Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Airis Yasmin, Nazim Othman dan Tania Zara Artis Baru Aquila Emas



MASALAH disiplin membabitkan sesetengah artis seperti lewat tiba di lokasi pengambaran atau apa jua aktiviti hiburan sering kali kedengaran dalam industri seni tanah air. Meski dilakukan oleh sebilangan kecil, ia sedikit sebanyak mencalar reputasi keseluruhan artis lain yang menunjukkan komitmen padu terhadap karier masing-masing.

Bagaikan ‘duri dalam daging’, kebanyakannya berpunca daripada sikap artis itu sendiri yang gagal mengurus perihal diri mereka dengan baik. Lantaran itu, selain dilabel sebagai kurang berdisiplin, sayang seribu kali sayang, hal tersebut juga mampu mencemar imej serta nama baik mereka.

Ekoran daripada permasalahan tersebut, sebuah agensi perunding pembangunan dan pemasaran bakat, Aquila Emas yang kini menguruskan 10 orang artis, ‘mencipta’ kaedah tersendiri dalam usaha mendisiplinkan artis naungannya.

Mewajibkan mereka membawa surat kehadiran setiap kali bekerja, walaupun dilihat seperti buku kedatangan ‘budak sekolah’, itu antara cara mereka ‘mengajar’ artis supaya sentiasa berdisiplin dan menepati waktu.

Surat kehadiran berkenaan kemudian akan ditandatangani oleh penerbit masing-masing dengan memperincikan catatan masa ketibaan mereka di lokasi kerja.

“Ia sebagai bukti pukul berapa artis tersebut sampai di lokasi. Kalau lewat, saya sendiri akan menghubungi penerbit tersebut untuk mengetahui masalah mereka yang sebenar. Saya cukup pentingkan disiplin. Ada ketikanya, saya turun padang melihat sendiri artis yang bernaung di bawah Aquila Emas bekerja. Daripada situ, kita akan membuat penilaian mengenai prestasi mereka pada penghujung tahun,’’ kata Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md. Isa ketika ditemui Hits pada majlis ramah mesra bersama artis Aquila Emas di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Artis-artis yang bernaung di bawah Aquila Emas ialah Zizan Nin, Carrie Lee Sze Kei, Lana Nodin, Tony Eusoff, Airis Yasmin, Yasmin Hani, Chelsia Ng, Betty Banafe, Nazim Othman dan Tania Zara.

Aquila Emas yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu memulakan operasinya dengan pengurusan dua artis iaitu Zizan Nin dan Carrie Lee.

Cukup membanggakan apabila Carrie Lee kini berada di Hong Kong untuk menjalani persediaan dalam usahanya menembusi industri perfileman di sana.

Ujar Syarizan, pada mulanya, syarat membawa surat kehadiran dipandang pelik oleh sesetengah penerbit, namun lama-kelamaan mereka sudah faham akan cara kerja Aquila Emas.

Menurutnya, selain perkara terbabit, Aquila Emas juga menjadi agensi yang akan menilai terlebih dahulu setiap kontrak membabitkan artis.

“Dalam tempoh dua tahun saya membuat penilaian terhadap perkembangan seni hiburan tanah air, industri itu dilihat berkembang tetapi dengan cara yang kurang sihat. Apa yang dimaksudkan dengan kurang sihat adalah, kadang-kadang terdapat produser tawarkan artis berlakon tetapi skrip tidak siap. Ada juga situasi di mana produser sendiri tidak faham terma-terma kontrak. Ini semua akan kita teliti dan bincangkan semula dengan mereka demi memastikan segalanya berjalan lancar,’’ ujarnya.

Kata Syarizan, berurusan dengan Aquila Emas, semuanya berdasarkan kepada perjanjian ‘hitam putih’ bagi mengelakkan supata tiada ada pihak yang akan tertindas.

“Kita ada bahagian undang-undang yang akan mempertahankan hak artis,’’ jelasnya sambil menambah Aquila Emas turut berperanan sebagai ejen pemasaran artis-artis di bawah urusannya. – Kosmo!

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Majlis Ramah Mesra Bersama Artis Aquila Emas
  • Majlis Sidang Media & Pra Pelancaran Celeb Nexus Komuniti Premium
  • Gambar Tania Zara Pelakon Pembantu Dalam Drama Kekasihku Seru
  • Ramai Artis Puas Hati dengan Aquila Emas
  • Artis Aquila Emas & Celeb Nexus Jayakan Kempen Derma Darah
  • Foto Wedding Zara Salim Davidson
  • Sekitar Majlis Berbuka Puasa Aquila Emas di Hotel Federal
  • Gambar Lana Nordin Pamela Anderson Malaysia
  • Zarynn Min Cinta Nazim Othman Dalam Telemovie Sambal Ikan Bilis
  • Gambar Perkahwinan Diraja Zara Salim Davidson



    • kuizmershah

      saya nk tanyew..
      tak dew kew buat ujibakat terbuka..

    • kuizmershah

      lupew satu benda..
      kalau adew,bagi lah tahu..
      mungking,satu ujibakat,
      aquila emas akan dapat pelapis yang lagi
      bagus daripada sekarang yang adew..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK