Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pada 12 April 2009



Satu-satunya anugerah anjuran Berita Harian, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 akan berlangsung pada 12 April 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands dengan suasana dan konsep yang lebih meriah.

(ABPBH08) bakal melalui pencalonan awal apabila borang undian mula diedarkan setiap hari dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu selama 6 minggu bermula 29 Disember ini hingga 8 Februari 2009.

Penganjur telah membuat sedikit perubahan pada format borang pencalonan awal apabila borang tersebut terbahagi kepada 7 bahagian di mana pembaca harus mengumpulkan borang undian dari hari Isnin hingga Ahad.

“Penganjuran ABPBH kali ke-22 ini turut menyaksikan saingan hebat para selebriti bersaing merebut gelaran Bintang Paling Popular bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Seperti yang ramai ketahui, ABPBH diadakan setiap tahun bertujuan memberi pengiktirafan kepada selebriti tanah air, di samping memberi peluang kepada pembaca setia Berita Harian untuk menyertai malam anugerah berprestij. Kali ini seperti mana tahun-tahun sebelumnya, malam kemuncak ABPBH akan berlangsung pada 12 April 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands,” kata Pengurusi Ahli Jawatankuasa ABPBH08, Puan Hanizam Abdullah, ketika majlis pelancaran anugerah tersebut di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, petang semalam.

Pada majlis itu ia turut diselitkan majlis Penyampaian Hadiah Pereka Popular ABPBH07, sebagai pengiktirafan kepada pereka fesyen dan artis yang menggayakan pakaian pada anugerah lalu.

Pertandingan yang turut diundi oleh pembaca Berita Harian itu dimenangi pereka Hatta Dolmat dan Michael Shu (bersama Lord’s Tailor) selain pelakon Julia Ziegler dan Mawi.

Turut hadir majlis tersebut Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun, Penaung ABPBH08, Datuk Manja Ismail, barisan artis dan pihak media.

16 Kategori yang dipertandingkan:

- Penyanyi Lelaki Popular
- Penyanyi Wanita Popular
- Penyanyi Berkumpulan / Duo Popular
- Penyanyi Nasyid Popular
- Pelakon Filem Lelaki Popular
- Pelakon Filem Wanita Popular
- Pelakon TV Lelaki Popular
- Pelakon TV Wanita Popular
- Artis Baru Lelaki Popular
- Artis Baru Wanita Popular
- Pelakon Komedi Lelaki Popular
- Pelakon Komedi Wanita Popular
- Pengacara TV Lelaki Popular
- Pengacara TV Wanita Popular
- Penyampai Radio Lelaki Popular
- Penyampai Radio Wanita Popular

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Album Bintang Idola
  • Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
  • Senarai Finalis Akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009
  • Gambar Fizo Omar di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
  • The Fabulous Cats ABP Berita Harian Road Tour Kuala Terengganu
  • Sekitar Sidang Media Anugerah Bintang Popular 2007
  • Hampir 4 Juta Tonton Anugerah Bintang Popular 2009
  • Gambar Stacy di Anugerah Bintang Popular 2008
  • Senarai 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008
  • Gambar Saida & Sairah di Sidang Media ABP-BH 2009



  • 61 Komen untuk entri “Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pada 12 April 2009”

    1. eaty kata:

      “Satu-satunya anugerah anjuran Berita Harian, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 akan berlangsung pada 12 April 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands dengan suasana dan konsep yang lebih meriah.” budiey… 2009 lah…. tukar ok!!!

    2. june kata:

      siapa plak yg akan pulun awards paling byk yer..

    3. adiey kata:

      wah mawi masih popular ker….atau nabil raja lawak yg pulun atau mungkinkah faizal tahir…

      fasha sandha masih tercalon kker bukankah dia pernah digam berita harian dulu

    4. dayout kata:

      vote scha..heheh

    5. dark kata:

      mestilah pezal paling popular…hidup faizal tahir!!! :)

    6. cekmi kata:

      ah,,,geng2 band indie yg akan pulun,,haha

    7. ciknina kata:

      nak toi af6…..nak toi af6…..nak toi af6…..dah meracao dah nih……..

    8. zaza kata:

      vote la scha ok??

    9. aliff kata:

      vote la dato ct nurhaliza… hope penganjur adakan persembahan tradisional tahun ni..

    10. erull says... kata:

      i thinks dato siti will get the awards 4 most popular female artist again….mb THE QUENN will get extra arwads…..hope this year theme is traditional…..so long time not see our artist wear traditional clothes..
      VOTE 4 DATO SITI NURHALIZA……..

