in ,

Makan Malam TODAK X BIGO STAR 2019 Catat Sejarah

Malam kemuncak TODAK X BIGO STAR, meraih jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah pertandingan bakat Bigo Live semenjak aplikasi media sosial itu diperkenalkan pada 2016.

TODAK X BIGO STAR, telah ditonton oleh lebih 5,000 penonton sepanjang siaran langsungnya diadakan di Kotak Hitam, Setia Alam, pada Sabtu lalu, bermula jam 9 hingga 11.30 malam. TODAK selaku penggerak idea genius itu, turut melakar sejarah baharu apabila mendahului trend pertandingan nyanyian seumpama ini (atas talian) di Malaysia.

Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR

Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Mohd Ikmal Fareeq Shamsul Bahri, berkata, pihak cukup berbangga dengan rekod yang dicipta mereka, apatah lagi baru pertama kali menganjurkan acara seumpama itu.

“Apabila dimaklumkan oleh pihak Bigo, siaran langsung TODAK X BIGO STAR adalah yang tertinggi dalam sejarah pertandingan bakat anjuran Bigo Live, tentunya kami berbangga.

“Sebagaimana yang umum tahu, pertandingan TODAK X BIGO STAR ini bukan seperti siaran langsung pertandingan nyanyian di kaca televisyen.

“Memandangkan ia sesuatu yang baharu di Malaysia, TODAK telah membuat banyak kajian dari sudut teknikal, malah bekerjasama erat dengan pihak Bigo, sebagai persediaan dalam memastikan siaran langsung TODAK X BIGO STAR ini dapat ditonton tanpa sebarang gangguan teknikal.

“Ini kerana, 40 peratus undian datangnya dari penonton, jadi kami harus memastikan ia berjalan dengan baik,”

– Mohd Ikmal Fareeq Shamsul Bahri
Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR

Pengurus Negara Serantau Bigo, Xiong Jing, yang hadir memberi sokongan, berkata, impak daripada sambutan TODAK X BIGO STAR ini, pihaknya berharap dapat menganjurkan pertandingan ini lebih kerap.

“Kami di Bigo sangat berpuas hati dengan jumlah tontonan yang diraih melalui pertandingan ini. Ia adalah yang tertinggi dalam sejarah dalam pertandingan mencari bakat anjuran Bigo Live.

“Saya berharap pertandingan ini diadakan lebih kerap, iaitu dua kali setahun,”

– Mohd Ikmal Fareeq Shamsul Bahri

Hasil daripada kejayaan penganjuran acara iaitu, TODAK merangka kerjasama seterusnya bersama Bigo dan kali ini dalam skala yang lebih besar.

Pengasas TODAK, Khairul Azlan Zainal Ariffin, berkata, pihaknya sudah bersesia untuk menjadi hos pertandingan TODAK X BIGO STAR dengan melibatkan peserta terbaik seluruh Asia.

“Apabila bercakap tentang media sosial, anda boleh mewujudkan networking dengan sesiapapun dari seluruh dunia sekaligus merentasi kelompok khalayak tanpa sempadan.

“Dari peringkat uji bakat lagi, ramai pengguna Bigo dari negara kejiranan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Bagaimanapun untuk edisi yang pertama ini, kita hanya membabitkan peserta tempatan saja untuk melihat sejauh mana sambutannya.

“Namun berdasarkan maklum balas yang kami terima hasil kejayaan malam ini, TODAK sudah bersedia untuk membawa pertandingan ini ke satu level yang lain,”

– Khairul Azlan Zainal Ariffin

Pertandingan akhir TODAK X BIGO STAR, menyaksikan malam gemilang buat peserta dengan nama akaun Tuah Seminit apabila diumumkan juara sekaligus membawa pulang wang tunai, RM 10,000 beserta 50,000 Beans dan Gold Medal.

Manakala tempat kedua pula disandang oleh Isadora sekaligus menerima RM5,000 beserta 20,000 Beans dan Silver Medal.

Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR

Sementara tempat ketiga menjadi milik haid bervokal serak basah, Sarah Aqilah yang membawa pulang RM2,000 beserta 5,000 Beans dan Bronze Medal.

Tempat keempat dimenangi oleh Papa Muda yang turut memenangi Persembahan Terbaik dengan ganjaran wang tunai RM1,000.

Keputusan keseluruan adalah sangat mengejutkan kerana jika dinilai dari segi bakat, Seth seorang gadis muda berasal dari Sabah, mempunyai vokal cukup mantap serta teknik nyanyian yang baik.

Bagaimanapun Seth terpaksa akur berada ditempat kelima kerana tidak mendapat undian penonton walaupun nyanyian jauh lebih kemas dan menyerlah berbanding yang lain.

Menyentuh sistem pertandingan ini, ianya terbuka kepada semua famili BIGO Malaysia yang menggunakan aplikasi BigoLive.

Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR

Terbahagi kepada empat saringan, pusingan pertamanya diadakan pada 16 hingga 22 Ogos 2019 yang lalu, dimana seramai 12 peserta berjaya menempatkan diri ke peringkat separuh akhir.

Kesemua 12 peserta peringkat separuh akhir dipilih berdasarkan jumlah undian yang dilakukan secara mutlak oleh pengguna Bigolive.

Seterusnya saringan kedua, menyaksikan 12 peserta ini bertarung pada 26 dan 27 Ogos lalu, sebelum 5 daripadanya berjaya menempah tiket final. Pada saringan kedua ini, sistem penjurian dipecahkan iaitu 60% daripada Todak dan 40% oleh pengguna BigoLive.

Manakala pusingan ketiga dan final yang bakal berlangsung malam ini menyerahkan 60% penjurian kepada juri professional dan 40% undian penonton BigoLive.

Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR

Bercakap mengenai visi dan misi penganjuran TODAK X BIGO STAR, tidak hanya mencari pelapis arena seni, TODAK juga ingin mengubah persepsi dan mencorak pemikiran masyarakat terhadap komuniti Bigo Live ke arah yang lebih positif.

Sebagaimana diketahui umum, Bigo Live adalah aplikasi broadcast dalam bentuk video live streaming yang sebelum yang dikhususkan untuk pengguna smartphone Android atau iOS.

“Bagaimanapun, aplikasi yang pernah mencetuskan kontroversi diawal kemunculannya lebih dilihat sebagai saluran media sosial yang memberi impak negatif kepada masyarakat.

“Namun begitu TODAK percaya corak pemikiran yang lebih positif boleh diubah, dengan memperkenalkan pengisian program bermanfaat sebagaimana kami memperkenalkan TODAK X BIGO STAR kepada khalayak.

“Melaluinya komuniti BIGO bukan hanya dapat mempamerkan bakat, malah mengejar impian mereka menjadi penyanyi profesional.

“Acara ini hanyalah sebagai satu permulaan, penggerak kepada misi dan visi TODAK untuk membangunkan industri hiburan Malaysia dan Asia. Dengan adanya label Todak Music yang memfokuskan penerbitan rakaman muzik manakala Todak Fusion memberi fokus kepada penghasilan program kreatif dan bertaraf antarabangsa, kami yakin matlamat ini mampu di capai,”

– Khairul Azlan Zainal Ariffin
Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR

Menghangatkan lagi acara itu, penyanyi cantik lagi versatil, Shiha Zikir, yang telah memperdengarkan tiga buah lagu termasuk single terbarunya, Pipiyama.

Selain Shiha yang turut bertindak sebagai juri, penonton hiburkan dengan persembahan penyanyi baru Razak A’Ai yang memiliki vokal cukup unik.

Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR
Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR
Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR
Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR
Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR
Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR
Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR
Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR
Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR
Malam Kemuncak TODAK X BIGO STAR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kejutan! Aziz Harun Ada Sebab Tarik Diri dari BIG STAGE

“Cerai Keputusan Bersama,” – Noor Nabila