• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Profile Budiey.com

Salam perkenalan untuk semua yang sudi singgah di Blog Budiey.com

Budiey Isma (sebut: Budi) antara nama kecil dan picisan dalam dunia blog di Malaysia. Sebelum ini, menggunakan nama pena ’Malique’, namun terpaksa ditukarkan kerana tidak mahu disamakan dengan Malique Too Phat. (Hehe… buat lawak la pulak)

Budiey dilahirkan pada 1 Ogos 1976 di Bachok, Kelantan. Berbangga menjadi anak Kelantan yang dibesarkan dalam serba kedhaifan. Berbintang Leo dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Merupakan anak yang sulung dari dua orang adik beradik. Sudah pun berkahwin dengan wanita pilihan hati.

budiey-profile

Budiey & Misi
Kini menetap di Kuala Lumpur dan bergiat aktif dalam penulisan blog sejak tahun 2002. Selepas hampir 5 tahun menulis blog tu, budiey rasa mahu wujudkan satu platform yang lebih komersial, maka wujudnya blog Sensasi Selebriti ini yang dilancarkan pada 7 Januari 2007, Hari Ahad dan telah mendapat sambutan hangat daripada pembaca blog khususnya pengikut dunia seni hiburan tanahair.

Tanggal 1 Mac 2008, adalah detik bersejarah dalam hidup Budiey kerana mengambil keputusan nekad untuk menjadi penulis blog sepenuh masa. Satu kerja yang ‘gila’ dan ternyata ianya sangat mencabar. Satu keputusan yang agak berat dan sukar untuk dibuat. Namun, keputusan untuk menjadi penulis blog sepenuh masa & segala pengorbanan yang dilaburkan nampaknya berbaloi. Kini, Budiey happy dan berpuas hati dengan karier serta lifestyle yang sangat simple dan sentiasa aktif ke sana-sini mengikuti perkembangan dunia hiburan dan acara di Malaysia.

Mempunyai kegemaran suka melancong, membaca, menulis, membeli belah ketika didatangi stress dan itulah terapi yang sangat mujarab untuk kepuasan diri.

Walaupun nampak raut wajah terlalu serius dan sukar untuk didekati, Budiey sebenarnya agak mudah untuk diajak berbual, berfikiran positif dan optimistik. Minda terbuka dan sentiasa berusaha untuk mencapai segala impian menjadi misi yang utama dalam menerajui hidup ke arah kesempurnaan.

Budiey

Mengapa Budiey.com?
Saya memilih domain Budiey.com (sebut: Budi. Sebab ramai juga yang panggil saya Buddy, budis dan sebagainya) untuk blog Sensasi Selebriti ini adalah kerana ianya tampak ringkas, sederhana dan mesra serta catchy pula bunyinya. Mengapa tidak memilih Sensasi-selebriti.com? Oh, itu try tanya pakcik google… sebenarnya, nama ‘Budiey’ itu satu nama yang jarang digunakan dan ianya unik di carian google dan yahoo.

Hobi, Kecenderungan & Aspirasi
Seorang kaki wayang yang cukup obses dengan filem seram dan thriller. Penggemar pelbagai genre muzik terutamanya R&B dan sentimental. Selain menulis blog sepenuh masa, Budiey juga seorang wartawan hiburan sambilan yang karya dihantar untuk penerbitan majalah.

Minat yang begitu mendalam dalam bidang penulisan terutamanya dalam aliran dunia hiburan, memaksa Budiey untuk peka dengan isu-isu serta perkembangan dunia seni hiburan tanahair. Untuk mencapai hasrat menjadi seorang wartawan, saya menjadikan blog sebagai satu platform atau wadah bagi memantapkan kemahiran dalam bidang penulisan, komentar dan ulasan.

Pada pandangan saya, penulisan yang bermutu adalah berdasarkan dari sumber yang betul lagi tepat disampaikan dengan ringkas, padat, cepat dan berinformasi.

Selain bergiat aktif dalam penulisan blog sejak tahun 2004, saya juga berminat dalam dunia fotografi & mahu menjadi photo-journalist yang berjaya satu hari nanti . Selama berkecimpung dalam dunia blog hiburan, Budiey berpeluang dan dijemput menghadiri majlis pra tonton filem, sidang media, konsert dan pertunjukan pentas serta pementasan teater.

Aspirasi saya adalah untuk terus menimba pengalaman dalam dunia blog, sosical media serta kewartawan dan ingin mendekati selebriti bagi membantu menyemarakkan lagi dunia hiburan tanahair.