    11. miley kata:

      Korang perasan x, faizal tahir xde dalam pencalonan awal penyanyi lelaki popular.

    12. edy kata:

      cian faizal..ct best..

    13. ning baizura's international team kata:

      http://www.myspace.com/ningeurope
      Official, LEGAL and FULL of LOVE for EVERYONE!

      Ning Baizura is still committed with 2 OFFICIAL, LEGALLY BINDING international FULL EXCLUSIVE contracts (management contract and production agreement) that she will, without doubt, fully honor in all terms. Therefore she is still managed and committed to her International Team (ONLY).
      This is the real actual situation no matter how many times these threads are deleted.

      The International Management has been banned to write any comments, it is shocking to know after so many years of hard work for Ning Baizura! So SHOCKING

    14. aidil kata:

      harap2 pilih la yang terbaik.

    15. aiman kata:

      hope dato ct diberi peluang buat persembahan pada mlm ABPBH08… nyanyi lagu tradisional… dato ct mesti menang bintang paling popular dan terus unggul pegang trofi penyanyi wanita popular….

    16. anik kata:

      stacy! stacy! nak stacy … nak stacy. vote dt. ct & stacy jer …. ;)

    17. mr mama kata:

      kolo bleh nak riz menang…huhuhu..vote 4 him

    18. aleya kata:

      x saba lak nk tgk sape yg menang..

    19. mrs clifford kata:

      mawi lg ke tawun ni???

    20. mR. hIsbAd kata:

      Naper org yg very talented tidak dicalonkan… Hairan rakyat Malaysia ni, undian hanya berdasarkan muka yg handsome, lawa dan cantik shaja jadi ukuran. Nyanyian, attitued dan talented lgsg tidak di ambil kira. Cuba la celik mata byk skit….dan fikirkanla….

    21. aku la kata:

      STACY MENANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    22. pengundi ABP kata:

      tahun ni boleh la pilih ikut taste aku.. yg lepas-lepas aku pilih ikut suara ramai walaupun tak minat.. nak menang hadiah.. betul..betul betul

    23. pengundi ABP kata:

      ntahlah… aku minat pejal tahir je.. aku suka suara dan lagu dia.. rock.. semangat dan komitmen bagus.. kontroversi dan dan keburukan dia aku tolak tepi.. bukan aku nak ikut pun..

    24. tengkulovefi kata:

      saya harap doto’ siti nurhaliza akan menang sebab sitilah yang memartabatkan dan menaikkan industri muzik tanah air…mempunyai bakat yang tiada tandingan dgn artist lain setakat nie…orang ramai patut mengundi siti…fikir-fikirkanlah…VOTE DATO’ SITI NURHALIZA SEBAGAI BINTANG BERITA HARIAN PALING POPULAR!!!…

    25. peminat kata:

      tahun ni hrp2….. faizal tahir….. menjadi pujaan ramai…

    26. cipoi kata:

      siti nurhaliza forever.. ceeeh..

    27. cipoi kata:

      di taman teman mesti best siti dpt nyanyi time abp plus lagu spa-q

    28. Patrick kata:

      i pun vote siti nurhaliza! hehe..
      tak sabar nk tgk siti performce mlm nnt! hehe..

    29. faz kata:

      ABP 2009 akan disiarkan pada pukul brapa? TV3 ada tunjuk live?

    30. baby_ellija kata:

      i vote for dato’ ct n setentunya….sTaCyyyyyyyyyy
      i love u ct n stacy….tak sabar nak tengok diorang perform..hehehe

    31. iela kata:

      Jgn artis yang sama dh la…..jd bintang popular…bg org lain sama

    32. once kata:

      stacy menang!!!!

    33. Ntahla.... kata:

      …A’ah, jgn org yg same je mng..bg lah peluang kat org lain..kalau org same je…boring gak….

    34. Ntahla.... kata:

      ..Wah!..dah agak dah..Nabil mng Anugerah Bintang Popular…Tahniah Nabil…ekau jgn lupo diri lak jang oiii….

    35. cik iqa kata:

      pergh!!!nabil menang beb!!!congratz la kat dye..ct pon still hot lg..12 kali menang tuh!!!6 kali paling popular berturut turut..even mawi pon x bole pecah rekod tu..tp yg wat spoil sket bab nabil pelok awek dye tu yg xbest..dorang memang sweet tp agak2 r..

