in , ,

Shila Amzah Luah Rasa Sayu Hati Sebab Anak Lelaki Dah Nak Masuk Sekolah

Pejam celik pejam celik, anak kepada penyanyi Shila Amzah, Seth Uwais, akan memulakan pengembaraan ke dunia persekolahan.

Melalui perkongsian di Insta Story, Shila Amzah berkongsi video yang memaparkan momen anak lelakinya sedang menikmati hidangan. Shila turut mengakui perasaan sayu hati sebagai ibu yang melihat anaknya memulakan fasa sekolah.

“Ada budak nak mula sekolah dah. Macam sayu hati mama. Sebelum ni ajar dia dekat rumah je, dah pandai baca semua, Alhamdulillah. Semoga Seth jadi anak yang baik, anak soleh mama dan papa,”

– Shila Amzah
Shila Amzah Luah Rasa Sayu Hati Sebab Anak Lelaki Dah Nak Masuk Sekolah

Untuk catatan, Shila dan Ubai telah berbahagia dalam perkahwinan mereka yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

Sebelum ini, Shila pernah menjalani kehidupan berumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, tetapi perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada Februari 2022. Dari perkahwinan sebelumnya, Shila dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia empat tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SYADA AMZAH

Tak Pernah Rasa Dengki & Iri Hati, Malah Syada Amzah Bangga Dengan Shila

Belasungkawa Dunia Hiburan Kehilangan Anak Seni di Tahun 2023