in

Yang Anda Harus Tahu Tentang VICTORIA SLOANE Empayar Fesyen Rita Datuk Sosilawati

Tidak lengkap kehidupan seorang wanita tanpa tas tangan. Tanpa mengira umur, tas tangan merupakan satu aksesori wajib yang mesti ada. Begitu juga dengan usahawan kosmetik Nouvelles Visages, Rita Datuk Sosilawati, kerana cintanya pada tas tangan telah mendorong beliau melancarkan koleksinya sendiri, Victoria Sloane.

“Setiap kali luar negara, beg tangan menjadi sasaran untuk saya membeli belah. Namun, saya tidak taksub pada satu-satu pereka saja. Yang mana rekaan cantik di mata, saya akan beli. Disebabkan saya dah terlalu minat maka lahirlah Victoria Sloane,” katanya ketika ditemui pada pelancaran koleksinya itu di Fashion Valet, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

VICTORIA SLOANE Empayar Fesyen Rita Datuk Sosilawati

Antara selebriti yang hadir memeriahkan majlis pelancaran adalah Fasha Sandha, Farah Anuar AF 2, Anne Ngasri, De Fam dan Rita Rudaini.

Yang Anda Harus Tahu Tentang VICTORIA SLOANE Empayar Fesyen Rita Datuk Sosilawati

[dropcap]R[/dropcap]ekaan Victoria Sloane adalah buatan tangan diperbuat dari material kulit PVC . Ia didatangkan dengan dua variasi iaitu bercorak kosong dan bercorak kulit buaya. Lebih menarik lagi ia boleh digayakan untuk acara formal mahupun kasual.

“Sebenarnya saya memang tak nak buat kasual saja. Lebih praktikal kalau boleh digayakan sama ada formal dan kasual. Sebab itu beg tangan saya ‘4 in 1”. Tali boleh laras untuk disangkut dibahu, di selempang, dijinjit atau gayakan saja seperti ‘clutch’ untuk majlis makan malam.




[pullquote align=”right”]Jenama ini akan dipasarkan di laman e-dagang Fashion Valet (www.fashionvalet.com) serta fizikal butiknya di Malaysia dan Singapura bermula 22 September 2016.[/pullquote]

Victoria Sloane didatangkan dengan 20 koleksi warna warni sama ada terang atau pastel. Lebih menarik harganya mampu milik iaitu RM 229 untuk bercorak kosong dan RM 299 bagi yang bercorak kulit buaya.

Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Bukhari adalah anak sulung pengasas jutawan kosmetik terkenal, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya. Selepas pemergian ibunya, beliaulah yang menguruskan legasi Nouvelle Visages.

“Idea untuk melahirkan beg jenama sendiri sudah lama. Saya mengambil masa setahun untuk melakukan kajian dan tinjauan pasaran. Setelah benar-benar yakin, enam bulan lalu pasukan saya bekerja keras merealisasikannya.”

Sementara itu, pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof berkata, kehadiran Victoria Sloane memberikan lebih pilihan kepada pelanggan perniagaannya.

“Jenama pakaian, tudung dan jubah memang banyak pilihan di Fashion Valet tetapi bagi beg tangan ia sangat terhad. Apabila Rita menawarkan jenamanya untuk berkolaborasi bersama Fashion Valet, saya sangat berbesar hati.

Menurut Vivy lagi, jualan menerusi Fashion Valet tidak terhad di Malaysia saja. Pembeli kami dari seluruh negara. Victoria Sloane akan dikenali di pelusuk dunia.

VICTORIA SLOANE Empayar Fesyen Rita Datuk Sosilawati

VICTORIA SLOANE Empayar Fesyen Rita Datuk Sosilawati

VICTORIA SLOANE Empayar Fesyen Rita Datuk Sosilawati

VICTORIA SLOANE Empayar Fesyen Rita Datuk Sosilawati

VICTORIA SLOANE Empayar Fesyen Rita Datuk Sosilawati

VICTORIA SLOANE Empayar Fesyen Rita Datuk Sosilawati

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang BINTANG KECIL 2016 Peringkat Kebangsaan

Bagaimana Nak Uruskan Kereta Kemalangan Tanpa Mengalami Kerugian