in , ,

Luo Zheng Tampil Segak Berbaju Melayu Semasa Lawatan di Kuala Lumpur

Luo Zheng menyanyi lagu OST drama “You From the Future” bersama ratusan peminatnya  Mengejutkan peminat dengan “pickup lines” Bahasa Melayu sambal menari dengan iringan lagu tema Idol Producer “Ei Ei (Pick Me)” memakai kostum katak yang comel 

iQIYI baru-baru ini menganjurkan iQIYI VIP Asia Tour yang sangat dinantikan menampilkan pelakon popular, “Mr. Bossy CEO” Luo Zheng (罗正), yang bertemu dan beramah-mesra dengan para peminatnya di Sunway Velocity Mall. Acara tersebut merupakan penampilan pertama Luo Zheng di Malaysia, yang menarik lebih daripada 500 peminat di sidang akhbar dan 260 lagi dalam pertemuan tertutup dengan peminat.

Luo Zheng Tampil Segak Berbaju Melayu Semasa Lawatan di Kuala Lumpur

Luo Zheng, yang popular dengan drama romantiknya termasuk “You From the Future (来自未来的你)”, “Skip a Beat (心跳)”, “Perfect Mismatch (骑着鱼的猫)”, “Oh My Lord (惹不起的千岁大人)”, “Nothing But You (眼里余光都是你)”, “Make My Heart Smile (扑通扑通喜欢你)”, dan banyak lagi, telah mendominasi carta di pasaran Asia seperti Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, dan di Amerika Syarikat. Pada tahun 2022, beliau telah dinobatkan sebagai duta iQIYI VIP Antarabangsa kerana tarikannya di peringkat global dan peminat tegar di kalangan penonton berbahasa Cina dan tidak berbahasa Cina.

Beliau bergerak menuju ke sidang akhbar dari Pullman KLCC, Luo Zheng berkongsi mengenai pengalamannya di Malaysia dan sangat teruja apabila bercerita tentang bagaimana dia telah mencuba makanan tempatan seperti Nasi Lemak, Mee Kari, Satay, dan pelbagai jenis kuih-muih.

Luo Zheng Tampil Segak Berbaju Melayu Semasa Lawatan di Kuala Lumpur

Selain itu, krew juga membawanya ke kedai ‘mamak’ untuk menikmati makanan mamak tempatan! Jika anda fikir pengalamannya terhad kepada makanan sahaja, itu adalah pandangan yang salah – dia bahkan menggayakan pakaian tradisional pengantin Melayu, dan percayalah, dia kelihatan sangat segak bergaya dan memukau semua orang, terutamanya peminat wanita!

Luo Zheng sempat meluangkan masa dengan Fasha Sandha, dan peminat-peminat sangat teruja apabila dia memberitahu mengenai kolaborasi hebat yang akan datang! Jadi, nantikanlah!

Luo Zheng Tampil Segak Berbaju Melayu Semasa Lawatan di Kuala Lumpur

Di sesi pertemuan tertutup dengan peminat, acara dimulai dengan beberapa permainan mini yang mendebarkan. Peminat yang mampu menatap mata “Mr. Bossy CEO” Luo Zheng tanpa tersenyum, berpeluang memenangi kad VIP khas iQIYI dan berswafoto bersamanya. Luo Zheng menghidupkan daya tariknya dan melemparkan barisan pickup yang lucu. Salah satu yang meninggalkan kesan terbesar adalah ayat, “Jika saya Roti, maka awak Telur, kerana tanpa awak, saya Kosong,” yang membuat penonton bersorak dan ketawa bersama-sama dengan suasana yang ceria! 

Luo Zheng Tampil Segak Berbaju Melayu Semasa Lawatan di Kuala Lumpur

Luo Zheng mendedahkan bahawa dialah penyanyi untuk semua OST drama yang dilakonkannya dan mengakhiri pertemuan peminat dengan nada yang menyentuh hati dengan menyanyi bersama lagu tema daripada drama terbarunya, “You from the Future”. Nyanyian bersama ini bukan sahaja mengenai lagu itu – ia juga mempamerkan ikatan istimewa antara Luo Zheng dan peminatnya. Suasana penuh dengan emosi, bersama semangat dan cinta sejati  antara satu sama lain.

Luo Zheng Tampil Segak Berbaju Melayu Semasa Lawatan di Kuala Lumpur

Pertemuan peminat tidak berakhir di situ. Luo Zheng mengejutkan peminat dengan menukar kostum katak yang sangat popular di China pada masa ini dan menari diiringi lagu “Queencard”, lagu yang sedang menjadi tren terkini di TikTok. Kejutan itu tidak berakhir di situ kerana Luo Zheng turut menari mengikut lagu tema “Ei Ei (Pick Me)” dari zamannya dalam rancangan realiti “Idol Producer”.

Kemunculan pertama Luo Zheng di Kuala Lumpur adalah satu kejayaan dan telah mendapat sambutan hangat. Lawatan beliau menonjolkan impak global iQIYI dan minat yang mendalam terhadap C-drama di kalangan penonton berbahasa Cina dan bukan Cina. Sambutan hangat daripada ratusan peminat yang bersemangat, hubungan mesra yang terjalin, dan detik-detik acara yang tidak dapat dilupakan telah mengukuhkan komitmen iQIYI sebagai ‘juara’ kandungan Asia yang digemari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZUS COFFEE

ZUS Coffee Bina Kampung Buatan Malaysia di Rumah Tangsi! Jom Berkunjung!

RADIO SURIA FM

Sertai Peraduan Tangkap Duit Suria & Menangi Sebahagian RM330,000!