Album Datuk Sheila Majid Satu Penghargaan
Sebuah album untuk memberi penghormatan kepada legenda muzik Datuk Sheila Mahid yang telah berada di persada seni lebih 23 tahun.

Dengan himpunan 32 buah lagu beliau bermula dari album pertama sehingga album Cinta Kita, ternyata Datuk Sheila Majid berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Lagu-lagu yang masih segar malar dan sentiasa diingati oleh peminat-peminat beliau menjadikan ia satu khazanah yang cukup berharga di dalam industri muzik kita.
Antara lagu-lagu yang tersenarai adalah seperti Sinaran dan Antara Anyir dan Jakarta yang diambil dari album kedua beliau Emosi, Dia dan Gerimis Semalam dari album Dimensi Baru, Warna dan Memori menerusi album ketiga beliau- Warna, Engkau Laksana Bulan dari album Legenda, Ratu dan Mengapa Kasih dari album Ratu, Jujur Saja dan Jatuh Cinta dari album Ku Mohon dan album Kerinduan menerusi album Cinta Kita.
Tags: Album, Sheila MajidBaca artikel lain yang berkaitan:









April 14th, 2009 at 8:57 pm
Bila agaknya Dato Sheila Majid akan bergabung bersama Dato Siti Nurhaliza ??
Dua diva terunggul negara yg tiada tandingan ……..
May 1st, 2009 at 11:18 pm
saya dibesarkan dengan lagu-lagu Dato dan saya masih meminatinya hingga sekarang. Bila Dato akan membuat album baru?