in

Telefilem Kawan Temukan Taiyuddin Bakar & Shasha Khred

Telefilem “Kawan” Khas Maulidur Rasul Temukan Taiyuddin Bakar dan Shasha Khred Sebagai OKU Di TV2

“Orang tak suka kawan dengan kita… Awak je yang suka… Awak tahu apa jadi pun… Kita tetap kawan dengan awak sampai bila-bila…”. Bertitik tolak daripada dialog ini menjadi penggerak cerita telefilem menarik bertajuk “Kawan” yang menemui penonton pada 24 Januari depan, jam 10.30 malam menerusi saluran TV2.

Menariknya drama “Kawan” yang mengangkat kisah suka duka ikatan persahabatan antara dua sahabat Orang Kelainan Upaya (OKU) ini mengabungkan barisan pelakon yang berpengalaman seperti Fauziah Nawi, Hilal Azman, Emma Akma, Shiela Mambo dan Fadhil Dani selian gandingan pelakon utamanya, Taiyuddin Bakar dan Shasha Al-Khred juga Adam Shah, Maarup Mustafa dan Fauzi Sulaiman.

Telefilem Kawan Temukan Taiyuddin Bakar & Shasha Khred

Telah menjalani penggambarannya sekitar Pekan, Pahang dan Endau, Johor pada 5 hingga 15 Disember 2012, drama arahan ini Kamarudin Ambak selaku Penerbit dan Pengarah drama telah menggunakan lokasi 40 peratus di Pekan, Pahang dan 60 peratus di Endau, Johor.

Plot kisahnya berlatarkan kehidupan di sebuah perkampungan nelayan begitu tenang dan aman. Keletah Meon dan Salmah amat disenangi masyarakat. Meon dan Salmah adalah dua remaja Orang Kelainan Upaya, yang amat rapat sejak dari kecil dan sikap mereka yang ceria, kadangkala menimbulkan suasana lucu.

Fateh dan Mat Payau telah cuba menoda Salmah, tetapi sempat diselamatkan Meon. Berpunca dari itu, Fateh dan konconya Mat Payau serta Miah Ranggi telah menyebarkan fitnah bahawa Salmah telah mengandung akibat perbuatan Meon.

Keadaan bertambah buruk apabila Syarifah Muhaya menyebelahi anaknya Fateh. Namun suaminya Aftah tidak terpengaruh langsung tentang fitnah tersebut. Kerana tidak berpuas hati, Mat Payau dan Miah Ranggi telah mengupah Siti untuk memerangkap Meon. Akibatnya, Meon dibelasah teruk oleh Mat Payau.

Usaha Aftah membawa doctor dari bandar untuk membantu Sudin, Kak Piah dan anak mereka Salmah, telah merungkai segala persoalan. Doktor telah mengesahkan Salmah tidak mengandung tetapi mengidap penyakit busung.

Kongsikan kisah menarik yang memberikan pengajaran berguna tentang bahayanya seseorang itu jika menfitnah seseorang ini hanya di TV2.

Telefilem Kawan Temukan Taiyuddin Bakar & Shasha Khred

Telefilem Kawan Temukan Taiyuddin Bakar & Shasha Khred

Telefilem Kawan Temukan Taiyuddin Bakar & Shasha Khred

Telefilem Kawan Temukan Taiyuddin Bakar & Shasha Khred

Telefilem Kawan Temukan Taiyuddin Bakar & Shasha Khred

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar & Isteri Selamat Menerima Anak Kedua

The Junas Monkey Lancar MTV Karaoke Single Jadian & Ikut Aku