in

16 Peserta Perfect Gentleman Kini Diumumkan

16 PESERTA ‘PERFECT GENTLEMAN’ KINI DIUMUMKAN

Hanya yang terbaik akan dipilih…

Kuala Lumpur, 8 July – Pencarian peserta program peserta peragaan lelaki yang pertama di Malaysia, The Perfect Gentlemen di ntv7 kini berada di peringkat akhir. Selepas 467 orang calon peserta melalui beberapa tapisan dan proses di seluruh negara, hanya 16 jejaka tampan peserta terpilih untuk menyertai rancangan ini. Hos kesayangan ramai, Hoong Jia Hui akan mengacara rancangan realiti berprestij ini dan bakal menghiburkan penonton dengan kehadiran peserta-peserta yang tampan dan bakal mencuri hati penonton.

_MG_1560

Saingan sengit bakal bermula! 16 peserta terbaik yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 41 tahun berasal daripada pelbagai negeri termasuklah Kedah, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah. Mereka telah pun Berjaya menawan hati juri dengan bakat mereka ketika sesi ujibakat. Sesi ujibakat ini telah diadakan di empat lokasi di Malaysia– Johor Baru, Penang, Kuala Lumpur, dan Kuching – yang bermula daripada april sehingga Mei.

Rancangan The Perfect Gentleman akan bersiaran selama 13 minggu bermula 17 Julai, setiap hari Ahad jam 6.00 petang hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda. Para penonton bakal menyaksikan peserta kegemaran mereka cuba melepasi pelbagai peringkat yang mencabar yang telah disediakan. Bersiaran secara langsung pada hari Ahad, 9 Oktober di mana para penonton akan menyaksikan rancangan hebat ‘Perfect Gentleman’ ynag buat julung-julung kalinya diwujudkan di Malaysia. Menambahkan lagi sensasi rancangan ini, penonton juga akan melihat ragam 16 peserta ini di belakang tabir dengan segmen selama dua minit yang akan disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat , jam 9. 59 malam bermula 11 Julai ini.

IMG_029536

Lai Cheah Yee, Pengurus Kumpulan Penjenamaan ntv7 yang bakal menunjukkan trofi berprestij di sidang akhbar hari ini berkata, “ntv7 telah mengambil langkah inisiatif yang besar dengan mengadakan rancangan TV realiti pertandingan peragaan lelaki yang pertama di Malaysia, di mana ia akan member peluang untuk jejaka tempatan mempamirkan pesona dan bakat mereka. Ujibakat yang telah diadakan di empat lokasi di Malaysia, telah berjaya menarik minat seramai 467 peserta yang berani menyatakan keyakinan dan member yang terbaik dari dalam diri mereka.”

Ketika siding akhbar, 16 orang peserta teratas yang dipilih ini akan sekali lagi diberi cabaran ,emperagakan koleksi terkini Lord’s Tailor di hadapan tetamu dan media yang hadir. 16 peserta yang terpilih ialah:

Nama Umur Negeri Pekerjaan
1. Anson 21 Selangor Agen Insuran
2. Chris 21 Kuala Lumpur Pelajar
3. Wilson 21 Johor Pelajar
4. Vicca 20 Kedah Pelajar
5. Shyang Wen 18 Kuala Lumpur Pelajar
6. Ivan 28 Selangor Jurutera
7. Dennis 41 Selangor Jurulatih Yoga
8. Jake 24 Johor Jurutera Minyak & Gas
9. John 19 Sabah Pelajar
10. Ming Yang 20 Sarawak Chef
11. Ryan 21 Malacca Pelajar
12. Joel 30 Selangor Agen Projek
13. William 27 Johor Pengurus Bistro
14. Fung 21 Selangor Guru Sekolah Swasta
15. Kong Jie 21 Sarawak Jurujual/Pemain Bola Keranjang
16. Gir Shen 21 Kuala Lumpur Pelajar

Beberapa selebriti tempatan dan antarabangsa akan dijemput menjadi hakim dan tetamu khas antaranya termasuklah pakar penggaya terkenal, pereka pakaian dan usahawan terkenal pada sesi permulaan dan pertandingan akhir nanti. Peserta juga akan mendapat tunjuk ajar dari para personaliti yang berpengalaman mengenai penjagaan penampilan, gaya, komunikasi yang berkesan dan pelbagai lagi.

Dengan pengalaman dan pembelajaran yang akan mereka timba, mereka akan diuji dalam pelbagai cabaran yang telah disediakan dan hanya 6 orang peserta kan layak mara ke pertandingan akhir. Antara cabarannya ialah pengurusan perniagaan, cabaran fizikal dan mental, etika social, penggayaan diri, rakaman video dan banyak lagi

Sementara itu, JiaHui yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang pengacaraan merupakan pilihan tepat dalam mengacara rancangan The Perfect Gentleman. Pengacara bertubuh genit ini biasa dilihat mengacara rancangan seperti E-Space di ntv7, Eve’s Diary, Resipi Warisan, Blissful Life, Heart to Heart dan bermacam-macam lagi. Dia juga pernah dijemput oleh Stesen TV Hunan untuk mengacarakan pertandingan akhir Ratu Cantik Miss STAR dan Ratu Cantik Universe Malaysia yang benar-benar mempamirkan keupayaannya mengacara.

Dalam rancanagan ini nanti, Cheah Yee menambah, “ Sebagai salah seorang penyedia kandungan di dalam Negara ini, ntv7 akan sentiasa cuba mencari bayak lagi bakat rakyat Malaysia dan tiada cara yang lebih baik daripada rancangan siri realiti The Perfect Gentleman”.

‘Perfect Gentleman’ atau jejaka sempurna akan membawa pulang hadiah- hadiah lumayan serta wang tunai sebanyak RM200,000. Tidak seperti rancangan reality lain, pemenang rancangan ini akan diberi peluang mengasah bakat lakonan dan mengacara sebagai personaliti TV ntv7.

“Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penaja yang bermurah hati di atas tajaan dan sumbangan mereka dalam menjayakan rancangan ini,” One FM merupakan rakan media manakala majalah Newicon For Him and Newtide adalah majalah Cina rasmi rancangan ini.

Siapakah yang akan memenangi The Perfect Gentleman? Jangan melepaskan peluang menyaksikan rancangan realiti ini bermula 17 Julai, setiap hari Ahad, 6.00 petang, hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda. Pertandingan akhir pula akan bersiaran secara langsung pada hari Ahad, 9 Oktober nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan ini, sila layari laman web rasmi The Perfect Gentlemen di www.ntv7.com.my/theperfectgentleman atau laman Facebook rasmi (ntv7.perfectgentleman).

IMG_029587

FA_TPGposter_30x40inch_mail

TV3_2683

TV3_2702

TV3_2729

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wing Chun Craze Is Back With Loads Of Laughter

Akhil Hayy Jadi Pengacara Program Cubaan Astro Oasis