in ,

Ulangtahun 8TV ke-4: Jom Berpesta!

BERPESTA BERSAMA 8TV!
8TV bakal meraikan ulangtahunnya yang ke-4 dengan pelbagai aktiviti meriah termasuk persembahan konsert dari artis-artis terkenal tanahair dan antarabangsa pada 12 dan 13 Januari 2008!

“Memandangkan ini merupakan sambutan ulangtahun 8TV yang keempat dan ianya jatuh pada awal tahun, maka kami  telah merancang untuk meraikannya secara besar-besaran. Kami ingin memastikan kemeriahan pesta dinantikan seawal mungkin sehinggalah ke hari sambutan pesta ulangtahun pada tahun hadapan.” Kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan di 8TV.

Tambah Airin lagi, peminat dan penonton 8TV juga akan dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang dan berpeluang bertemu personaliti 8TV pujaan mereka selain dari konsert yang dijadualkan berlangsung selama dua jam tanpa henti dari jam 8 hingga 10 malam,

“Kami juga akan membuka gerai-gerai yang akan mempromosikan program-program yang disiarkan di 8TV dari jam 5 petang sehingga 8 malam. Para pengunjung bolehlah mengambil bahagian dalam permainan-permainan dan aktiviti-aktiviti yang disediakan serta berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan!” jelas Airin.

Konsert pertama pada 12 Januari 2008 akan dimulakan dengan persembahan  penyanyi-penyanyi tempatan Cina yang diminati ramai.  Peminat-peminat akan dapat menyaksikan persembahan bertenaga dari penyanyi kegemaran mereka seperti John Wee, Henley, Mei Sim, Desiree, Orange dan JNK.

Bagi memeriahkan lagi konsert , satu kejutan istimewa untuk peminat muzik Cina apabila 8TV menerbangkan secara khas penyanyi yang juga merupakan penulis lagu Taiwan yang terkenal, Alan Ke pada konsert ke empat ini. Selain dari terlibat dalam bidang nyanyian, Alan Ke juga telah berlakon dalam beberapa filem seperti ‘Life Express’ dan ‘About Love’.

Kehangatan konsert akan diteruskan lagi pada keesokkannya (13 Januari) dengan kehadiran penyanyi-penyanyi terkenal tanahair seperti Jaclyn Victor, Suki, Faizal, Meet Uncle Hussain, Pop Shuvit, Bittersweet, OAG, Gerhana Ska Cinta, Ahli Fikir dan pendatang baru yang sedang meningkat naik- Hujan.

Sambutan ulangtahun yang keempat 8TV ini bakal dimeriahkan lagi dengan  kedatangan artis ternama antarabangsa, Che’Nelle yang mana lagu-lagunya  seperti `I Fell in Love with the DJ’ dan ‘Teach Me How to Dance’ pernah menduduki tahta carta berminggu-minggu  lamanya.

Selain itu, penonton juga bakal dihiburkan dengan persembahan tarian dari pemenang dan barisan finalis program realiti tarian terkenal 8TV, So You Think You Can Dance seperti Alam, Brancy, Sue, Noor, Yuz dan Dennis.

Bagi lebih menghargai para peminat dan penonton setia, 8TV turut mengadakan sesi ramah mesra bersama peminat sepanjang pesta ulangtahun tersebut diraikan.

Peminat dan penonton setia 8TV berpeluang untuk memenangi pas masuk eksklusif (10 pas untuk konsert Urban dan 10 pas untuk konsert Cina) yang memberi peluang peminat bertemu secara eksklusif dengan artis-artis kegemaran mereka. Pastikan anda terus menonton rancangan 8TV Quickie dan 8 E-News dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut tentang cara-cara untuk memenangi pas-pas eksklusif ini.

Temui dan pastikan anda menghadiri pesta ulangtahun 8TV ini pada 12 dan 13 Januari 2008 untuk berhibur bersama artis kegemaran anda dan memenangi hadiah menarik dalam pesta yang pasti menggegarkan anda semua.  Konsert ulangtahun keempat 8TV terbuka kepada semua secara PERCUMA !

Untuk keterangan lanjut, layari www.8tv.com.my

8tv logo

[tags]ulangtahun 8tv, anniversary tv, Abdul Hamid, Ketua Hakim Negara, 15999, talian khas, Teach Me How to Dance, John Wee, Henley, Mei Sim, Desiree, Orange, JNK, band hujan, Jaclyn Victor, Suki, Faizal, Meet Uncle Hussain, Pop Shuvit, Bittersweet, OAG, Gerhana Ska Cinta, Ahli Fikir, Alam, Brancy, Sue, Noor, Yuz dan Dennis, winner 8TV Quickie[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lepas Faradhiya, Kat Mentor, Gossip Hattan & Siti Elizad pulak!

Synopsis The Golden Compass Nicole Kidman & Dakota Blue Richards