in , ,

Nad Zainal & Ungku Aziz Selamat Menimang Cahaya Mata Lelaki

PELAKON Nad Zainal dan suami, Ungku Ismail Aziz selamat menimang cahaya mata lelaki baru-baru ini.

Berdasarkan InstaStories Nad yang memaparkan gambar suaminya mendukung dan menyusukan, bayi mereka difahamkan dilahirkan pada 10 Oktober lalu.

Berita gembira itu turut dimuat naik Ungku Ismail di laman Instagramnya.

Dengan kapsyen penuh cinta, beliau antara lain berkata:

“Cinta tidak semestinya berwarna merah. Selalunya ia berwarna putih.

“Selamat datang anakku ke dunia yang pastinya menjadi tempat untuk perjuangan namun dengan berdiri dalam perspektif Tuhan, ia menentukan kebahagiaanmu.

“Ahmadullahu basuh kuruh, Subhaanak Robbul Arsyil ‘Adzeem dan terima kasih sayangku @nad.zainal.”

Sementara itu, Nad Zainal menerusi Instagramnya berkongsi pengalaman awal berpantang di sebuah confinement centre.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Menarik Ada di K-Food Fair Kuala Lumpur 2023 Selama Tiga Hari

Karya Seni Visual The Muralz Menyinari Festival Filem Animasi Malaysia