in , , ,

Yuna, Aizat & Hujan di Rakaman Akustika 2010

Tup tup, kita dah pun tiba di bulan yang paling mulia. Ya, Ramadan Mubarak datang lagi! Turut tidak ketinggalan menyambut kemeriahan bulan puasa dan Aidilfitri, TV3 kini rancak menjalani sesi rakaman program-program Raya sebagai sajian istimewa penonton setia bagi lebaran yang bakal tiba!

Masih ingatkah anda kepada program hiburan “Akustika Raya” yang disiarkan pada hari raya pertama tahun lepas? Merupakan program muzikal istimewa berkonsepkan unplugged, TV3 mengajak penonton menikmati persembahan yang menghiburkan dari bintang-bintang muda solo seperti Faizal Tahir, Lan (& The Typewriter), Aizat dan Noh (Hujan) yang ditampilkan buat pertama kali rancangan unik ini diperkenalkan.

Tahun ini “Akustika 2010” muncul dengan lebih meriah berkonsepkan unplugged berkumpulan menampilkan persembahan istimewa daripada Yuna dan Aizat yang ditemani band masing-masing dan kumpulan muzik indie popular, Hujan.

Bila tarikh siaran masih belum dipastikan lagi. Tunggu sahaja pengumumannya.

Untuk sama-sama merasai suasana lebaran dan berhibur dengan Aizat & Band, Yuna & Band dan Hujan, jangan lupa hadir dengan baju raya. 🙂

Program : AKUSTIKA 2010
Tarikh : 21 Julai 2010 (Rabu)
Masa : 7.30 mlm (Rakaman bermula jam 8.30 mlm)
Tempat : Sri Pentas 2
Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Yuna

Aizat

Hujan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Remaja 2010 & NIPS Anjurkan Pertandingan Cosplay

Predators Kembali Cari Mangsa