in , ,

Tarik Jeans Keluarkan Koleksi Poster Percuma Pesanan Khidmat Masyarakat Harungi PKP

Tarik Jeans Keluarkan Koleksi Poster Percuma Pesanan Khidmat Masyarakat Untuk Sebarkan Maklumat Berguna Ketika Tempoh Pkp Bagi Kegunaan Rakyat Malaysia

Tarik Jeans telah berkolaborasi dengan pereka grafik, Cultkids, untuk menghasilkan koleksi poster Pesanan Khidmat Masyarakat atau PSA (Public Service Announcement) yang bertujuan untuk mendidik dan memberikan nasihat mesra kepada rakyat Malaysia tentang apa yang perlu dilakukan di saat seluruh negara mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang baru sahaja dilanjutkan sehingga 14 April 2020. 

Tarik Jeans Keluarkan Koleksi Poster Percuma Pesanan Khidmat Masyarakat Harungi PKP

Dinamakan ‘Poskad Untuk Rakyat’, rekaan poster tersebut tetap mengekalkan DNA Tarik Jeans yang sarat dengan imbauan nostalgia gaya hidup Malaysiana dan Nusantara namun terkandung pesanan dalam bentuk slogan terkini dan ‘up-to-date’ tentang langkah-langkah pencegahan gejala pendemik penularan virus COVID-19 yang semakin berleluasa bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. 

Poster-poster ini juga diiringi dengan hashtag #kitajagakita yang membawa erti mendalam kepada seluruh rakyat negara ini, terutamanya para petugas barisan hadapan, yang menyabung nyawa demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. 

Koleksi ini bolehlah digunakan oleh rakyat Malaysia untuk sebaran di antara keluarga, rakan-rakan, rakan sekerja dan masyarakat umum.

Tarik Jeans berharap agar poster-poster ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam penyebaran pesanan dan maklumat dalam bentuk ‘ringan’ namun amat bermakna agar rakyat Malaysia bersama-sama dapat mengharungi tempoh yang mencabar ini dengan bersatu hati dan semangat yang tinggi. 

Koleksi ini bermula dengan 10 poster dan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Untuk memuat turun versi hi-res percuma koleksi poster ini, anda bolehlah melayari https://tarik.my/spreading-the-right-message-during-mco/

Tarik Jeans Keluarkan Koleksi Poster Percuma Pesanan Khidmat Masyarakat Harungi PKP
Tarik Jeans Keluarkan Koleksi Poster Percuma Pesanan Khidmat Masyarakat Harungi PKP
Tarik Jeans Keluarkan Koleksi Poster Percuma Pesanan Khidmat Masyarakat Harungi PKP
Tarik Jeans Keluarkan Koleksi Poster Percuma Pesanan Khidmat Masyarakat Harungi PKP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adik Ni Rindu Sangat kat Kekasih, Luahan Lucu Yang Viral Selepas Lama Kena Kuarantin

Tenang Menjelma Apabila Rakyat Malaysia Duduk Rumah Melawan COVID-19