    36. arash kata:

      wah!!!congratulations to all abph08 winners.you all gempak seh.
      siti still da bez u…

    37. anna_potpet kata:

      Tahniah pd nabil….wat hal la gi peluk erma. aku rasa maybe dia terlalu exited sampai xingat ape dia wat…maklum la 1st time menang time awek kt sebelah. aku yakin nabil ngah nyesal gila2 punye skang….hehehe. xsedar la tu yg ramai mata memandang….pasni jgn wat lg ye…

    38. safarizan kata:

      congratz pd dato ct , fbi n fafau , x jupa gk wat stacy….nabil???ok lah 2

    39. applees kata:

      nabil???? ok la 2 dari mawi dpt anugerah2……

    40. shin chanz kata:

      wah..cayalah nabil menang..ak mmg da agak da..tahniah smue n yg psl nabil2,ak rase dye terpeluk la..kn dye slm 2 sme guy,tb2 lak gurlz..2 yg terxcdent2..g pown dye terlampaw xcited kot..papepon ak ske nabil mng walaupon die x sbot trade mark dye..lu pk la sendiri..

    41. shin chanz kata:

      n g 1,lpe lak,,bleh bygkn x klu fasha menang,trofi2 nora danish yg bagi?heheheh..cne la rupenye ek?

    42. mimiy kata:

      mesti dia senyum kelat,kalau nasib tak baik fasha kena hempuk dgn trofi tu……… gurau je.Nora tk sebodoh itu nak buat benda yg akan memalukan dia balik..

    43. piNk_belt kata:

      w0w..!c0ngrat nabil..u r da best..sesuai gk nabil gn irma kn..haa’aa la aku asa nabil t’peluk irma la…tak perasan kt..xcited!!!

    44. ajidarmawan kata:

      kalu blh biar la ada persembahan irama tradisonal sikit ni langsung x ada….lagu tradisional kan meriah kalu ad kak noraniza idris…harap abh pertimbangkan..jagn lupa kan lagu melayu lama kita….?

    45. wanienon kata:

      nabil is the best!!!!

    46. abh5537 kata:

      nabil is the best.. cun habih peluk marka dia isma.. buat mawi buleh blah.. belagak sgt.. x sedar diri.. asal felda taib andak… belagak sgt.. ambik kau belah la.. tuih.

    47. meluat kata:

      blah la nabilllll. ape yg best pn xtau. wuerkkkkkkk….

    48. jenab kata:

      nabil is da best…bab dia peluk awek dia tu, aku rasa..dia tu Terpeluk kot..yerla..xcited sangat…
      sbb tgk muka awek dia pun mcm tergamam bila dipeluk
      kikikikiki

    49. mulut celopar kata:

      tahniah la…kat nabil raja lawak m’sia….dpt anugerah tu tak pyh la lupa diri nanti ye…ha satu lg…i tak suka la tgk nabil mengacara dlm rcngan ewah2 kt tv3 tu…over sgt…!!!!!!!!eeee…menyampah!!meluat…..

    50. anak ikan kata:

      nabil ko memang best tapi jangan lupa diri sampai terpeluk anak orang… tabik kat lu bro

    51. miera kata:

      fasya sandha diam jerkn..yela.. sape r nk calonkan diekn..PLASTIK..bleh jln r die.

    52. secret91 kata:

      ape2 jelah…da menang jgn nk sombong….geli giler …INGAT LA ALLAH BANYAK…kita idup x lame kt dunia nie…

    53. izzati humaira adnan kata:

      semoga anugerah artis baru popular berpihak kepada Aril. Luv Aril forever!

    54. izzati humaira adnan kata:

      sya x rasa datuk ct akan menang thn ni, maybe STACY yg akan menang utk penyanyi wanita popular, boring lh tiap thn dct je menang. STACY lg BEST!

    55. Maeira_21 kata:

      abh5537 aku tau ko jeles ngan mw. sudah2lh 2 ngutuk mw. xde feadahnya, mw untung ko jugak yg rugi. kan kan kan….. Luv AF Stars Always!

    56. izzati20thn kata:

      nak DCT menang gak utk thn ni.hehehe, peduli la kan msng2 punye cter rase.. DCT forever..

    57. izzati20thn kata:

      nak DCT menang gak utk thn ni.hehehe, DCT forever..

    58. idah kata:

      harap kmpln 6ixth sense menang dlm abph2009…..sye minat giler kat kmpln nie……

    59. sham kata:

      ct will be the winner of the berita harian she will win for the best singer and the most popular

    60. sis gediqs!!! kata:

      lo c fasha sandha 2 ta pyh msoq la!!!cm yeye jela,,ta ptot dy msok,,mseh ad artis len yg lbey bbkat drpd dy larh!!!

    61. albinadak kata:

      bintang paling popular berita harian 2009…datuk ct yg menang…huhu…
      datuk ct mmg best laa…idup datuk ct…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK