Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Amy Mastura Jadi Duta Produk Kesihatan



Amy Mastura Jadi Duta Produk Kesihatan

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Amy Mastura,39, dilantik menjadi jurucakap terbaru bagi syarikat menjual alat senaman terkenal iaitu Takasima pada 27 Julai lalu.

Menurut Amy, alat senaman daripada produk Takasima sudah terkenal dan dipercayai mampu memberi kesan yang diinginkan oleh setiap pengguna.

“Saya memilih Takasima kerana mempercayai produk ini tidak akan mengecewakan dan membantu peminat-peminat saya di luar untuk mendapatkan produk terbaik bagi menjaga kesihatan.

“Alat-alat senaman ini juga sesuai kepada mereka yang sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa untuk ke gym kerana semuanya sudah tersedia di rumah,” jelasnya.

Amy yang gemarkan gaya hidup yang ringkas percaya bahawa alat senaman Takasima ini dapat membantu menjaga kesihatan dia dan keluarganya.

“Saya percaya kesihatan badan dan minda mampu menjadikan kita seorang yang aktif dalam kehidupan seharian disamping menjaga suami dan anak-anak. Saya juga tidak nafikan sedikit sebanyak produk ini membantu kerjaya seni saya,” katanya.

Dia yang dilamar oleh syarikat tersebut sejak dua bulan lalu tertarik dengan produk-produk keluaran Takasima dan seterusnya bersetuju menjadi duta kepada jenama itu Julai lalu.

Dalam pada itu, pemilihan Amy juga berdasarkan kredibilitinhya sebagai ibu kepada dua cahaya mata dan popularitinya di negara ini serta beberapa negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

Selain memperkenalkan Amy sebagai jurucakap terbaru, Takasima juga melancarkan produk terbaru keluaran syarikat itu iaitu F1 Racing Motoirzed Treadmill TK651 yang sudah berada di pasaran.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Wira Dani Kekasih Pengacara Seksi Raja Endon Mastura?
  • Maya Karin Dilantik Jadi Duta Produk InnerShine Prune Plus
  • Maya Karin Jadi Duta Produk Minuman Bertenaga
  • Amy Mastura Jadi Ibu dalam Filem Aku Tak Bodoh
  • Amy Mastura Berkempen Roadshow Lifebuoy & Giant
  • Gambar Nur Fazura Duta LUX Terbaru
  • TAHNIAH Wardina Saffiyah Duta Ubat Gigi Mu’min
  • Setahun Sekali Bersama Amy Mastura Fan Club
  • Hizbur Rahman Rakam Album Cahaya Atas Cahaya
  • Gambar Amy Mastura di Prebiu Filem Damping Malam



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK