in , ,

ZUS Coffee Bina Kampung Buatan Malaysia di Rumah Tangsi! Jom Berkunjung!

Orang ramai yang melangkah ke dalam Rumah Tangsi, Kuala Lumpur akan disambut dengan suasana ‘kampung’ yang riuh rendah dan pemandangan yang akan mengimbau kembali detik nostalgia.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara Kampung Buatan Malaysia anjuran ZUS Coffee, jenama kopi tempatan terkemuka, yang akan berlangsung pada hari ini, 9 September 2023.

Bertempat di Rumah Tangsi, di sini, kehadiran tetamu akan disambut dengan riuh rendah suasana ‘kampung’ serta pemandangan yang mengimbau kembali detik nostalgia.

ZUS Coffee Bina Kampung Buatan Malaysia di Rumah Tangsi Hari Ini! Jom Berkunjung!

Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian berkata, Kampung Buatan Malaysia merupakan inisiatif khas oleh ZUS Coffee dengan gabungan bersama beberapa jenama tempatan.

Kampung Buatan Malaysia merupakan inisiatif khas oleh ZUS Coffee dengan gabungan bersama jenama tempatan seperti Farm Fresh, Inside Scoop, Julie’s, SYOK dan BOH untuk bersama-sama membuktikan bahawa jenama dan produk Buatan Malaysia adalah jenama cukup hebat seperti jenama antarabangsa.

“Keriuhan suasana kampung dengan aroma kopi bakal memberikan suntikan perpaduan dan bangga terhadap buatan Malaysia.

“Ia turut mendapat kerjasama daripada jenama tempatan yang gah seperti Farm Fresh, Inside Scoop, Julie’s, SYOK dan BOH untuk sekali gus membuktikan produk Malaysia setanding antarabangsa,” katanya menerusi satu kenyataan.

ZUS Coffee Bina Kampung Buatan Malaysia di Rumah Tangsi Hari Ini! Jom Berkunjung!

Selain itu menurutnya, 23 jenama tempatan yang mempromosikan fesyen, tatarias, barangan hiasan rumah dan banyak lagi boleh didapati di ruangan atas Kampung Buatan Malaysia.

“Pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah dari Lorong Makan ZUS yang menggabungkan rasa tempatan dan antarabangsa.

“Turut disediakan, ‘ZUS Time Tunnel, yang menceritakan tentang perjalanan ZUS Coffee sebagai jenama tempatan dalam memberikan produk berkualiti tinggi kepada Malaysia.

“Sebahagian perjalanan ZUS Coffee itu ada diselitkan sokongan ZUS Coffee terhadap jenama tempatan lain melalui gabungan bahan dalam mencipta satu cawan kopi,” jelasnya.

Bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ZUS Coffee juga telah mencipta hidangan kopi dan teh kegemaran rakyat Malaysia melalui produk baharu iaitu ‘Tarik Series’.

Dikenali sebagai ZUS Kopi Teh Tarik and ZUS Teh Tarik, ia diperbaharui dengan kelembutan ‘Velvet Crème’ ZUS Coffee, iaitu gabungan rasa tempatan lemak manis mengikut citarasa rakyat Malaysia.
Kempen Buatan Malaysia ini juga mengetengahkan kolaborasi ZUS Coffee dengan BOH untuk ‘Tarik Series’, selain ‘Inside Scoop’ untuk aiskrim edisi terhad yang diilhamkan oleh ZUS Coffee.

Ia sekali gus menunjukkan kejayaan yang boleh dicapai apabila jenama Malaysia bersatu dan bekerjasama.

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan artis-artis terkenal tempatan seperti Syamel, Kaka Azraff, dan Andi Bernadee.

ZUS Coffee Bina Kampung Buatan Malaysia di Rumah Tangsi Hari Ini! Jom Berkunjung!

Tambah memeriahkan suasana, ia bakal diserikan dengan persembahan warisan budaya Malaysia melalui Tarian Muhibbah yang menggabungkan budaya dan kaum berbeza.

Bagi memperkasakan lagi konsep dan tema kempen ‘Buatan Malaysia’, ZUS Coffee telah menghasilkan video kempen yang bertajuk “ZUS Coffee On Trial: Buatan Malaysia?” yang menampilkan pelawak Kavin Jay dan Ryan Howlett, Arieff Yong, serta jenama tempatan yang terkenal seperti Farm Fresh, Inside Scoop, BOH, dan Julie’s. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2PM LEE JUNHO

Pesona 2PM Lee Jun Ho Bersama Peminat di Bangkok Diperkatakan Ramai

LUO ZHENG

Luo Zheng Tampil Segak Berbaju Melayu Semasa Lawatan di Kuala Lumpur