in , ,

Timur Flores Lancar Single Dance Through My Heart Gabungan Latin & Asia

Timur Flores, penyanyi/penulis lagu berbakat besar berdarah campuran Swiss-Sarawak, telah melancarkan single baharunya, “Dance Through My Heart” yang bakal menambat hati peminat muzik di luar sana.

Single pertama yang dikeluarkan selepas album tetralogi sulungnya ini mengetengahkan irama ‘dance’ yang inovatif dan pasti memikat perhatian pendengar. Komposisi merentasi sempadan ini menggabungkan irama Latin dan elemen muzik Asia. 

Timur Flores Lancar Single Dance Through My Heart Gabungan Irama Latin & Asia

Timur Flores, yang mencuri perhatian kerana kebolehan luarbiasanya dalam menulis lagu dan memberikan persembahan yang penuh karisma telah memulakan pengembaraan muzik berinspirasikan dunia tarian yang penuh warna-warni. “Dance Through My Heart” tercetus daripada gabungan elemen pergerakan, irama dan bahasa tarian universal yang amat diminatinya. 

Timur Flores Lancar Single Dance Through My Heart Gabungan Irama Latin & Asia

Timur Flores berkongsi perasaannya tentang projek ini berkata, “Tarian mampu merentasi segenap sempadan linguistik dan budaya untuk menghubungkan kita semua. Tanpa mengira asal-usul, apabila anda menjiwai sesuatu muzik, dari hati, anda akan ikut menari. Dengan ‘Dance Through My Heart, ‘ saya ingin meraikan keindahan tarian dan membuktikan muzik Latin mampu mendapat tempat di hati peminat muzik seluruh Asia. Semoga ia mampu memecahkan tembok halangan dan kita semua dapat mengecapi keceriaan yang dibawakan oleh muzik dan gerak tari.” 

Timur Flores Lancar Single Dance Through My Heart Gabungan Irama Latin & Asia

“Dance Through My Heart” turut dilancarkan di China melalui pelbagai platform termasuk QQ Music, DouYin, Kugou, Kuwo Music, Netease Music dan banyak lagi. Ia juga ditampilkan di Ekspo Muzik Antarabangsa Shanghai (IMX) 2023 yang berlangsung dari 19 hingga 31 Oktober 2023. 

Timur Flores Lancar Single Dance Through My Heart Gabungan Irama Latin & Asia

Video muzik lagu “Dance Through My Heart” mengetengahkan persembahan dan koreografi koreografer popular Korea, KooYoung Back. Antara kredit tariannya termasuk Exo’s Love Shot (586 juta tontonan), TVXQ Keep Your Head Down (30 juta tontonan), dan BoA’s Woman (7M tontonan). Persembahan koreografinya untuk lagu Kokobop nyanyian Exo telah memperoleh lebih 23 juta tontonan di saluran Youtube 1Million Dance Studio, menjadikan ia salah satu video paling popular di saluran itu. Kooyoung Back juga telah membuat penampilan sebagai Dance Master untuk siri Boys Planet yang mendapat sambutan hangat serta menjadi sebahagian daripada 1Million Dance Crew di Street Man Fighter. 

Video Muzik ini adalah yang pertama untuk artis Malaysia berkolaborasi dengan figura ikonik persada K-pop dan ia akan menjadi satu pengenalan kepada bakat besar daripada dua dunia berbeza ini. 

Timur Flores Lancar Single Dance Through My Heart Gabungan Irama Latin & Asia

Tentang Timur Flores: 

Timur Flores ialah seorang artis Malaysia-Swiss yang bercita-cita tinggi, dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Dia merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik. Timur mulai menunjukkan minat terhadap muzik pada usia empat tahun apabila dia mengikuti kelas balet dan belajar bermain pelbagai alat muzik termasuk piano, ukulele dan saksofon. 

Timur Flores Lancar Single Dance Through My Heart Gabungan Irama Latin & Asia

Di sekolah, Timur sering mengambil bahagian dalam persembahan muzik yang mendedahkannya kepada kehidupan di atas pentas serta persembahan di khalayak ramai. Timur fasih berbahasa Inggeris dan Mandarin, dengan kefahaman bahasa Melayu dan Perancis. Dia juga memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti Oxford dalam bidang Kejuruteraan. 

Timur adalah seorang yang bertenaga, senang didampingi, dan sentiasa memberikan sepenuhnya terhadap muzik. Beliau juga sentiasa mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif dalam sukan tenis, ski, tarian dan baru-baru ini mulai mengikuti aktiviti senaman “aerial hoop” dan “silk”. 

Sebagai permulaan kepada kerjaya muziknya, Timur cukup bernasib baik kerana dipilih sebagai penyanyi untuk “Roar”, lagu tema untuk pelancaran jersi JDT 2021. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Panas Pengacara TV Berwajah Jambu Onani Atas Katil Tersebar

tony fernandes airasia-2020

airasia grocer & Bantu Heroes jalin kerjasama untuk melancarkan ‘BANTU Farm’