Budiey

Cabaran Dunia Blog
Masa yang sangat suntuk. Setiap dari kita diberi hanya 24 jam. Nak tak nak, Budiey terpaksa bahagikan masa dengan event, kerja dan keluarga. Cabaran makin terasa apabila wujudnya ramai blogger di arena yang sama. Sikit sebanyak memberi warna-warni dan kemeriahan dalam cabang ini. Cabaran dalam dunia penulisan blog mengajar saya untuk menghasilkan sesuatu buah idea yang lebih bermutu bukan setakat menyalurkan maklumat malah memberi anjakan kepada masyarakat umumnya. Tidak semua pendapat kita akan diterima dan tidak semuanya nampak betul pada pandangan orang lain. Oleh itu, saya berpegang pada kebenaran dan membuka minda bagi menerima kritikan serta menghormati pendapat orang lain.

Penulis sambilan
Selain menyumbang gambar untuk Portal Hiburan dan Gaya Hidup, Budiey juga turut menulis artikel rencana, acara dan gossip untuk beberapa buah majalah.

Pada 1 November 2010, Budiey.com – Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T). Syarikat milikan tunggal ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjadikan Budiey.com antara berpuluh-puluh blog yang terawal berdaftar di bawah SSM.

Untuk sebarang acara berbentuk hiburan dan kesenian, bolehlah menghantarkan jemputan kepada saya. Atau sekiranya ada cadangan dan pesanan, sila hubungi saya di sini.

Terima kasih kerana melayari blog Sensasi Selebriti. Sekian, wassalam.

Berminat Untuk Internship di Budiey.com?
Sekiranya anda berada dalam cuti semester ataupun sedang mencari tempat untuk menjalankan latihan industri, mungkin anda boleh mencubanya pada Sensasi Selebriti. Budiey.com merupakan antara rangkaian blog pertama di Malaysia yang berdaftar dengan SSM, dan kini sedang berkembang dengan pesat. Sekiranya anda mengambil jurusan berkaitan dengan kewartawanan, dan juga mass comm, mungkin anda boleh menghantarkan resume anda kepada budiey[dot]isma@gmail[dot]com.

T-SHIRT EKSKLUSIF PARTI ULANGTAHUN KE-5
Kepada pembaca Sensasi Selebriti yang mahu memiliki T-shirt eksklusif limited edition ini, bolehlah menghubungi Budiey dengan menghantar email ke:

Harga RM30 sehelai tidak termasuk penghantaran. Ada saiz L, M dan S.

Budiey di Media:

