in ,

TV2 Siar Filem Komedi COLLEGE ROAD TRIP

Apa yang akan terjadi bila seorang anak gadis yang sedang meningkat dewasa selalu dikawal oleh ayahnya yang terlalu mengambil berat?

Kisah ini dapat diikuti menerusi filem komedi bertajuk “College Road Trip” menggambarkan kasih seorang ayah yang selalu menginginkan yang terbaik bagi anaknya termasuk dalam memilih pusat pengajian untuk anaknya yang bakal menemui penonton TV2 pada 6 Oktober ini, pukul 12.00 malam.

Filem arahan Roger Kumbler tahun 2008 ini membariskan pelakon Martin Lawrence, Raven Symone, Brenda Song, Arnetia Walker, Michael Landes, Vincent Pastore, Daniel Raymont, Brianna Russo, Keenan Shimizu, Margo Harshman (II), Joseph R. Gannascoli, Megan Rafferty, dan Donny Osmond.

TV2 Siar Filem Komedi COLLEGE ROAD TRIP

Cerita ini mengisahkan seorang gadis bernama Melanie Porter lulusan sekolah tinggi yang mahu melanjutkan pengajiannya ke universiti. Di situlah bermulanya konflik antara Melanie dengan ayahnya, James Porter bila Melanie menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk menyambung kuliah di Georgetown University di Washington DC.

Namun perkara itu ditolak keras oleh ayahnya yang bekerja sebagai Ketua Polis di Chicago kerana jarak yang sangat jauh dari rumah mereka. James pun menyarankan Melanie untuk menyambung pengajian di Northwestern.

Tapi ternyata Melanie yang sering di panggil Mel sudah terlebih dahulu mendaftarkan dirinya di Georgetown di luar pengetahuan ayahnya. Ibu Mel, Michelle juga setuju kalau Mel mahu meneruskan kuliah di Goergetown, kerana memang kampus itu memang terkenal dan sangat bagus. Ketika itu juga Melanie mendapat panggilan dari Goergetown yang memintanya untuk hadir temu duga bagi melayakkannya belajar di situ.

Melanie sangat bersemangat untuk pergi ke Goergetown dia pun meminta izin untuk pergi ke sana bersama teman-temannya. Namun James tidak mahu dia pergi dengan teman-temannya dia pun bersedia mengantarkan Mel untuk terbang ke Washington DC.

Mereka berangkat berdua saja, James dan Melanie kerana Michelle tidak dapat ikut sama kerana bekerja.

Dalam perjalanan, mereka merasa sudah tidak dekat seperti dahulu. Sangat kaku dan tidak berbual mesra seperti sebelum ini. Di luar pengetahuan Mel ternyata James membawa Mel ke Northwestern bukan ke Goergetown dengan maksud James untuk mengenalkan anaknya dengan kampus pilihannya.

Sampai di sana dia pun sudah menyiapkan sebuah rancangan agar anaknya tidak jadi kuliah di Goergetown. James menyuruh anak buahnya untuk berpura-pura sakit kerana sudah berkuliah di Goergetown. Namun taktik digunakannya berjaya dihidu oleh Mel yang menyebabkan rencananya gagal.

Akhirnya mereka meneruskan kembali ke perjalanan menuju Goergetown. Satu perjalanan yang sangat sukar. Oleh kerana takut terlewat, James pun ambil jalan alternatif yang melewati kawasan hutan. Ketika melewati perjalanan di kawasan hutan, James membuka bonet belakang untuk memperbaiki keretanya dan tak di sangka ada anak bungsunya Trey dan eekor babi peliharaannya yang sudah sangat terlatih bernama Albert.

Ternyata mereka ikut kerana ingin menyampaikan pesan kepada menteri pertahanan. Sudah namanya juga budak-budak. Mereka jalan kaki ke hotel dan di sana Albert beralah dan menyebabkan mereka harus pergi dari hotel itu.

Kebetulan mereka bertemu dengan seorang ayah dan anak perempuannya yang juga sedang dalam perjalanan melihat universitas universiti lain. Mereka sangat aneh, suka nyanyi. Sampai di stesen bas mereka naik kereta dan di sana barulah terjalin kembali hubungan anak dan ayah. Mel menceritakan tentang kuliahnya di Goergetown dan rancangannya. Mereka pun sempat bernyanyi bersama lagu kegemaran mereka ketika Mel kecil dulu.

TV2 Siar Filem Komedi COLLEGE ROAD TRIP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2015/16 Sacoor Brothers

Apa Yang Menariknya Shopping di IKEA Cheras?