in , ,

Tentang Drama Bersiri Turki Maral En Guzel Hikayem

Selami kisah pergolakan kehidupan dalam dunia fesyen dan glamor menerusi drama bersiri Turki yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Maral En Guzel Hikayem” mulai 13 September ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang di TV2.

Maral adalah seorang gadis muda bercita-cita tinggi dari keluarga kelas menengah yang impiannya belajar di luar negara. Maral bekerja di kedai serbaneka yang terkenal, Luna. Maral mula memupuk simpati untuk golongan muda yang bekerja.Pada masa sama dia bercita-cita tinggi untuk memasuki dunia fesyen dan glamor. Kehidupannya bertukar daripada aman damai kepada yang penuh dengan pergolakan dan cabaran sehingga tidak dapat membezakan antara musuh dengan kawan.

konflik memilih antara cinta atau karier

Drama Bersiri Turki “Maral En Guzel Hikayem”, Antara Kerjaya dan Cinta di TV2 

Drama romantik kekeluargaan arahan Deniz Kolos ini menampilkan pelakonHazal Kaya, Aras Bulut Iynemli, Ceyda Duvenci, Gumec Alpay Aslan dan ramai lagi dalam 41 episod siarannya. 

Ikuti perjalanan cerita Maral (Hazal Kaya), gadis muda yang naif berkerja sebagai pelayan di sebuah restoren terkemuka, Luna. Dalam kehidupannya dia mengimpikan untuk dua perkara iaitu yang pertama untuk menjadi pengurus di restoren Luna dan satu lagi hidup bersama pemuda bernama Sarp (Aras Bulut Iynemli),bekerja sebagai pembuat coklat dan kek di tempat Maral bekerja. Namun dia dapat membayangkan kedua-dua impiannya itu mustahil untuk dicapai.

Bagiamanapun satu hari impian pertamanya berkemungkinan besar menjadi kenyataan. Pewaris restoran Luna berdepan dengan situasi sukar dan putus asa mahu meneruskan perniagaan tersebut. Ketika itu muncul Maral yang banyak membantu dalam situasi yang tidak terduga itu. sebagai pulangan, Maral ditawarkan menjadi pengurus Luna buat sementara dan menguruskan segala yang berkaitan tentang Luna.

watak utama siri ini

Sementara itu, Maral akhirnya berterus-terang perasaannya terhadap Sarp. Namun pada masa sama dia tertekan kerana tersepit antara karier atau cintanya kepada Sarp. Maral berfikir kehidupannya yang sederhana akan kekal tidak berubah sekiranya dia kembali bekerja sebagai pelayan semula. Walau bagaimanapun dari saat pertama perubahan hidupnya secara radikal dan mula menghadapi halangan besar untuk kedua-dua cintanya dan kerjayanya. 

Dalam kisah ini, anda akan melihat bagaimana gadis naif berubah selepas dia membuat perubahan dalam kerjayanya. Adakah Maral dapat melaksanakan kewajipannya sebagai pengurus Luna? Akankah juga Maral dan Sarp menjalani kehidupan gembira akhirnya? Berkemungkinan mampukah Sarp menguburkan rahsia masa lalunya dan memulakan hidup baru dengan aman?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Semarak Hari Kebangsaan 2018 di RTM

Konsert Sayang Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan ke-61