  1. Temubual Bersama Wartawan Marliah KOSMO!
  2. Sebagai Tetamu di Program Temubual BLOG di RTM1
  3. Sebagai juri dalam HIP TV untuk tajuk Artis & Botox
  4. Ditemubual oleh Program Galaxy TV9 untuk topik BLOG
  5. Sebagai Peserta Perang Rendang Lagi di TV9
  6. Terlibat dalam Project Alpha musim pertama
  7. Calon Top 5 The Best Entertainment Blog – Asia Pacifik Blog Awards
  8. Peserta Program Ewah-Ewah – Edisi Khas Media di TV3
  9. Terlibat dalam rakaman Project Alpha Musim Ke-2 di Kuching, Sarawak
  10. Muncul Sebagai Tetamu di Program In Trend di TV1
  11. Blog Rasmi untuk Dynda Dance Off Sungei Wang Plaza
  12. Menjadi tamu di Imbasan Anugerah Juara Lagu 25 TV3
  13. Menjadi penganalisa filem untuk rebiu filem Nur Kasih The Movie & tetamu Malaysia Hari Ini
  14. Tercalon dalam kategori Top Entertainment Blog – Kay Poh di WWWOW AWARDS anjuran DiGi – 20 Mei 2011
  15. Tercalon dalam kategori BLOGGER OF THE YEAR di WWWOW AWARDS anjuran DiGi - 20 Mei 2011
  16. Budiey di ruangan Zass Profile dalam akhbar SINAR HARIAN 8 Jun 2011
  17. Menjadi pengulas filem dalam program TV Online Terbitan KRU Media – CARTA BLOCKBUSTER
  18. Blog Rasmi untuk Party Costume Filem Tolong! Awek Aku Pontianak
  19. Penyampai anugerah untuk Fave Malaysian Male Online Celebrity di WWWOW AWARDS anjuran DiGi
  20. Friends of Prime Minister anjuran Media Prima
  21. Penampilan khas dalam filem Cikaro arahan Nizam Zakaria
  22. Dijemput untuk buat liputan Konsert Katy Pery – Teenage Dream di Brisbane, Australia.
  23. Dijemput untuk mengikuti rombongan Travelogue Bersama Awal Ashaari & Scha Alyahya di Korea Selatan.
  24. Mengikuti rombongan media bersama Dato’ Siti Nurhaliza melawat kilang SimplySiti di Seoul, Korea Selatan.
  25. Mengikuti rombongan Travelogue AirAsiaX di New Zealand tajaan bersama New Zealand Tourism.
  26. Menganjurkan Party Ulangtahun Ke-5 & mendapat liputan meluas media massa
  27. Blog Rasmi untuk Road Tour SM*SH di Malaysia
  28. Menjadi penceramah untuk Bengkel GO BLOG anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
  29. Blog Rasmi Untuk Program Hiburan NTV7 – Rooftop
  30. Ditemubual untuk salah satu ruangan hiburan di Majalah Cosmopolitan September 2012
  31. Membawa watak Vanity Smurf untuk filem The Smurfs anjuran HBO yang dialih bahasa dalam Bahasa Melayu.
  32. Jadi tetamu undangan di Carta Hot 30 di Radio Hot FM bersama Azlan & The Typewriter
  33. Jadi Media Mengikuti Rombongan Rakaman Destinasi Cinta Bersama AirAsia di Pulau Boracay, Filipina Bersama Mizz Nina & Noh Hujan
  34. Menjadi tetamu khas dalam Program Sajian Chef Wan Bersama Media di TV1 siaran 5 Disember 2012
  35. Featured sebagai Blog Hiburan Paling Popular di Majalah Remaja keluaran Oktober 2012.
  36. Dijemput untuk ke Bandung untuk menemubual Judika & Taura Taufany anjuran Sony Music Malaysia
  37. Jadi tetamu di program Ala Carte Pagi di Bernama Radio 24 pada 12 November 2012
  38. Blog Rasmi (Official Blogger) Konsert Anuar Zain 3 Dekad, Muzik, Cinta & Sanubari
  39. Blog Rasmi (Official Blogger) ASEAN International Film Festival & Awards #AIFFA2013
  40. Dicalonkan dalam Kategori Favourite Celebrity Blog di Anugerah Malaysia Social Media Week Summit 2013
  41. Blog Rasmi Drama Jodoh lakonan Scha Alyahya & Dazrin Kamaruddin
  42. Blog Rasmi (Official Blogger) Konsert Wings Rockestra 2013 di Istana Budaya
  43. Blog Rasmi (Official Blogger) Konsert Mega Bintang pada 8 Jun 2013 di Resort World Sentosa, Singapura
  44. Wakil Blogger ke Astro Kasih Pembersihan Laut Terpanjang di Dunia di Kota Kinabalu, Sabah
  45. Wakil Blogger ke Jakarta, Indonesia untuk Sesi Bersama Pelakon Dalam Mihrab Cinta
  46. Blogger Malaysia pertama dihantar ke Media Junket Filem After Earth di Taipei Taiwan oleh Sony Pictures Malaysia
  47. Berpeluang menemubual pelakon filem terkenal Hollywood, Will Smith & Jaden Smith di Sidang Media After Earth di Taiwan.
  48. Wakil Blogger ke Kuching Sarawak untuk Majlis Pelancaran Galeri Muzium Rumah Panjang Sarawak anjuran Sarawak Energy
  49. Ditemubual untuk tampil dalam artikel Majalah Harmoni keluaran 15 – 31 Mei 2013

budiey will smith jaden smith taiwan

Budiey sempat bergamber bersama pelakon terkenal Hollywood, Will Smith & Jaden Smith di Sidang Media After Earth di Taipei Taiwan pada 4 Mei 2013

Profile Budiey

Tarikh Lahir: 1 Ogos 1976

Bangsa: Melayu + Siam

Jantina: Lelaki

Tinggi: 179 cm

Berat Badan: 85 kg

Status: Berkahwin

Tempat Tinggal: Sentul Perdana, Kuala Lumpur

Kerjaya: Penulis blog hiburan sepenuh masa, wartawan sambilan & fotografer.

Hobi Budiey: Menonton TV, membaca berita online, melayari Facebook, melancong, menonton wayang, menonton teater, mendengar muzik.

Warna Kegemaran: Putih dan maroon

More Me:

  1. My Jurnal
  2. My Few.Net
  3. My Photo Blog
  4. Blog Ashraf Muslim
  5. Blog Fouziah Gous
  6. Blog Awal Ashaari
  7. Blog Pipicomel

Budiey

Budiey

Budiey

Komen via Facebook

Komen

3 Comments

  1. Wanayu says:
    Sunday, December 23, 2012 at 9:24 am

    Blog abg budiey memang menarik dan hebat..suka sgt baca

  2. Budiey says:
    Sunday, January 6, 2013 at 4:03 pm

    Terima kasih Wanayu. Terima kasih sebab sudi melayari blog ini ya.

  3. Thaty Queen says:
    Sunday, January 20, 2013 at 12:42 pm

    Sangat menarik…
    gx bosan baca berulang”…
    ILike…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nora on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Sara on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • nora on:Eina Azman Sentap Ibu Afiq Muiz Tuduh Dirinya Seorang Pengikis
    • nora on:Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
    • The 10th Olympic Day Run Dataran Merdeka 23 Jun
    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.