in , ,

Kroll Lancar Single Lentera Cinta Ciptaan Sheikh Qalam Bersama Saladin

Kroll bukanlah nama yang asing dalam industri seni suara. Suatu ketika dahulu pemilik nama Khairul Nizam ini pernah tercalon sebagai salah satu daripada lima finalis teratas untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) pada tahun 2014.

Kroll juga seorang penyanyi jalanan (busker) dan artis kebudayaan yang masih aktif mempromosikan bakatnya di depan umum. Berkat kehebatan suaranya, Khairul Nizam yang lebih popular dikenali sebagai Kroll juga telah dinobatkan sebagai juara rancangan realiti All Together Now Malaysia Musim ke-2 pada tahun lalu.

Terkini, Kroll muncul dengan sebuah karya baharu berjudul ‘Lentera Cinta’ untuk para pengikut dunia muzik dan peminat suaranya.

Kroll Lancar Single Lentera Cinta Ciptaan Sheikh Qalam Bersama Saladin

Lentera Cinta merupakan sebuah lagu ciptaan komposer ternama Sheikh Qalam bersama Saladin, dengan lirik nukilan Sheikh Qalam sendiri, yang juga bertindak sebagai penerbit lagu.

“Lagu ini mengisahkan cinta jarak jauh dan perasaan seseorang yang menunggu kekasihnya kembali ke sisi,” ujar Kroll tentang lagu baharunya ini.

“Untuk menyiapkan karya ini, proses rakaman vokal berlangsung selama satu hari. Ini diikuti dengan proses memasukkan rakaman mainan alat muzik bertali atau ‘string’ yang memakan waktu sekitar seminggu,” tambahnya lagi tentang perjalanan rakaman.

Kroll Lancar Single Lentera Cinta Ciptaan Sheikh Qalam Bersama Saladin

Saat ditanya tentang perkembangan terbaharunya Kroll menyatakan yang dia masih bergerak bersama kumpulannya. “Saya masih lagi dengan kumpulan kugiran Persis cuma kebetulan selepas saya menjadi juara rancangan All Together Now Malaysia musim ke-2, saya ingin cuba mengambil peluang ini untuk bergerak solo dan harap single solo pertama saya bakal diterima dan mendapat perhatian semua,” akhiri Kroll tentang karyanya itu.

Berbekalkan susunan muzik dan melodi yang mantap serta suaranya yang memukau, Lentera Cinta berpotensi mencuri perhatian peminat muzik Malaysia.

Bakal dikeluarkan pada tarikh 17 Mei 2024, ‘Lentera Cinta’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Kroll Lancar Single Lentera Cinta Ciptaan Sheikh Qalam Bersama Saladin

Kredit:

Artis: Kroll

Tajuk: Lentera Cinta

Produser: Sheikh Qalam

Komposer: Sheikh Qalam & Saladin

Penulis Lirik: Sheikh Qalam

Kroll Lancar Single Lentera Cinta Ciptaan Sheikh Qalam Bersama Saladin

Kroll – Lantera Cinta

Sementara ku di sini menanti

Tiada hati berpaling sejenak kepadamu

Dan hadirmu kasih untuk menunggu mu

Dalam gelap dan kelam malam kita

Oh cinta mana mungkin kau biarku sendiri

Disini tanpa  sentuhmu

Oh kasih mana mungkin kau biarku sendiri

Disini di temani sepi hatiku…

Oh bulan ceritakan lah kepadanya

Hatiku kini di hujung jalan cinta

Oh bulan ceritakanlah kepadanya

Hatiku kini di hujung jalan cinta

 Terbang ke sini biarkan cintamu

Sementara ku masih adalah di sini 

Untuk menjagamu …

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Viu Original From Saga With Love 2 Bertemu Gabenor Saga, Jepun

ENCORE MELAKA Anjur Uji Bakat Terbuka Untuk ‘Show’ Musim Akan Datang