in

Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar & Isteri Selamat Menerima Anak Kedua

Masa tengah berehat bersama keluarga di rumah di hujung minggu, 19 Januari lalu, Budiey ada menerima berita gembira di Whatsap yang dihantar oleh Wany, pembantu peribadi kepada Angkasawan Negara, beliau memberitahu , isteri kepada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor  iaitu Datin Dr Harlina Mohd. Yunos selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), kira-kira jam 7.53 malam.

Tahniah kepada angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kerana telah menimang cahaya mata kedua.

Dalam kiriman SMS itu turut menyebut yang kelahiran bayi kedua pasangan ini awal tiga minggu dari yang dijangkakan sebelum ini iaitu sekitar Februari 2013. Tidak seperti anak sulung mereka yang dilahirkan dengan kaedah dalam air (water birth), kali ini Dr. Harlina bersalin secara normal dan akan berpantang di Kuala Lumpur.

Sheikh Muszaphar dan Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Mereka menimang cahaya mata pertama pada 21 Julai tahun lalu, diberi nama Sophea Isabella, kini berusia 17 bulan.

Budiey pernah mengikuti Cruise With Angkasawan beberapa bulan lalu bersama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, isteri dan keluarga. Memang keluarga mereka bahagia dan happening juga.

Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar

Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar

Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar

Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar

Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar

Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar

Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Laluan Baru Airasia X Kuala Lumpur Jeddah

Telefilem Kawan Temukan Taiyuddin Bakar & Shasha Khred