in

Aida & Hairi Hos Adam & Hawa

PROGRAM MAJALAH ISLAM : ADAM & HAWA TEMUI PENONTON TV1

Isu berkahwin dengan kekasih pilihan hati atau pilihan ibu bapa, kahwin cepat kalangan remaja, wanita atau lelaki yang berkahwin lambat, isu hantaran tinggi, kahwin percuma dan mertua vs menantu seringkali menjadi tumpuan masyarakat kita dewasa kini.

Hinggakan isu-isu ini ‘panas’ dibincangkan dan diangkat sebagai topik utama dalam program bual bicara tidak kiralah samada menerusi media elektronik dan cetak.

Cuba mengupas isu hangat ini dengan lebih mendalam lagi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan program majalah berbentuk islamik 13 episod, Adam & Hawa yang telah bersiaran 13 Oktober 2010 lalu, setiap Rabu, jam 10.30 pagi di TV1.

Menampilkan pengacara Aida dan Hairi, program disiarkan setengah jam ini turut menjemput Ustaz Zawawi Yusof dan Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim sebagai ahli panel utama.

Isu utama membabitkan topik Kekasih Atau Ibu Bapa yang membincangkan tentang permasalahan pilihan hati si anak dan juga pilihan ibu bapa dalam menentukan pasangan hidup anak-anak. Beberapa pendapat diambil daripada episod ini dengan mengambil pandangan daripada masyakat luar. Selain itu, beberapa lakonan semula juga ditayangkan untuk memberi kesedaran kepada penonton. Tiga orang panel memberi motivasi yang boleh dijadikan panduan kepada penonton dalam isu yang dibincangkan.

Menerusi episod Kahwin Cepat, Kahwin Lambat pula membincangkan tentang isu kahwin cepat dan kahwin lambat.

Apakah kebaikannya dan juga risiko samada kahwin cepat atau lambat. Beberapa pendapat diambil daripada episod ini dengan mengambil pandangan daripada masyakat luar. Selain itu, beberapa lakonan semula juga ditayangkan untuk memberi kesedaran kepada penonton.

Penonton kemudiannya berpeluang berkongsi yang sememangnya pasti mendapat tumpuan ramai iaitu Hantaran Tinggi, Kahwin Percuma. Episod ini membincangkan tentang isu akan hantaran yang tinggi dalam sebuah perkahwinan. Dalam episod ini, isu ini dibincangkan melalui dari segala aspek dalam menentukan hantran dalam perkahwinan mengikut peraturan agama islam.

Beberapa pendapat diambil daripada episod ini dengan mengambil pandangan daripada masyarakat luar. Selain itu, beberapa lakonan semula juga ditayangkan untuk memberi kesedaran kepada penonton.

Usah ketinggalan juga menyaksikan tajuk Mertua Vs Menantu yang membincangkan tentang isu permasalahan antara anak menantu dan mertua. Masalah antara menantu dan mertua sering kali terjadi dalam sebuah rumah tangga.

Maka, dalam episod ini panel-panel jemputan untuk memberi sedikit jalan penyelesaian dimana nasihat-nasihat telah diberikan oleh mereka bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Selain dari ulasan daripada panel, lakonan semula juga diselitkan untuk menyampaikan lagi mesej untuk episod ini. Di akhir rancangan, dua orang pakar motivasi pula akan memberikan contoh jalan penyelesaian bagi isu ini.

Antara tetamu undangan yang menyerikan program ini adalah Izhar Jumali, Prof. Dr. Fadil Che Din dan Prof. Madya. Mohd Shatar Sabran yang berkongsi memberikan nasihat dan panduan dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul dan mesej berguna untuk setiap episod siarannya.

Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan program bermanfaat ini, Adam & Hawa pada setiap Rabu, jam 10.30 pagi di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Sertai Ujibakat Polo Rocks! Will You?

8 Telefilem Terpilih Pencetus Demam Anugerah Skrin 2010