in

Apa Yang Menariknya Shopping di IKEA Cheras?

Budiey kira umum dah mengetahui yang Ikea Cheras akan dilancarkan dan dibuka kepada orang ramai tak lama lagi. Maka, takdelah lagi nak bersesak-sesak beratur panjang di Ikea Mutiara Damansara. Kepada kaki shopping dan pencinta perabut pasang siap, tentunya menantikan pelancaran ini.

Semalam, telah pun berlangsung satu event majlis tamat pembinaan Ikea cawangan Cheras. Budiey sangat happy kerana turut diberi peluang untuk menyaksikan acara ini dan bertuah menjadi orang pertama yang masuk dalam shopping mall bertaraf gedung yang sangat bersifatkan mega ini.

Ikea Cheras

Tahniah buat Malaysia yang dah ada dua cawangan Ikea berbanding negara lain yang rata-ratanya mempunyai satu sahaja cawangan Ikea. Ternyata, walaupun GST dilaksanakan, kita masih lagi gila shopping kan?

Selain menawarkan pelbagai perkhidmatan yang lebih selesa, Ikea Cheras juga menyediakan tempat letak kereta yang cukup luas. Tak caya tengok gambar ni.

Pada 1996 gedung pertama IKEA di Malaysia dibuka di Pusat Beli-belah 1 Utama. Berbekalkan sokongan peminat dan pelanggan Malaysia, kami berkembang daripada permulaan yang sederhana lantas terus bergerak maju, berpindah ke gedung sendiri di Mutiara Damansara pada 2003; gendung terbesar di Asia pada ketika itu. Meneruskan kembaraan kami di sini, gedung yang bakal dibuka di Cheras merupakan yang terbesar di Malaysia dengan saiz kerseluruhan 20 % lebih besar daripada IKEA Damansara.

Pembangunan cawangan baru ini dah pun tamat di samping memberi tumpuan terhadap penyediaan kelengkapan dalaman dan operasi gedung.

Ikea Malaysia (Ikea) terus menjadikan Malaysia destinasi pelaburannya dengan membuka cawangan kedua di Cheras, Kuala Lumpur yang dijangka beroperasi pada akhir November ini. Pastinya ia telah membuka peluang pekerjaan kepada ramai warga Malaysia dan juga warga asing.

Cawangan itu menambah jumlah rangkaiannya di Asia Tenggara iaitu masing-masing dua di Singapura, satu di Thailand dan dua di negara ini.

Pengarah Peruncitan Ikea Malaysia, Singapura dan Thailand Mike King berkata, gedung itu mempunyai ruang membeli-belah seluas 41,000 meter persegi iaitu 20 peratus lebih besar daripada cawangan sedia ada di Damansara.

Beliau berkata, Ikea Cheras terletak kira-kira lima minit dari pusat bandar mampu menarik kehadiran pengunjung.

“Kami meluaskan aktiviti pelaburan di negara ini berikutan pemintaan tinggi daripada orang ramai yang mengemari produk inovasi keluaran Ikea. Walaupun keadaan ekonomi dilihat kurang memberangsangkan ketika ini, permintaan produk kami di Malaysia tetap ada dan penawaran harga berpatutan membantu orang ramai membeli di Ikea,” katanya pada majlis tamat pembinaan Ikea cawangan Cheras, di sini, semalam.

Pasukan kerja di Ikea Cheras kini rancak menyiapkan reka bentuk dalaman, persediaan operasi dan latihan untuk pekerja.

Aktiviti merekrut pekerja di seluruh negara dilakukan bagi membantu operasi gedung baru berkenaan.

Mike berkata, syarikatnya menerima sambutan menggalakkan dan ada lebih 300 individu dengan pelbagai kepakaran dan bakat menyertai tenaga kerja Ikea.

Untuk info lanjut, anda boleh layari: www.ikea.com.my

Ikea Cheras

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Siar Filem Komedi COLLEGE ROAD TRIP

Nabila Huda Kini Jadi Penjual Gincu