Gambar Budiey di Program BLOG RTM1

Salam sejahtera semua pembaca Budiey.com…

Budiey baru sahaja pulang dari menjadi tetamu yang ke-30 program bual bicara, BLOG di RTM1. Bersiaran langsung selama 20 minit dan disaksikan oleh ribuan penonton termasuk famili dan juga bakal mak dan pak mertua ku… huhu rasa sungguh menyegankan. Serba tak kena sebab famili belah bakal tunang Budiey tak tahu yang menantu diorang seorang wartawan hiburan. Huhu…

Ini kali pertama Budiey dijemput menjadi tetamu dan ditemubual pula oleh pengacara terkenal, Hashim Abu Hanifah yang begitu mesra dan petah berbicara.

Budiey ingin sekali mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyedia skrip, Dr Mahadi J. Murat yang mencadangkan nama Budiey kepada RTM untuk menjadi tamu pada kali ini. Meneliti kepada soalan yang diberikan, agak terkejut juga, begitu detail kajian yang dijalankan oleh Dr. Mahadi. Siap ada soalan cepu mas tentang lambakan iklan dan gossip yang pernah Budiey siarkan.

Untuk pengetahuan pembaca, program TV Blog ini bersiaran pada jam 8.40 malam sejurus selepas berita jam 8 malam. Keudara selama 20 minit, program ini membicarakan tentang dunia blog khususnya dunia politik, gaya hidup dan hiburan.

Pengalaman menjadi tetamu… pada mulanya memang cukup nervous juga sebab Budiey akui memang tak pandai bercakap di khayalak pun. Menulis tu reti la sikit-sikit. Tapi kalau diberi masa 10 minit untuk berucap memang kelu juga sebab takde skill dan modal untuk bercakap.

Yang kelakarnya tadi, hanya nama Dato’ Siti Nurhaliza yang menjadi sample dan contoh… huhu… memang masa tu kan, takde nama selebriti lain yang ada dalam kepala ni… ya ampun!…

Terima kasih kepada MY SAYANG sebab sudi temankan Budiey menyusuri jalan ke RTM sebentar tadi. I love you so much! Tak sabar nak tunggu orang tu kena ‘ikat’ pada 9 Disember nanti.

Bergambar dengan hos, Saudara Hashim sebelum bersiaran di studio.

Dalam studio. Beberapa minit sebelum bersiaran. Dalam pada ada darah gemuruh tu sempat lagi hulurkan senyuman.

Kepada rakan-rakan pembaca yang menonton dan teman-teman yang sudi layangkan SMS ucap tahniah… terima kasih banyak-banyak.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. ensem gak mr budiey semalam arrr,seri pengantin kot,per2 pun tahniah ,semoga makin dikenali dan sukses,rezeki owg nk kawin kan..

  2. masuk ofis je,the 1st thing sy buke web budiey.com…tk sangka smlm budiey jadi jemputan RTM,tahniah! budiey ur so cool last nite,hehehe..
    semoga sukses dalam dunia hiburan..n jadi penulis blog yg terkenal serta d segani….fr sabah,aramaii tii 🙂

  3. Wah tahni dah nak bertunang uols nyer saperla wanita bertuah itttew
    sekang budiey dah glamor harap tak lupa kawan lame ni

  4. hai budiey,

    ada jugak tengok u malam tadi, tak sangka Dr. Mahadi tengok blog u, actually Dr. Mahadi ex my lacture..congrate to u

  5. takde video clip ke budiey?mlm tadi balik keja lambatlah…tak sempat tengok..kalau ada postlah kat sini…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur International Film Festival 2008

Filem ‘A Case De Alice’ dari Brazil menang Anugerah Perdana KLIFF 2008