in ,

Jemputan ke Party Costume FIlem Tolong! Awek Aku Pontianak

Salam buat semua pembaca budiey.com,

Seperti yang Budiey telah war-warkan di Facebook (www.facebook.com/budieydotcom) dan Twitter (follow twitter @budiey & @TayanganUnggul), Budiey.com akan bekerjasama dengan Tayangan Unggul untuk menganjurkan satu party yang Budiey rasa korang mesti teruja nak join. Party yang Budiey maksudkan bukannya party ulangtahun budiey.com ya, sebabnya ulangtahun ke-5 budiey.com masih lambat lagi. Korang pun tahu, biasanya kita akan buat party ulangtahun pada bulan Januari setiap tahun.

Tapi kali ini, buat pertama kalinya, Budiey ingin mengajak korang semua join dan memeriahkan PARTY COSTUME sempena dengan tayangan filem terbaru Tayangan Unggul iaitu TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK. Selain dapat makan-makan, bertemu & bermesra dengan pelakon filem ini & selebriti jemputan, korang juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah & hadiah pakaian kostum terbaik. Tak dilupa, setiap yang hadir akan dapat goodie bag PERCUMA!

Dengan ini Budiey buka peluang ini untuk menjemput pembaca budiey.com untuk turut sama memeriahkan party costume yang turut dihadiri oleh para pelakon filem ini antaranya Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faezah Elai, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Penyanyi lagu runut atau lagu tema filem ini iaitu Aril AF7 turut hadir untuk mempersembahkan lagu ini secara LIVE.

Selain itu, pembaca yang join party ini adalah antara yang bertuah kerana dapat menonton sneak preview filem ini selama 25 minit.

Poster Tolong Awekku Pontianak

Jemputan Eksklusif Kepada Pembaca Budiey.com
Sempena dengan tayangan filem Tolong! Awek Aku Pontianak mulai 7 Julai ini, Tayangan Unggul dan Budiey.com akan mengadakan parti kostum dan ingin mengajak seramai 120 orang pembaca.

Kat Mana Tu?
Megaview, Menara Kuala Lumpur

Bila ek?
3 Julai 2011 – Hari Ahad

Jam Berapa Start?
Jam 2 petang dah boleh ke sesi pendaftaran

Yurannya Berapa RM?
PERCUMA!

Tema?
Apa sahaja pakaian atau kostum. Contohnya, pontianak, pirates, pakaian seragam & sebagainya.
Sepanjang party berlangsung, diWAJIBkan semua pembaca yg hadir memakai pakaian dan kostume mengikut tema yang ditetapkan. Jika hadir tanpa kostume, anda tidak dibenarkan join party ini.

Artis yang dijemput untuk hadir:
Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faezah Elai, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri dan ramai lagi.


BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PARTI KOSTUM INI?
Senang saje! Ikuti kesemua langkah-langkah berikut ini:

1. Hantarkan email kepada Budiey dengan menyertakan maklumat diri anda seperti:

  • Nama penuh:
  • No. IC:
  • Alamat:
  • No HP:

2. Cipta slogan PALING KREATIF anda:

Saya ingin memakai kostum  ____(sila nyatakan jenis kostume yang ingin dipakai. Contoh: kostume lanun________ & mahu join Parti Kostum Filem Tolong! Awek Aku Pontianak kerana… (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

3. Hantarkan email anda itu kepada:

Tajuk Email: Mahu Join Parti Kostum Tolong! Awek Aku Pontianak

4. Seterusnya, nantikan email dari Budiey.

Kepada yang berjaya terpilih, Budiey akan reply email anda.

Kepada anda yang ingin tweet tentang Party Costume ini, sila gunakan hashtag: #partycostumeTAAP

Ini dia hadiah utama untuk cabutan bertuah:

Canon-Legria-HFR16

Untuk hadiah Kostum Terbaik Lelaki dan Wanita, kami akan memberikan hadiah ini…

draft_lens17951863module150222974photo_1305544111canon-powershot-a3300-is-

Sila follow twitter @budiey untuk bertanya tentang lebih lanjut pasal party ini.

Jangan lupa LIKE Facebook Fanpage Budiey.com: (www.facebook.com/budieydotcom)

dan Facebook TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK. Klik di SINI.

Terima kasih semua atas sokongan! Insyaallah, kita jumpa di parti nanti.

Tentative Program – COSTUME PARTY:

2.00pm – Registration

3.00pm – Opening by Emcee

3.10pm – Opening speech; Director of Tolong! Awek Aku Pontianak!

3.15pm – Persembahan Farawahida

3.30pm – Presenting all the main casts with the costume

3.45pm – Buffet food presentation – free flow

4.00pm – Performance by Shyla Amzah

4.15pm – Special screening 25 mins Tolong! Awek Aku Pontianak!

4.00pm – Performance by Najwa Latif

4.45pm – Price giving for The Best Male and Female costume.

5.00pm – Hadiah Cabutan Bertuah & Tolong! Awek Aku Pontianak! Indoor Games

6.00pm – Event tamat & bersurai

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Lancar Astro MyMusic Sempena Hari Merdeka

PEKIDA Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul Yusof