk menambah kefahamannya mengenai keperluan pelanggan supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka serta meningkatkan cadangan pembaharuan secara keseluruhannya.

Di majlis pelancaran AstroView, Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Rohana Rozhan berkata

“Selaras dengan usaha kami untuk memperbaharui kandungan TV kami sejak 11 tahun lalu, majalah bulanan kami juga telah melalui proses evolusi. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk transformasi yang akan memenuhi citarasa dan keperluan 2.1 juta pelanggan kami. Tiga buah pasukan pengarang telah berusaha untuk menerbitkan AstroView yang menawarkan kandungan baru yang boleh menambatkan perhatian pelanggan. AstroView, sebuah majalah hiburan TV sepenuhnya, tidak terhad kepada kandungan yang terdapat di perkhidmatan Astro. Ia juga merangkumi berita hiburan yang menarik dengan memanfaatkan hubungan rapat Astro dan rakan pembekal saluran kami.” 

AstroView lahir daripada hasil penyelidikan dan maklumbalas para pelanggan. Ia dilancarkan pada masa yang sesuai kerana Astro telah menambahkan kandungan mereka kepada lebih daripada 100 saluran TV.

Dengan edaran 2.2 juta naskah, AstroView dalam tiga edisi bahasa – Bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina -merupakan majalah hiburan TV dengan jumlah edaran yang terbesar di Malaysia.

Ketiga-tiga edisi tersebut akan memaparkan kandungan eksklusif seperti temubual dan rencana menarik serta yang terbaik dari filem dan sukan di samping pilihan terpanas bulanan.

“AstroView adalah penting dalam komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan bersama Astro. Kami berharap pelanggan kami akan mendapati AstroView sebagai sebuah sambungan dan nilai tambahan yang menghiburkan kepada servis Astro. Kandungannya yang ekslusif serta paparan yang dikukuhkan lagi oleh kandungan yang terdapat di Astro, direka khas untuk melengkapkan pengalaman tontonan pelanggan kami. 

AstroView memudahkan mereka mengetahui tentang tarikan terbaru, pilihan terpanas bulanan serta mengenengahkan kisah-kisah yang ditayangkan di saluran kami,” tambah Rohana. 

Edisi setiap bahasa akan dikendalikan oleh pasukan pengarang (editorial) sendiri bagi memastikan kandungannya memenuhi kehendak dan menjadi daya tarikan kepada segmen pelanggan masing-masing.

Rohana juga berkata, sidang redaksinya akan memanfaatkan sepenuhnya kekuatan Astro dalam hiburan TV, maklumat dan kandungan pendidikan  serta hubungan kukuhnya dengan rakan saluran untuk menghasilkan kira-kira 130 halaman majalah terkini yang akan manambat minat pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai AstroView, sila layari www.astro.com.my.

[tags]astroview, astro channel, synopsis astro programme, voiceovers talents, model talent agency, cinemaonline.com.my, astro all asia, bt jalil maps, ming kh associates sdn bhd, crying lyrics, tips camera, betty la fea, versace perfume, mango perfume, jadore labsolu, dior, miss world 2007 tele cast, g2000 fesyen, astro on demand, naza suria, selebriti astro list, kak anita, sarimah bugil, senarai kereta murah, kuala lumpur events manager, wedding planner, sayang abang channel, mirc gay malaysia, miss live asean baeuty[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Grup Selebriti di Anugerah Skrin 2011
  • Anugerah Pantene Shine di Anugerah Skrin 2008
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Pasangan Selebriti Paling Romantis di Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Pasangan Selebriti di Anugerah Skrin 2011
  • Peraduan Menangi 20 Keping Tiket Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2011
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Peraduan Menangi 10 Keping Tiket Anugerah Skrin 2008
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 2



    • http://1234 aifaaaaaaaaaaa

      memang punnnnnnnnnnnnnnnnnn……………….

    • http://www.handycafe NOR ATIQAH BT RIDZUAN

      betul.. tu… aku sokonng ASTRO VIEW MEMANG MEMBAWA HIBURAN DI LUAR SKRIN TV HIDUP ASTRO……………………. KALAU ASTRO PANJANG LEBIH LAMA KONTRAK AZNIL NGAN ASTOR SELAGI TUR…. LAR……….. AKU AKAN BAYAR BIL ASTRO TGIAP TIAP BULAN ANDAI KATA ASTRO TAMAT KAN KONTARAK AZNIL NGAN ASTRO SEKARANG LAR.NI.JUGAK AKU POTONG ASTRO TE TAPI ASTRO TELAH MEMBUAT KONTRAK NGAN AZNIL SELAMA 10 TH LAGI MAKNANYA 10 TAHUN LAGI LAR……….. AKU PASANG ASTRO AZNIL I LOVE U……………………. SO MUCH



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK